Thursday, October 21, 2010

One day in October

When October comes, one thing for sure had, is, or will somehow affect me in a way that i am myself unaware of. My mind, my figure, my maturity, my appearance, my way of thinking, my health , my hair, my face, my skin, my relationship, my knowledge, my oh my, my everything. Yeah. That kind of thing. that kind of changes that can't be noticed in one day but actually changing day by day. No matter how hard we want to stay the same of who we are, or what we are, we suddenly realize that we have come to the stage where all those new things are acceptable to us, and we are actually capable to adapt with the new world amazingly. We can't stop things from happening if its meant to be like it. But... We can accept and adapt... As time passed by, what will definitely lift up is our age. Day by day, month by month, year by year. Its.. Its definitely going to happen. And my moment, the moment I would have a rather tought on this is October. Hey, isn't October is a great month. Yes. I believe everyone would love something which is related to him/her. As for me myself, I am accepting it, adapting to it. My new age. Funny that I alwiz tought that I'm 27 rather than 26, my actual age. Compared to previous year, I alwiz tought that I'm 24 rather than 25, my actual age at that time. Well... I think figure is not a matter anymore right now. It does not matter to me anymore. And that one important thing that's matter now is.... MY HAPPINESS. Ever heard 'Health, Wealth, Happiness'? Well, that's better. =D My wish, I want everyone to be happy, and there's me sharing their happiness with mine. 'Ya Allah, please grant me a happy life in this world and hereafter with the people I love'. I want to be the happiest person. Happy day for me. A song I dedicate to myself  ---------->>>

Sunday, October 10, 2010

Berpuasa dan kemudian Beraya

Tetiba dibulan Ramadhan dan Syawal aku tak ada pulak kat sini. Kemanakah? BerRamadhan dan berSyawal la. Disamping transmission broadband yang lembap. Huh, marah ni! Neway, Alhamdulillah dapat menyempurnakan puasa (walaupun maybe taklah sesempurna mana kot). Dan Syawal pun dah berakhir setelah sebulan umat manusia beraya sakan. Even dah masuk Zulkaedah pun ada lagi open house situ sana sini. Huish, giler ah. Lagi lama beraya daripada berpuasa. Haih. Betulke amalan macam ni neh? Apapun kembali kepada niat lah kan. Kalau niat nak meraikan tetamu dan nak berkongsi rezeki yang Allah bagi dengan orang ramai baguslah tu. As long as don’t go to the waste part sudah la kot. Kan dah membazir. Kan dah mengikut amalan syaitan tu. Kan tak baguih tu. Lagi satu jangan ada niat nak berlagak berlagak, tak baik tau. Heh, pandai2 je aku ni..
Kemanaku di bulan Ramadhan? Hmmm, where to start ah? Dah lama berlalu, lupe da... Hokeh2, resfresh! (ala2 Blair Waldorf) Okey, mesti la berpuasa di kampung. Dengan mak abah, abang, kakak, adik, anak menakan (eh anak2 kecil ni tak posa). Kalau berpuasa kat rumah memang la dilimpahi dengan rezeki melimpah ruah. Adik kata sambut orang jauh. Ceh ceh, jauh la sangat. Dan berlaku la ini – pembaziran makanan. Ooops! Huhu.. Tengok la (atau bacalah) menu bersahur nie – nasi of course la ada kan, sambal udang petai, udang goreng, kerang rebus, keladi asam pedas, sambal sotong, keli bakar, cencaru sumbat, daging masak hitam, serunding, tenggiri singgang, ikan masak kari, sayur campur, ikan masin, dan lastly telur masin. Semua ni menu bersahur di satu pagi. Hah perut, cuba kau cite kau nak telan yang mana dulu, haha. Tapi memang macam ni la bersahur kat kampung. Meriah dengan macam-macam lauk oh. Kau nak apa kau sebut je. Tak macam bila aku bersahur di KL. Setakat satu cawan Quaker Oat dan sebijik kurma, 1-2 ketul kuih, itu dah kira cukup dah... Nie semua rezeki, makan jangan tak makan. Jangan terlajak sudah. Dapat lah jugak aku berbuka di kampung dalam dua hari. Sekali di rumah dan sekali di luar. Kesian kat si Tini yang takleh join semua orang yang lain kat kampung sebab sebab sebab, sebab kau bersekolah asrama la. Mana boleh balik sesuka hati. Aduyai. Jadi kami, kami dan kami ke Taiping dan mengangkut dia dan berbuka beramai2. Dah habis berbuka antar dia balik ke boarding school dia. Gud luck no SPM tahun nie. Kasi gegarr! Lagi berbuka bersama sahabat yang satu ini bila dia datang n stay umah aku. Berbuka kek Secret Recipi and jugak KFC. Kedua-kedua buka itu adalah pada pukui 9 malam. Apa kes? Kes orang ramai la. Haiya, manyak punya olang oh buka puasa kat luar. Cit cit, suma orang nak makan time ni jugak lah. Takpelah, mengalah lah. Apa boleh buat. Kemudian lagi berbuka puasa di Royale Chulan Hotel. Nih majlis company. Meraikan anak-anak yatim. Okeh, seriously, makanan dia is not my cup of tea larr. Entah apa entah yang ada. Udang masak kicap. Logikkah? Logikkah? Esoknye beriftar di Restoran Warisan bersama staff ex-company. Hah yang ni lagi berbaloi2 dari di Royale walaupun harga lebih murah. Memang the foods are so yummy, yummy and continuously yummy. Haha, over la kau. Tapi memang puas hati la dengan harga yang dicaj. Oops, aku makan free je… Paling suka adalah ayam masak merah dia, taste so great. Hokeh, tu je lah yang boleh diingati. The rest yang paling diingati mestilah berbuka bersama housemate. Adakala kami beli. Adakala kami masak. Adakala kami tak beli. Adakala kami tak masak. Adakala… Ah, yang penting kami berbuka sama2. Share doa sama2 dan share makan sama2. This is the second year of us. Many years to come. Maybe won’t be same anymore. One might get married from anytime now. Just enjoy the moment while we still together. Err, touching la..

