Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Saturday, August 6, 2011

Pengaruh KL Gangster

Assalamualaikum

Bercerita tentang filem-filem ganas Malaysia, memang aku tak pernah terasa nak jejak kaki ke wayang pun untuk tonton. Be it Rempit, Impak Maksima, dan yang sewaktu dengannya yang aku susah nak ingat tajuk dia, aku tak de tergerak hati nak tengok pun.

Tapi penangan KL Gangster lain sungguh. Sana sini orang bercerita. Sampai lah ke kutipan ke Rm12 juta, tertanya-tanya gak aku, best sangat ke pasal cerita samseng2 ni, sampai semua duk pakat layan. Artis2 lain pun ramai tweet pasal KL Gangster, bila pergi opis, opismate semua dah terpengaruh dengan KL Gangster, cakap nak gangster je, sampai guwa pun terikut. Dah pandai cakap sial gaya Zizan, sial lah. Then, semua pun puji memang best filem ni, the best Malay action movie. Babe, aku dah cair kot, terasa nak tengok jugak.

Akhirnya, dapat tengok jugak bersama si dia, what can I say is that, memang best lah. I keep on watching till the end without feeling bored. Penuh dengan aksi, yang penting tak meleret, penggunaan ayat yang meninggalkan kesan, kepelbagaian karakter, flow cerita yang menarik, dan jugak takde der kisah2 cinta dalam filem ni. Ini kisah abang dan adik sahaja. Tapi memang berjaya menarik minat semua untuk menonton, bukti kisah cinta bukan tarikan utama orang menonton. Ni lah pandangan aku dari perspektif seorang perempuan. Kalau bagi lelaki yang komen, entah apa2 lagi dikomen.

Tengok trailer di bawah ni, ganas gila, memang tak nya aku nak tengok kalau tak de orang meyakinkan aku cerita ni best.


Khabarnya, bakal ada KL Gangster 2 yang mana Rosyam Nor bakal menggantikan watak King dalam ini filem. Tak sabar nak tengok. Sengat ke tak... Syabas buat Syamsul Yusof, a good one.

Sebenarnya cerita pasal filem KL Gangster disebabkan video iKLan Gangster di bawah ini.


Haha. Layan sahaja. Kelakar jugak. I laughed at the end of it. Ini merupakan salah satu pengaruh KL Gangster buat anak muda. Tengok muka watak Malik tu pun dah ada sikit-sikit macam Aaron Aziz. Ayat copy paste gila. Haha. Ada lagi satu KL Hamster tapi aku dah dislike itu video, tak suka. Harapnya, aksi-aksi ganas di dalam filem KL Gangster hanya kekal di dalam filem. I mean, those kids and teenagers, don't bother to copy what they did in the movie, leave in peace and harmony. That's a live is all about.

Till next time.

Thursday, December 30, 2010

Cerita Tron best ke tak?

 Okay, dah dah. Tak payah nak fikir Tron ni best ke tak ke. Pergi siap-siap sekarang dan ajak sapa-sapa yang dikenali pergi beratur beli tiket for two or three or four ikut suka. Kalau nak masyuk lagi booking satu panggung terus kot, haha. Cerita ini memang sangat best. Or kalau dalam bahasa remaja, citer ni best gilerr wehhh, gilerr ahhh siottt! Nampak macam makcik-makcik nak tiru cakap orang muda ke apa, harap-harap takla.. Tapi kalau setakat nak bagi bintang-bintang ni kalau lima ke sepuluh ke aku bagi full terus.

Sebenarnya ini adalah filem sequel, filem pertama diterbitkan dalam era 80-an. Sory, aku tak tengok. Aku kecik g. Tapi aku admire macammana seseorang boleh terfikir tentang kewujudan sesuatu seperti itu di dalam dunia digital apakejadah tah. Memang terer mamat yang buat cerita nie. Tapi yang pasti kalau orang itu dari pakar bidang-bidang komputer, IT mesti sangat grab dengan cerita ni. Sebab kalau budak 5 tahun masuk for sure lah kau akan jadi mamat atau minah blurr. Sebab tulah dia dilabelkan PG13. Tapi ada jugaklah satu family ni usung anak-anak dia yang dalam lingkungan dua hingga enam tahun itu tengok cerita ni. Duduk sebelah aku lak tu. Alih-alih asyik keluar masuk hall. Konsentrasi dah kacau bilau, haiyaa!

