Sunday, May 8, 2011

Trip to Bukittinggi - Day 1


25-27 Mac, me and my officemates melawat ke Bukittinggi, Indonesia setelah tiket telah ditempah lebih awal pada tahun sebelumnya. Aku pun kebetulan je diajak sekali and nonchalantly I agreed to go. Padahal masa tu relax je, belum confirm lagi mahu betul-betul pergi ke tidak. Yelah tiket pergi balik sangat murah, sebab tu macam tak kisah.

Despite several things yang buatkan aku agak reluctant untuk pergi, akhirnya aku berjaya jugak jejakkan kaki di airport Padang, Indonesia pada 25 Mac lepas. Ketibaan kami disambut baik oleh tourist guide bernama Bujang (yang dah kahwin) atau nama glamour Jimmy. Kesemua kami adalah 5 orang yang mana dua orang adalah bujang (memang tak kahwin lagi), seorang sudah berkahwin, dan dua orang lagi adalah pasangan suami isteri. Boleh kira honeymoon jugak ler sebab baru seminggu kahwin. 
Suasana di airport Padang, Indonesia

Kami mulakan perjalanan menaiki Avanza untuk perjalanan selama 2 jam sebelum sampai ke Bukittinggi, destinasi sebenar ke sana. Bujang mula celoteh pasal sejarah Indonesia, province2 di sana, bahasa2 yang digunakan and so on. By half way, semua pun dah tertidur mendengarkan cerita abang Bujang padahal baru pukul 8 pagi masa sampai airport tadi, haha. Kecuali aku. Aku syok nengok pemandangan sekeliling yang agak asing bagi aku. Pemandangan yang menyejukkan mata memandang. Rekaan rumah dia unik, ada yang stail tradisional habis and ada jugak yang english style. Kedua-dua pun cantik. Tak puas betul tengok. Paling tertarik hati adalah parabola sebesar satelit yang menghiasi perkarangan hampir setiap rumah. Parabola ni menurut abang Bujang, kalau nak dapat channel yang lebih banyak hingga berbelas-belas harus guna parabola. Kalau tak guna, channel pilihan adalah terhad. Habis aku snap semua parabola yang ada, hahak. Yang penting perjalanan dua jam tu terasa indah dengan pemandangan yang indah di kiri kanan.
 Padi yang menghijau

 Mungkinkah kumpulan Padi berasal dari Padang? Hmmm...

 Kereta tengah laju tapi nak snap juga pic petani tengah gigih mencari rezeki

Salah satu rumah yang ada parabola, besar betul!

Sebelum kami mulakan perjalanan jauh tadi, kami singgah bersarap dulu di Rumah Makan Lamun Ombak. Macam-macam jenis lauk pauk Padang dihidangkan. Penuh satu meja. Tapi yang diambil kira hanya lauk-pauk yang disentuh sahaja. Sampai je lauk-pauk tu kitorang dah pilih yang mana nak tolak tepi siap-siap, so takdelah banyak sangat. Sedap jugak, cuma lainlah lah sikit dengan selera kita orang Malaysia. Kebanyakan lauk-pauk kat sini dia serve ayam dengan segala jenis masakan. Dan kebanyakannya jugak menggunakan santan. Jadi, beware pada yang berdiet kalau sayang diet tu.Lima orang makan dalam Rp.168K (lebih kurang RM60). Lepas habis makan, tangkap gambar kenangan satuu... 
 Rumah Makan Lamun Ombak
 Makanan-makanan yang dihidangkan....

Akhirnya, makanan-makanan ini ditolak tepi setelah mencapai persetujuan semua

Rasanya rombongan di belakan tu pun mungkin dari Mesia...

Setelah hampir tiba di Bukittinggi, Bujang ajak singgah dekat nama-dia-sungguh-pangjang-tak-ingat-la yang berfungsi seperti library. Sangat cantik di situ, bangunan berbentuk minangkabau dengan taman yang indah dihadapannya. Kalau tak silap ada replika bunga Rafflesia yang besar di tengah-tengah kolam tu. Nak masuk kena fee Rp. 2,000 (lebih kurang tujuh posen sajo). Bujang berkeras suruh kitorang ambil gambar kenang-kenangan dekat situ walaupun ada yang dah tak sabar nak pergi shopping, hehe, aku pun sama. Dekat situ boleh la merasa nak pakai baju tradisional orang minangkabau. Tapi yang try hanyalah newlywed je. Yang lain tak rasa teruja nak cuba. Tapi memang pemandangan dekat situ sangat cantik. Malah Bujang pun sangat excited menawarkan perkhidmatan percuma sebagai photographer. Kelas kau! Gambar newlywed memang dah macam diambil oleh wedding O.P.
 Lupa pulak, kami singgah di sini, kawasan air terjun tertinggi di mana ntah...
 Bangunan berbentuk minangkabau

 bunga rafflesia yang dimaksudkan.
 Pemandangan sangat indah. Udara yang nyaman dan bersih....