Raya part.
Okeh where to start? Start from your first day lah. Tak kan first day kau tak raya kan. (eh,eh, nape cam mood marah2 ni) As alwiz, beraya bersama keluarga di rumah. Bersama mak, abah, chik, tini dan adik. Tu saja yang ada di rumah. Abang-abang kat rumah mertua masing2. Ikut giliran. Macam ni lah. Setahun meriah. Setahun tak meriah. Memang akan berselang seli. Huhu. Ramai yang datang beraya first day ni adalah orang-orang kampung dan jiran2 dekat lah kan. Dan aku pun beraya kat rumah jiran jugak lah kan. Di petang hari. Kala petang pun dah nak habis, dia datang bersama family, abah, mak dan adik perempuan dia. Heheh. Mula2 nak datang second day. Pastu third day. Last2 first day. Hehe. Anyway, anyway. Suka kat mak dia. *Shy2* Ada ke patut. Haha. Okeh skip this part. Next please. Then lepas dia n family balik datang lah lima bijik kereta bertalu-talu. Masa tu memang kami, kami dan kami ada kat jalan. So, pemandangan seolah-olahnya macam menyambut ketibaan menteri lah pulak. Berdiri kat kiri kanan jalan sambil tunggu ketibaan keluar. Haha. Bila ketibaan keluar, bersalam-salaman lah kami. Keluarga belah abah memang ramai. Bayangkan even sepupu aku belah abah dah ada cucu. Cucu-cucu mereka pun dah cukup syarat boleh kahwin. Eh, ke ada yang dah kawin? Tahla..  Bayangkanlah. Bayangkanlah. Ramai dan meriah. Tapi mereka ni singgah sekejap je dowh. Maybe sebab dah malam. N maybe datang first day raya ni pun maybe sebab selalu-selalu second and third day memang takde kat rumah pergi beraya. So, untuk mengelakkan itu, maybe sebab itu kot datang pada first day raya. Mungkinkah? Mungkin lah… Banyaknya maybe dan mungkin aku. Kemudian ketibaan hari raya ke-2. Semalam masa bersalam-salaman abah dah pesan, dalam pukul 8 atau 9 macam tu dah setat gerak dari rumah. Tapi macam lah abah tak tau kan. Pukul 8 atau 9 itu telah menjadi pukul 11. Huahaha. Gitu sekali. Kemudian singgah beraya di rumah mak tam, kemudian ke rumah maksu, kemudian ke rumah along, kemudian ke rumah kawan abah, kemudian ke kampung mak, destinasi terakhir, maka bermalam kat sini. Maklang dan family pun ada sekali. Malamnye ada separuh pergi beraya ke rumah pak jang. Aku tak ikut, just laypak-laypak (ejaan masa skul menengah, haha) kat rumah. Sambil menonton tv lah. Sambil menjamu kuih raya. Tu kan favret aku tu. Kuih raya. Mana lah tak kembang kembang dan kembang. Haha. Gelakkan diri sendiri la pulak. Kemudiannya ketibaan raya ketiga. Heading to Baling Kedah. Beraya di rumah Pak tih, berkonvoi lima bijik keta. Sedap woh makanan yang dijamu. Very kampung style. Ada ikan kembung goreng, ulam, sambal belacan, masak asam pedas, ikan masin. Sedap oh. Sedap ah. Sangat kecur air liur. Selepas itu berangkatan lah balik ke rumah. Esok dah nak heading ke KL balik dah. Macam ni lah semenjak kerja di agensi kerajaan, cuti pun setakat begitu-begitu. Memberi laluan kepada seniorita-seniorita beraya. Maklum lah, kau kan bujang lagi. Buat apa raya lama-lama. Yolah, itulah dia alasan yang selalu didengarin kan. Bertugas di raya kelima, opis sangat sunyi sepi. Orang masih dalam mood