Mana taknya dalam cerita ni makhluk berbentuk manusia dipanggil program dan user. Ada lagi cekera yang terdapat pada setiap program dan user. Cakera ni menyimpan memori-memori pemilik cakera tersebut yang boleh direview semula. Tapi semua tu dekat alam digital. Itulah alam Tron. Dimana aku nak cerita pun tak tau nak cerita macammana. Setakat nak cakap 'best gila cerita ni' boleh la. Cerita dia lebih kurang macam seorang anak (bukan yang duka nestapa) yang telah dewasa (baya aku sekarang, ceh) mencari bapak dia yang hilang 20 tahun sudah. Alih-alih dia dah termasuk ke dalam sebuah dunia digital yang dikawal oleh makhluk ciptaan ayahnya yang mana ayah dia jugak terperangkap dalam dunia tu.

Part paling paling menarik masa game cakera dan game race bike hidup atau mati. Memang gempak. Oh ya, ayah dia ni pencipta game2 yang menjadi kegilaan masa ayah dia hilang. Rupanya ayah dia dah terperangkap kat dunia ciptaan dia sendiri. Macam masuk dan hidup kat dalam cip-cip dan wire-wire kecik yang dekat dalam komputer tu kot. Hah. Ataupun dalam bahasa movie ni adalah The Grid. Paling menarik jugak sebab ada tempat ala-ala pub. Hahah. Weh. Aku tak pernah terpikir dalam komputer aku nie program-program yang aku download tengah melepak minum sambil dengar lagu rancak and joget2. Okey, just kidding.
 
Lompat macam nak terbang je terus keluar sebijik bike yang cool sebegini
Salah satu pemandangan yang wujud dekat alam Tron. Ada tak macam Penang bridge.
 
Suasana masa battle game. Semua di situ adalah program, bukan manusia ya.
 
 Quorra a.k.a pembantu Kevin Flynn iaitu ayah kepada Sam Flynn
Gaya. Mutu. Keunggulan.
 
Jom lawan baling-baling cakera. Sapa kalah dia mati!
 
Ni dia pembaling cakera hebat. Gaya. Mutu. Keunggulan jugak.
 
Bernama Gem. Si albino. Eh tak tak. Pangkat Siren. Jalan macam robot. Apakehal.
 
Pengangkutan hebat milik Quorra. Teringat kat GO-kart.
Si jahat berbaju oren. Finally defeated.

Okey, enough reviewed. Worth to watch. In fact, worth every pennies. Its a movie to watch before 2010 end. Waktu tontonan: 27.12.10, 9.45p.m, GSC MV. See ya!

Friday, July 2, 2010

Moovee: Karate Kid

Last Saturday dapat gak nengok citer ni.. Yay, suka, suka... Terus jatuh suka ngan Dre Parker, eh, Jaden Smith, anak Uncle Will Smith nie. Mcm comey2 je, hehe... Tulah , tengok g citer budak2. Ni kalau budak2 tgk ni mesti suka kot, kot laa... Tapi banyak jugak adegan-adegan yg mungkin agak ganas untuk ditonton budak. Contohnye adegan buli yang takde perasaan... Aduhh, bahaya neh kalau budak-budak terikut. Tapi move kung fu Jackie Chan memang best macam biasa. Dalam movie ni lebih focus pada satu2 move maybe sebab budak2 lagi kowt... Memang kagum je tengok jaden Smith wat aksi kungfu, dah la comey pulak dalam citer ni, haha... Alkisahnya cerita ni, Mr. Han (Jackie Chan) mengajar Dre Parker untuk berkungfu dengan hebatnya supaya dapat kalahkan kaki-kaki buli dia kat satu perlawanan kung fu. Ending dia smua pun leh agak, mesti la menang kan... Jackie Chan yang ajar, haha....Okey la watch this movie, tengok gelagat budak-budak.. Fun n funny. Memang relax.. Wat kita teringat zaman budak2 dulu, huu... Tak rugi tengok. Rugi tak tengok.

