Showing posts with label monolog diriku lagi. Show all posts
Showing posts with label monolog diriku lagi. Show all posts

Saturday, August 6, 2011

Dimulakan dengan Bismillah

Hmm.... Lama sungguh rasa. Dah dua bulan. Tak menaip di sini. Apa kes? Tak de kes lah. 

Alhamdulillah, sudah masuk hari ke-6 bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan. Amalan puasa aku pun tak ada masalah, dan rasa mudah. Takde nak rasa tak bermaya ke apa, Alhamdulillah. Bersemangat sahaja, lebih dari biasa, haha.  It's all in our mind I guess. Dan Alhamdulillah juga dapat bersahur dan berbuka puasa bersama ahli keluarga kat kampung masa first day. Spent time kat rumah lima hari last week, lama dah tak cuti lama macam tu kat kampung. Seronok pulak. 

For the past two months, a lot of things happenned. In a good way. Alhamdulillah. Mungkin itu satu pencapaian baru buat aku di tahun 2011. Hmm, aku memang selalu buat kira-kira macam tu. Setiap tahun, aku tengok apa perkembangan or progress besar yang berlaku kat aku. And I will set that as my achievement of the year. Hehe. Alhamdulillah, am still counting on it.

Entry ini haya untuk membuat comeback (eceh), so tiba2 takde idea di minda untuk keep on hitting the keyboard button and spread my thought here. Jadi, sampai sini dulu. Oh, sekarang, lagu Akim 'janji' sedang berkumandang di radio Era, love this song sooo much! 

Moga semua umat Islam di dunia dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan. aminn....

Till next time.

Thursday, April 14, 2011

Terkenangkan kamu...

Usai solat mahgrib tadi, aku amik kesempatan membaca alquran sementara menunggu waktu Isya'. Dalam pembacaan aku, terjumpa dengan ayat yang mengandungi perkataan Izzati. Tidak dapat tidak, ia mengingatkan aku pada seseorang. Seseorang yang telah lama meninggalkan kita di bumi fana ini.Yang telah lama tiada di bumi ini. Aku tau aku patut khusyu'kan diri membaca, tapi aku teringatkan beliau. Arwah beliau.

Izzati muda setahun atau 2 tahun daripda aku and satu sekolah masa sekolah rendah dulu. Still ingat lagi, masa di tahun lima, dia satu group dengan aku dalam game di sekolah, tak ingat game apa, tapi ada jugak buat pertandingan masak-masak. Aku boleh ingat aku ada tak puas kat dia pada certain-certain benda. Alah, benda budak-budak je lah pun, tak serius mana.  Ada satu time dia tak dapat datang sekolah sebab tak sihat, masa tu aku rasa tak puas hati sebab ada pertandingan, nanti mungkin akan mengganggu gugat keupayaan kitorang untuk menang pulak.

Selang beberapa hari dia tak datang sekolah, dengar khabar berita bahawa dia telah tiada lagi di dunia ini. Dia telah pun pergi meninggalkan kami buat selamanya. Beberapa hari sebelum itu, dia mengalami demam panas yang teruk, dan akhirnya dia meninggal dunia setelah beberapa hari di hospital.

Saat aku mendengar berita tu, aku terkedu. Tak sangka. Dia telah pergi selamanya. Terasa baru je dia memegang baju aku dari belakang masa group kitorang tengah beratur. Rasa baru je nak mengenali dia dengan lebih mendalam. Rasa baru je tak puas hati dengan dia. Rasa.... Seribu macam rasa ada.... Aku akui memang jarang orang yang dekat dengan aku yang masih muda pergi meninggalkan dunia ini. Kalau adapun yang tua dan aku tidak berada di sisi mereka untuk sekian-sekian waktu. Jadi rasa ralatnya lain sangat.

Aku still boleh ingat sikit-sikit wajah dia. Wajah yang polos dan manja. Yang memerlukan perlindungan dari orang keliling. Dan aku pun bukan nak layan dia sangat pun.

Tapi.... bila mendengarkan perkhabaran itu, hati terdetik, rasa macam baru je main dengan dia haritu, sekarang dia dah takde lagi. Perasaan tu... ramai pun alami macam tu jugak kot.... Sampai sekarang, bila ternampak saja nama arwah, kadang-kadang buatkan aku terkenangkan dia... walaupun masa perkenalan hayalah singkat.

Macammanalah dia sekarang kalau masih hidup. Macammanalah rupa dia agaknya. Macammana nasib dia sekarang (yang aku rasa pasti indah). Bila aku teringatkan seseorang biasanya memang aku akan terkenang perkara-perkara macam ini. Curious.