raya. Tapi, masa ni lah aku amik untuk setel2kan job aku. Sebelum smua orang pun masuk, mesti akan kelam kabut, due tu ad hoc duty. Itulah. Inilah. Dan bila balik awal ni kelebihan adalah boleh buat puasa 6 tanpa banyak dugaan. Heheh. Yelah, takda sapa nak menjamu kot kat opis. Kedai2 pun banyak tutup sebab balik beraya sakan. Yang mengunyap di opis pun tak ramai sebab dah memg orang tak ramai. Alhamdulillah, raya ke-13 aku dah beraya puasa 6. Ganti pun dah habis. Oops! Lepas tu sibuk-sibuklah sambung raya balik. Raya ke-15, department aku membuat open house. Macam biasa kalau bab-bab makan ni department aku memang laju sikit lah. Haha. Tapi kali ini bergabung dengan Legal dept and Credit Mgt dept. Makanlah secara sakan ye. Lupakanlah diet kau yang sebulan tu ye. (--“) Aku makan bihun goreng Singapore, roti jala (macam tahun lepas, tahun ni pun aku sponsor roti jala), ayam masak merah, mee kari, laksa, pulut kuning, lontong, lemang bersama rendang, kuih raya, dan etcetera etcetera. Raya ke-16 mendapat jemputan beraya di opis ex-company. Wah, berjejak kasih dengan sahabat2 lama lah di sini. Ramai yang dah lama tak jumpa akhirnya jumpa jugak hari nie. Petangnya sudah tiba di rumah. Raya ke-19 beraya di KPDNKK, Putrajaya. Dapat merasa kambing golek, heh. Macam biasa Dafi tetap di sana, with her friends membuat persembahan. Raya ke-22 tidak dapat menjoinkan diri berhari raya anjuran level 10 di opis atas sebab2 tertentu. *wink2* Raya ke-23 ke Teluk Intan, anjuran company bagi meraikan rakyat-rakyat di sana. Hah, sampai kul 12.15 kul 1.30 balik dah. Hujan lebat oh, letrik terbengkalai kejap. Pastu dah macam biasa balik. Okeh, dapat lah duit raya $$. Hari ini tak dapat ke open house rumah abang sendiri, jadi ke rumah dia esok hari. Mengikut dia beropen house di dua rumah di kawasan kejiranan baru dia. Tak lupa jugak bos lama aku, iaitu bos abang aku jugak lah. Raya ke-29 open house company sendiri di dewan Tun Hussein Onn, PWTC. Masing2 tunjuk bakat nyanyi. Aku pun naik pentas, uik. Tapi satu department lah, naik ramai2. Maybe teramai sekali kot atas pentas, haha. Kesian the 3 guys kat dept aku neh beriyalah berlatih nyanyi sekali lagu raya Jalil Hamid tu tak ada versi karaokelah pulak. Main belasah naik atas pentas ramai2 dan nyanyi lagu raya lain. Kelakar seh. Bos semacam kena paksa naik atas pentas. Haha. Paksa jangan tak paksa. Tak makan apa sangat sebab dah melantak kat open house lain sebelum ke sini. Jadi borak dan bergelak ketawa dan berjoke satu meja. Dari pukul 2 lebih kat situ, pukul 5 baru rasa nak makan. Apapun, semua tak lupa tunjuk bakat ramai2 atas pentas. Suw-wit(sweet) lah. Dan raya ke-30 (ha?) dan maybe yang terakhir (must be) adalah di kawasan kejiranan sendiri. Berlangsung selepas Isya’. Aku amik Bakso, sedap lah. Frankly speaking, ini first time makan bakso. Sungguh ketinggalan zaman. Sempat rasa satu sudu laksa dari mangkuk housemate. Okeh, enuff. End of raya. Wait next year lak ye. Makan je lah yang kau tau kan. (kena marah ngan diri sendiri ke ni..).. (--")

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...