Monday, July 20, 2009

Ice Age 3: Dawn of the Dinosaurs


last saturday (18.7.2009), i got opportunity to go to rumah long (my eldest bro). me and my sister (chik) went togeder. this is the first time i saw my new niece. i think she's already 2 months. hoho, i just get opportunity to visit her after 3 months. sorry, dear. u're just cute. but, to tell the truth ur look is a bit different compared to ur sis and bro. emm, i dun know either whether u're more like ur father or ur mother. maybe coz u're still a baby, that doesn't show obviously. still, u're cute. i've bought u a little gift, a set of baby apparel from Pigeon, contains of.... em, u gonna check them out by urself, hee... ur aunt can't remember. nway, hope u like it, cutey. u're such a kind baby. i think u're gonna be like me, cos we're both the 3rd child in family, hehehe. nway, dat's all bout it. then, at night we went to Times Square to watch the moovie long told earlier at evening which is......... yup, the title told u already, hehe. Ice Age 3 is soooo hilarious n funny n enjoy. it kept me laugh during the show. okeh2, it's all started when Manny going to get a child with his em... wife, Ellie. n, Sid (funny dat I got d same nickname, arggh) is starting to think about his own family too. n then he found 3 huge eggs under the iceland and brought them with him to be adopted as his own children. then, the real MOM is looking for them, which is.....yup, the Dinosaurs, big one. as the big momma take four of them with her, friends of Sid started the adventure to save him from the Dinosaurs, and the hilarious start through the time they went to save Sid, with the help of the one-eyed weasel known as Buck, really, i like his Aussie accent, lol. kind of crazy too. the most hilarious part is when the four of this group got hang on a rope n they get a lil crazy coz they smell the poisonous chemical, which kept them laughing no matter what they told each other, lol. their voice change to a funny sound too, haha. I wish I can watch for the 2nd time. i award dis must-watch-movie 4.5/5.