 Emang peace gilo kat sini

 Fotografer adalah encik Bujang

 Salah satu kawasan di dalam bangunan tersebut

 Pemandangan dari bangunan tersebut

 Ni dekat bawah bangunan tu, dia memang sediakan tempat untuk salin pakaian and ambil gambar

 Anak dara tak baik duduk kat tingkap, muahahaha...!

Lepas setel di situ, kami bergerak dan kemudian singgah di sebuah kedai yang berdekatan dengan kincir air. Dekat sini banyak jual kain pasang bersulam, telekung, blaus, kemeja lelaki, pelekat, and those other kind of stuffs. Memang lama betul kat sini. Biasalah perempuan kalau dah bershopping, lama pun rasa macam sekejap sahajo. Padahal aku hanya beli 2 pasang kain je kat sini. The price is not bad. Menurut officemate, di sini kain dan design dia tersendiri dan tak terdapat di pasar.
 Masing-masing khusyuk bargain harga

 banyak nau yang cantek2

Ni kat luar kawasan kedai, di seberang jalan boleh nampak kincir air

Lepas habis di situ Bujang tanya nak makan ke tak, well, jual mahal taknak, ajak pergi lembah Panorama yang dikatakan landmark Bukittinggi pun jual mahal kata taknak. Akhirnya Bujang mengalah dan hantar kami ke hotel Ambun Suri. Hotel terletak betul-betul di tengah pekan. Sangat strategik. Hanya perlu berjalan kaki untuk ke pasar dan tempat-tempat menarik yang berdekatan. Mereka tak lupa menjamu kami dengan air guava sebelum masing-masing berangkat ke bilik. Rest dan rest di bilik sambil layan tv. Masa ni Krisdayati berkahwin dengan pasangannya itu. Jadi memang banyak cover story pasal perkahwinan Krisdayanti ditayangkan di beberapa channel . Kira updated gilo lah ni, hahak. Layan tv Indonesia, not bad, but to say, I can see that their entertainment industry sangat kuat by just watch the tv. Okey, enough said about that. Tak lupa juga belek-belek hasil shopping tadi, dasar….

Selepas berehat sepuasnya, kami bergerak selepas waktu Asar, Bujang bawak jugak ke Lembah Panorama, hahak, berjaya jugak dia bawak kami yang reluctant nak pergi pada mulanya. Actually aku tak kisah sangat, sebab takkan nak duduk di bilik je kalau dah namanya melancong, but my friends ni lebih prefer untuk bershopping sahajo… Okey, serius to say, memang dekat sini cantik, ada lembah yang sangat cantik boleh dilihat dari kawasan taman di situ. Suasana pulak dingin habis, baru lepas hujan renyai. Nasib, pakai cardigan. Dekat sini juga ada lubang Jepang (Jepun) iaitu salah satu tarikan sejarah di situ. Kalau nak masuk kena bayar sekian harga tapi tak ingat dah berapa dicaj sebab kami tak pergi. Bujang nasihatkan tak pergi sebab lubang tu gelap dan ada beratus-ratus tangga. Kalau dia tak nasihatkan pun memang aku tak nak pergi, heh! Jadi hanya perlu bayar Rp. 3k sahaja untuk masuk ke taman itu. Dekat sini juga sebenarnya ada kedai-kedai yang menjual cenderamata dan aksesori. Jadi kami banyak habiskan masa dekat situ laa…. Ada painting yang sangat murah rugi la kalau tak beli, ada jugak beg yang diperbuat dari buluh and macam-macam lagi. I just bought few tshirts, keychains and paintings as souvenir. Pandai-pandailah tawar-menawar kalau pandai. Kalau berjaya, serius sangat hebat! Haha!

 Lembah panorama

Painting dia cantik, and murah jugak
(buat muka teruja la tu, hee)
 Salah satu lembah from another angle

Selepas itu, kami ke kedai Linduang Bulan yang jugak menjual pakaian. Mulanya, memang kami taknak turun kereta, cakap taknak singgah. Tapi Bujang cakap turun je tengok-tengok, takpe, tak payah beli pun takpe. Akhirnya kami mengalah. Dan akhirnya, kami bukan saja mengalah, kami jugak membeli dengan serius. I just bought telekung and kain pasang batik je. My other friends, hahak, mereka membeli dengan serius sekali. Tapi memang serius, dekat sini sungguh banyak pilihan dan menarik hati. Serius banyak perkataan serius di sini. Jadi, semua keluar dengan beg shopping masing-masing di tangan. Bujang berjaya lagi, heh, sounds like a battle pulak between us and Bujang, ahahaha.. Bujang cakap memang kalau dia bawak sesiapa datang sini, memang tak sah, mereka pasti akan beli. And I was like, ‘ooo, kalau dah tau kenapa bawak jugak?’ ngahahaha…

 Mai shopping mai, banyak cantik, manyak murah woo...