Apapun aku doakan yang terbaik untuk arwah. Yang telah lama tiada. Al-Fatihah.

Friday, May 7, 2010

Kenapa still ingat lagi ni...

Aku n beberapa orang ada kat bangunan, yang agak tinggi jugak ye.... nampak macam bangunan tak siap je. rasanye tersesat kat sini... then cari-cari jalan untuk turun ke bawah. aku lead di depan. hm.... mana jalan turun ni. oh, akhirnya, dah jumpa pun tangga. tapi ada orang naik dari tangga tu, semacam nak ke satu destinasi lain. mungkin memandang aku yang nampak kesesatan ni, dia pimpin tangan aku ke bawah. orangnya bermuka arab, putih-putih... nampak tak sihat. masa turun ke bawah pun batuk-batuk... hm..... sapekah dia ni...? pastu. alamak apa pulak bunyi lagu korea ni... owff, mimpi aku dah terganggu. alarm chik rupanya... try nak sambung balik mimpi, tapi kali ni tak berjaya nampaknya, huahua.... siapakah dia? taktau kenapa, rasa nak blogging pasal mimpi semalam, hehe...

Sunday, December 20, 2009

kebosanan tahap cipan


huhu, boringnyeeeeeeeeeeeeee...................................
bila cuti sekejap, dipenuhi plak ngan aktiviti2 outing
tapi bila cuti lama aku gi melepak kat umah pulak sampai tiga hari...
sorang2 plak tue..
apakejadahnye ini..?
sape nak tolong aku nie, dah boring tahap cipan
uwaaa...
tapi, esok dah keje, tak best jugak tu, lagi huhu...........
kepala otak nie dah serabut pikir macam2
harap-harap takde pape
harap-harap everything would be just fine
n harap-harap everything would be normal back
and i promise i will appreciate things more...
this one thing........... always wat aku serabut lately
this one thing dat i'm figuring out.........
haha, merepek, meraban plak kat sini...
naper, kenapa wat aku camnie...
duh!
I'm out now
out to do nothing
haha
sadis!
sadis dan sedih!
nak nangis bleh ke??
arggggggghhhhhhhhhhhhhh, serabuttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!
please my heart, be good
and please my mind, jgn pikir bukan2
everything's gonna be fine
aminnnn.....................

Sunday, August 23, 2009

Peluang... ada kah lagi?

kenapa aku selalu rasa nyesal or rasa macam betul ke apa tindakan yang aku amik tu? what if kalu aku amik tindakan sebaliknye? what will happen? is it better or worse? can i get a second chance? Duh, kenapa la aku slalu ada prasaan cenggini... wat butterfly lingering in my tummy jek, for quite some time lak tue... tak suka!!! sometimes rasa mcm kalau la leh patah balik masa, kalau la leh tukar decision, kalau la aku pikir betul2 dulu sblum wat decision... kalau la... arggh, syaitan sungguh! kalau adalah perkataan digemari syaitan, huhu. tapi semua tu memang takkan terjadi, dak kecik pun tau... as long dorang tak percaya cite 'back to the future'... tapi tulah, kuatkah aku untuk meng'fix'kan menda yang berlalu. kuatkah? beranikah? tolong aku...tanak ada butterfly nie... wat runsing kepala je... uhh, luahan tak semena-mena dari aku... Ya Allah, tolonglah hambamu ini untuk membuat keputusan yang terbaik. seorang sahabat ada nasihat supaya baca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 201 kali setiap hari selepas subuh. semoga kita dpt wat keputusan yg betul... akan kucoba, akan kucoba. aku tanak wat silap lagi...

Thursday, June 4, 2009

Talk the talk

Tah kenapa lately rasa malas sangat nak wat keje2 kat opis tu. aku rasa aku kena refresh balik la & do something... nanti effect plak prestasi aku. tadi sesaja teman amy, member ofis jalan2 kat klcc, emm, saja je nak ikut dia jalan2, amik angin, tenangkan fikiran, luaskan pemandangan dan sebagainye... singgah vincci, kinokuniya, n cold storage je. pastu lepak kat kfc, lama gak sampai meja sebelah dah bertukar ganti orang tiga kali dah, huhu. sembang punya sembang tak sedar pulak dah pukul 9. macam yang disembangkan, mostly pasal kerja la kan... best pulak lepak2 camni n sembang2 n luahkan perasaan, haha. yang bestnye its her treat, kui2. keje ngepau orang je aku nie. tak berniat pun, dah orang nak belanja kan... pasni ni aku pulak lah yang kene belanja dorang2 nie. ayu dah belanja cornetto walls, fira dah belanja secret recipi, zu dah belanja jambu, kak zila dah belanja mcm2, amy dah belanja kfc, aku...? emm, takpe2, malam ni akan aku fikirkan...