Tuesday, June 2, 2009

Syurga Cinta


Syurga cinta. Aku pun tak sangka aku akan nonton citer ni kat wayang, hehe. Yela, slalu tu aku layan komedi or action je kalo kat wayang. Alih2 citer cinta pulak. Ni pun sebab member2 opis ajak. Pernah dengar tajuk citer ni pun idak, inikan nak pergi tengok. Masa dorang2 ajak aku… syurga cinta? Tak pernah dengar pun. Tapi boleh la, layan je la… esoknye pun (hari ni) kitorang pergi nonton kat mid valley ber-enam;Fira, ayu, nana, Yan, elmi, dan aku lepas habis office hour. Citenye? Emm, not bad at all I must say. Mula2 yelah, ada pemikiran skeptical jugak la sbb filem ni terbitan Metrowealth and you know that u can’t expect more when it comes from this publisher, hoho. Bak kata orang, indah khabar dari rupa. Gazette bagai best giler, tapi bila pi nonton, hampas dan hancuss.
Tapi lucky me, Syurga Cinta idak gitu. It’s a fresh story for me, and lain dari citer melayu yang biasa kita nengok. Tapi dengar citer, movie ni ada iras2 movie indon bertajuk ‘kiamat sudah dekat’. Tah, aku pun tak sure sebab tak pernah nengok citer tue. Anyway, kredit jugak untuk pelakon-pelakon utamanya iaitu Awal Ashaari (Irham), Heliza AF5 (cikgu Shuhada), dan jugak adik Hadziq (Iqmal) dari Tom-tom Bak. Huhu, kelako gak budak nie. Dia banyak menghidupkan suasana dalam cerita nie.
Alkisahnya dalam citer ni, si Irham nieh dah kebaratan dari segi hidup sebab dah terlampau lah lamanye dia stay kat oversea. Bukan setakat dia je, makbapaknye pun rupa itu jugak. Cuma si Ikmal, anak angkat yg berumur 8 tahun nie baik sikit, yelah budak kecik lagi. So, si Irham ni pun ada kawan yg perangai lebih kurang je ngan dia cumanya diorang nie stay kat. Oleh sebab suka sangat betting. Kawan dia pun bet supaya tackle sorang pompuan pakai tudung dan bercinta selama sebuln dan lepas tu clash depan diorang dan otomatik hadiahnye adalah 5 ribu. Suma orng boleh agak la apa akan jadi. Kebetulan pulak pompuan yg di bet tu adalah cikgu kepada Ikmal, yakni adik Irham tadi, tak perpasal jek dorang jadi kamceng. Last sekali biasalah, gaduh2 sikit, salah faham, and then si lelaki dapat memujuk si perempuan. Then diorang together balik…Kredit diberikan pada Hadziq, sebab watak dia banyak menghidupkan suasana. Heliza pun okey, walaupun pertama kali berlakon. Kira citer nie adalah komedi plus keagamaan plus percintaan yang digabungkan sekali. Banyak gak pengajaran yang boleh diambil dari citer nie especially yang berkaitan dengan cinta. Paling tak boleh lupa adalah kata2 ‘jodoh ada 3 jenis’ – jodoh dari jin, jodoh dari syaitan, dan jodoh dari Allah…iaitu Syurga cinta. adelah jugak huraiannya yang lain. Emm, banyak sangat pengajarannye yang boleh kita amik. Cuma bab dalam disco tu, hmmm. Istighfar je lah bila nengok. Dasat sesangat. Macam nie ke kehidupan kat. Even it’s just lakonan tapi takut bila tengok keadaan macam tue. Terlalu liar dan bebas bagi aku untuk kita sebagai umat Islam. Hope diorang sendiri yang akan insaf bila nengok movie nie, huhu.So far since komedinye menjadi n jalan citer tak boring, skripnye pun penuh makna – 3.5 star!

Monday, March 30, 2009

Confession of a Shopaholic


Rasa2nya memang dah boleh diagak kenapa aku pilih novel nie as one of my collection. Tengok title nye je dah tau… bagi orang yg gila sopping, this novel is a must! It’s very funny n chicklit. Sesuai untuk pemboros macam aku yg berangan nak berjimat. Sebelum aku baca novel nie, aku ingatkan aku sorang je yg buat macam tue, rupanya orang lain pun fikir benda yg sama jugak, hahaha. Nak tau apa, kena la layan dulu novel nie. Memang best n tak boring, cuma cerita nie lebih banyak bermonolog dengan diri sendiri. Itula yg menambahkan kelakaran cerita nie sebenarnya. Cerita nie berkisarkan tentang seorang perempuan yg gila shopping tetapi mempunyai kewangan yang tak stabil. Dia cuba untuk menyelesaikan probs dia dengan bermacam2 cara. Tetapi akhirnya dia berjaya jugak mengubah nasib dia menjadi kaya dan dapat pakwe yg charming lagi…congrats la untuk dia. Tapi aku tertarik nak beli novel nie bukan je sebab watak utamanya yg serba-sedikit macam aku iaitu shopaholic tapi jugak sebab authornya. Sebelum ni aku dah pernah baca novel nukilan Sophie Kinsella titled ‘Can You Keep A Secret’. Berdasarkan humor2 yang dia selitkan dalam novel dia, aku jadi tertarik untuk beli another version of her novel. I can’t believe that she’s not a shopaholic coz she describes the main character very well as a shopaholic. Well done! Novel ni aku baca dalam 3 tahun yang lepas rasanya... sekarang dah ada movie version yang baru ditayangkan di Malaysia 26hb yang lalu. mesti berbeza sikit dengan novel version coz movie punya kat new york while the novel one happen in london. cant wait to watch this movie tomorrow...
~~2.4.09 - nak update sikit. the movie is soooo good! like it so much. it's hilarious, the five of us enjoy the moment since before it start until the time we split to go home, huhu. isla fisher is cute too. memang best sangat. nak kena buat collection nie...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...