Selepas penat lelah bershopping dengan serius, perut wajib diisi, kali ini Bujang rekemen nasi Padang juga di sebuah restoran berdekatan. Yang bezanya dengan yang sebelum ini adalah ia lebih banyak menggunakan ikan sebagai lauk. Dan cara hidangannya, adalah pakej. Means, bayar sekian-sekian harga dan akan dapat semua jenis lauk. Kalau nak order secara ala carte, sedikit rugi. Jadi kami semua berpakat untuk setuju cadangan Bujang a.k.a Jimmy itu. Yah, kami makan dengan lahap sekali, sedap. Alhamdulillah. My friend order Alpukat, its Avocado Juice yang jarang terdapat di Malaysia. Datang Bukittinggi ni, rugi kalau tak order jus, sebab jus dia pure buah. Tak bercampur air, dan dalam masa yang sama, sangat sedap. Oh, lagi satu, di mana-mana kedai yang kami singgah makan, perkara pertama yang mereka buat adalah menghidang air kosong untuk setiap orang. Kemudian baru kita akan order air yang lain  jika mahu. Aku suka cara ini, mendidik pelanggan mengutamakan kesihatan sebenarnya dengan menghindari minuman manis dan sejuk. Selepas di situ, kami just terus balik ke hotel. Sepatutnya Bujang ajak tengok persembahan tarian tradisional, tapi malam tu hujan renyai, dan aku was not in a good condition, jadi harus pulang segera. Segera! Oh ya, sebelum tu, singgah di supermarket berdekatan membeli sesuatu yang sangat penting untuk aku, haha. Kat sini jumpa potato chips, imported from Malaysia, entah semangat patriotik ke apantah aku pergi beli. Well, banyak jugaklah makanan n minuman yang kami borong di situ. Buat bekalan di hotel. Supermarket pun kami tak lupa singgah, heh! Malam tu berehat di bilik sambil layan tv Indonesia lagi. 

 Our dinner dat night

Bilik hotel kami walaupun hanya di tingkat satu, tapi mempunyai view yang sangat menarik. Boleh tengok pekan just dari tingkap bilik. Pemandangan hijau yang indah. Tak lupa bunyi kereta bersimpang siur di T-junction berhadapan hotel, dan lagu Indonesia yang entah dipasang dari mana. Memang bergema di setiap ruang, jadi layan sahaja.

Pemandangan dari balkoni bilik hotel

Monday, April 25, 2011

Kalau dengan ilmu jangan kedekut....

Semua pun tau kot yang skarang semua orang pakat duk serbu PWTC sebab ada book fair yang berlangsung dari 22 April haritu sampai 1 May nanti. Aku lah yang paling bertuah, sebab tiap2 hari pun boleh singgah, haha... Singgah je wat hape... Baik cari buku and beli lagi bagus... 

Sebelum ni memang tak sempat lagi nak singgah book fair padahal dekat gilo tak payah nak susah payah pergi pun. Hari ni berkesempatan pergi, waktu lunch just teman opismet beli buku2 study sebab skarang ni dia tengah study master in HR. Humanghai mahal kot buku yang dia nak beli tu RM600++ untuk satu buku je, huu, kalau aku dah gigit jari dah... Tapi tak tahu dia beli ke tak, sebab aku naik opis dulu, 'masa dah time....' 

Petang lepas opis hour, aku try pusing2 tapi tak tahu kenapa rasa tak jumpa buku yang menarik hati. Huhu. Banyak la kan alasan. Sebenarnya aku ingat nak cari buku Rich Dad Poor Dad sebab memang dah lama nak beli buku ni, tapi... (biarkan kosong). Lame gila sebab takda lagi buku nie..huhu... Tadi cari-cari aku tak jumpa. And aku tak jumpa pun area yang jual english book, I mean bahagian self development la, memang tak jumpa, may be dekat dewan yang lagi satu, memang malas la nak pergi kan, kena jalan jauh kot, dah la hari dah nak beransur malam, karang tak balik rumah pulak... Dalam hati dah berkira-kira mesti aku nak buku ni tapi nanti aku akan beli buku lain, tengoklaa... 

