Okay, dah dah. Tak payah nak fikir Tron ni best ke tak ke. Pergi siap-siap sekarang dan ajak sapa-sapa yang dikenali pergi beratur beli tiket for two or three or four ikut suka. Kalau nak masyuk lagi booking satu panggung terus kot, haha. Cerita ini memang sangat best. Or kalau dalam bahasa remaja, citer ni best gilerr wehhh, gilerr ahhh siottt! Nampak macam makcik-makcik nak tiru cakap orang muda ke apa, harap-harap takla.. Tapi kalau setakat nak bagi bintang-bintang ni kalau lima ke sepuluh ke aku bagi full terus.
Sebenarnya ini adalah filem sequel, filem pertama diterbitkan dalam era 80-an. Sory, aku tak tengok. Aku kecik g. Tapi aku admire macammana seseorang boleh terfikir tentang kewujudan sesuatu seperti itu di dalam dunia digital apakejadah tah. Memang terer mamat yang buat cerita nie. Tapi yang pasti kalau orang itu dari pakar bidang-bidang komputer, IT mesti sangat grab dengan cerita ni. Sebab kalau budak 5 tahun masuk for sure lah kau akan jadi mamat atau minah blurr. Sebab tulah dia dilabelkan PG13. Tapi ada jugaklah satu family ni usung anak-anak dia yang dalam lingkungan dua hingga enam tahun itu tengok cerita ni. Duduk sebelah aku lak tu. Alih-alih asyik keluar masuk hall. Konsentrasi dah kacau bilau, haiyaa!
Mana taknya dalam cerita ni makhluk berbentuk manusia dipanggil program dan user. Ada lagi cekera yang terdapat pada setiap program dan user. Cakera ni menyimpan memori-memori pemilik cakera tersebut yang boleh direview semula. Tapi semua tu dekat alam digital. Itulah alam Tron. Dimana aku nak cerita pun tak tau nak cerita macammana. Setakat nak cakap 'best gila cerita ni' boleh la. Cerita dia lebih kurang macam seorang anak (bukan yang duka nestapa) yang telah dewasa (baya aku sekarang, ceh) mencari bapak dia yang hilang 20 tahun sudah. Alih-alih dia dah termasuk ke dalam sebuah dunia digital yang dikawal oleh makhluk ciptaan ayahnya yang mana ayah dia jugak terperangkap dalam dunia tu.
Part paling paling menarik masa game cakera dan game race bike hidup atau mati. Memang gempak. Oh ya, ayah dia ni pencipta game2 yang menjadi kegilaan masa ayah dia hilang. Rupanya ayah dia dah terperangkap kat dunia ciptaan dia sendiri. Macam masuk dan hidup kat dalam cip-cip dan wire-wire kecik yang dekat dalam komputer tu kot. Hah. Ataupun dalam bahasa movie ni adalah The Grid. Paling menarik jugak sebab ada tempat ala-ala pub. Hahah. Weh. Aku tak pernah terpikir dalam komputer aku nie program-program yang aku download tengah melepak minum sambil dengar lagu rancak and joget2. Okey, just kidding.

Lompat macam nak terbang je terus keluar sebijik bike yang cool sebegini
Salah satu pemandangan yang wujud dekat alam Tron. Ada tak macam Penang bridge.
Suasana masa battle game. Semua di situ adalah program, bukan manusia ya.
Jom lawan baling-baling cakera. Sapa kalah dia mati!
Ni dia pembaling cakera hebat. Gaya. Mutu. Keunggulan jugak.
Bernama Gem. Si albino. Eh tak tak. Pangkat Siren. Jalan macam robot. Apakehal.
Pengangkutan hebat milik Quorra. Teringat kat GO-kart.
Si jahat berbaju oren. Finally defeated.
Okey, enough reviewed. Worth to watch. In fact, worth every pennies. Its a movie to watch before 2010 end. Waktu tontonan: 27.12.10, 9.45p.m, GSC MV. See ya!
No comments:
Post a Comment