I'm moving on

akhirnye... keputusan yang susah sangat aku buat dah pun dibuat. akhirnye aku pilih untuk pindah ke pantai dalam n duduk bersama kakak satu ofis dengan aku n ada lagi sorang jugak ofismate. so kira kitorang bertiga adalah housemate n ofismate, heheh. emm, takpelah daripadaaku dok sorang2 kat sini n jauh pulak tu kan. ni lah masanya untuk aku move on. tapi mesti aku akan rindu the time masa aku stay kat sini. dah setahun lebih aku stay kat sini macam2 aku dah buat. so, aku ingat aku nak buat list apa yang aku nak buat sebelum masa untuk aku pindah tiba. hee are the lists:
- beli char ko tiau kat kedai atas bukit tue (mesti tbayang2 la pasni)
- masak ayam
- masak nasi waktu weekdays
- beli big apple kat jusco belakang rumah
- pergi pasar malam hari sabtu kat belakang rumah
- shopping2 n jalan2 kat jusco
- kemas rumah (tet...)

Wednesday, April 1, 2009

can't sleep

it's in the middle of d night and I can't sleep.
tiba-tiba rasa rindu.
rindu pada seseorang yang dah lama tak jumpa.
it's no other that my mother, mak.
tiba-tiba rasa rindu nak jumpa.
bila dapat balik dan jumpa mak dan abah.
tak sabar nak tunggu minggu depan.
it's been like almost 4 months tak balik rumah.
huhu, lamanye...
how time flews by...
ye, tiba2 je dah seminggu
lepas tu tiba2 je dah sebulan
lepas tu tiba2 plak dah setahun
when we look back rasa macam pendeknya masa
while we going through it terasa lamanya detik berlalu.
oh, aku tak nak tergolong dalam orang-orang yang rugi.
i want to do something in my life
something that doesn't need to be amazing
just something that can make me like myself more and make me feel better.
i tend to have that kind of feeling when i feel like i do not live in a better way.
not those great thing, just the simple thing i afford to do but ommitting it, hehe.
Another thing is procrastinating.
uhhh, i always do that and i hate it...just can't help myself to do it.
just like a shopaholic who can't stop herself from buying the things that she doesn't even need it.
eh, eh, boleh ke perumpamaan macam tue...
hope i can do something

Friday, January 30, 2009

my sleepy head... not

There's a song that's inside of my soul
It's the one that I've tried to write over and over again
I'm awake in the infinite cold
But You sing to me over and over and over again

emm, skang tido dah tak menentu. smlm awal2 dah ke alam mimpi, sampe telajak paginye, huhu. arini plok, dah tak bleh nak tido.... pastu sok nieh, confirm bgn awei plok, kihkih. nak jadi pe la...

sempat chatting ngan long time no see n long time no talk bestmate or classmate aku masa skul dulu. haha, time lead us to a very different life rite now. she's doing great now, think so. glad for her. n pas bih chatting termelarat layan blog2 dorang nieh, sampe aku kena recall balik each of them.

ropanya adakah aku terlampo hanyut ngan keje... tak smpat nak cntact2 ngn dorg. bnyk invitation just aku biarkan berlalu, n pastu mula la nak diupdate pe yg blaku, sungguh tak patot.

it's approaching 1.30am rite. guess its time for me to go to sleep. akan ku paksa jua. emm, buku2 kat tepi tu bleh la ku guna as bahan utk mengantokkan diri.

k, morning Friday. hope its a blessed day for us...

Sunday, January 25, 2009

huarggh, bowingnye... cuti lama sangat la plok. tu la tak balik kampung, so lepak je la kat sini sensorang kawan2 suma dah blk kmpung memasing, huhu. em, anggap la ni long vacation yg aku asik sebut2 yg aku perlukannye.... long ke? huhuhu. akan ku merelakskan diri sepenuhnya time cuti nieh, ngeh ngeh. pada kaum tiong hua or cina or yg sewaktu dengannya, Selamat tahun Baru Cina, siming kuwai lerr (camtu kot bunyi dia). kong hei, kong hei... k, ni nak sambung cuti balik, wahahaha....

Thursday, January 15, 2009

huarggh, dah tengah bulan satu nie... huhuhu. wake up2, you gotta do something!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...