Alih-alih on the way dah nak putus asa tu aku masuk dekat satu hall di tingkat 2. Ingatkan karangkraf rupanya PTS. Pusing-pusing tak jumpa pun buku yang berkenan jugak. Akhirnya termelekat kat area education. And hasilnya...


Wuwuwu... terlebih bajet pulak, huhu... Tapi terpaksa mengingatkan diri, kalau dengan ilmu jangan kedekut, ilmu tu jugak akan bantu kita nanti... Sebab tengok kat Astana malam tadi Datuk Maznah ngan Dato Stapa pun suka membaca, huhu.... (sebenarnya terpegun tengok apa yang mereka miliki sekarang).

Semoga aku khatam lah semua buku-buku yang di beli tue... History aku dengan buku tak berapa menarik sangat, sebab aku suka beli buku, tapi aku suka baca separuh je... Buku2 sebelum ni pun haram tak habiskan baca pun... Haha, ada hati plak letak hobi membaca...

Okey, aku nak start amalkan .... membaca amalan mulia...

Saturday, April 23, 2011

At my love's party (continue)

Back to that day, means last Saturday... My lil niece is turning 2..We all were having fun dat day celebrating her day. A princess day =D



 This is her, Sofea. Oh, so difficult to snap a pic of her, she just doesn't go with camera. Not like her eldest sista. Is this the best pix of her I can take? Loser me!



Here's her elder brother, my lil' Danish. Notti boy la u, hehe. Sometimes like to call him 'Danish the menace' like in the Disney movie. Cowiee...



 So, here's the menu of the day (like I mentioned previously). All r yummeh!



 The goodie bag for kids. I know I'm not a kid & so I know i won't get this. Sob sob..



 Early gifts for Sofea that came that day.... Which is from me? Oh, it's not here, I just left it in my bro's car.



Hehe, Yayah, though the gift is from ur friend, dat doesn't mean its yours, okey.... Comel lah bukak adiah adik...



Nadia and her BFF, Sabrina. They stick to each other when both meet. Nadia was so happy her friend did come, & enjoy the whole evening with her.



 Oh so yummeh & good looking handsome eh? Teehee... Fiza, drooling x tengok ni? Hee...



 This is another cake for dat day, Its a photo of Sofea on top of the cake. Err, i didn't get the chance to taste this one.



 Singing time! Hepi birthday 2 u... la la la~~ But the one who cut the cake is Danish, heh this lil boy...






 
Sofea with her guardian. So manja her her kakak.



 Looking around, we found this beautiful place, a pond with big fish in it...



 Nadia with her friends. Enjoy being together...



 Section close...


Kids were having fun playing around the restaurant. Kids nowadays... So different with my kids life back then... Uhuh, tetiba....

So that's it. Anyway, a wish from Mak Lang to Sofea, be a good princess okey, and make ur parents proud. U r a great kid. Love u, muahhx.
x.o.x.o.

Thursday, April 21, 2011

At my love's party


Last Saturday, got an invitation from my bro to his daughter's birthday party. Sofea is now 2 years-old since 16 April 2011. The party was held at Kunang-Kunang Restaurant, located at Gombak area. I arrived there at around 3p.m. My bro picked me up at Gombak lrt station. Got time to help a bit on finishing the goodie bag deco. Nice tau! Oh by the way, the deco of the party is from creativegeniusprints, which the owner is my sis-in law's friend. Nice though. Loike!

Welcome to Sofea's 2nd birthday Celebration
At the main entrance to the party corner

At around 3.30, guess started coming. Time to eat yaww! We have fried rice, fried mee hoon, spaghetti, chicken wing, nuggets and also several traditional kuih. Well, nice. I was feeling dat I am injecting all the sugar, the fat and so forth into my blood and body, hahah. Never mind, this is an enjoyable day, time to forget all dat at the moment.
 
Lots of fun for kids. The balloons and the bubbles are the main attraction for kids. They enjoyed it. Me too having fun watching them played together. If I was a kid, definitely will join them, teehee...

Oh oh, this is the main corner for kids, lotsa sweets and candies here, not to forget the lovely cuppies, cakes, marshmallow, lollipop etc. 

Kids love this corner. I can't coz I'm not a kid anymore, haha, just kidding. Anyway love the deco. Combination of pink and purple, the party theme colour, was so sweet like candies.

Told u already, nice kan. Drooling x? Heh. Treats for kids lorh.... But me grabbed the cuppies, coz its soo tempting tau...
 So.. this is the proof that me having bless with kids treats, hehek...

the close up

Oh, its reaching midnite. Will upload the kids pix soon. Real soon.
by the way....
.
.
.
Happy Birthday dear Sofea. May u find the happiness in your life and be a good daughter okey...
May Allah bless u alwiz...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...