Showing posts with label outing. Show all posts
Showing posts with label outing. Show all posts

Sunday, October 7, 2012

Weekend with husband

Assalamualaikum.

Ini kisah minggu lepas. Kesian laki aku, demam. Hari Jumaat malam tu masa amik dia kat Jalan Duta dia dah ngomel2 cakap sakit kepala... Bila sampai rumah, dah terus demam. Alahai, baru nak berdating2 dah demam pulak. Memang aku tidur tak lena la malam tu, bukan sebab duduk tepi katil ngadap muka dia dengan harapan demam dia cepat sembuh. Tapi sebab dia ni kalau tak sihat macam2 betul mengigaunya... huhu. Kesian pun ada. Tapi dia tidur lena. Aku yang tak lena, haha...

Esok paginya, still mode demam. Soh dia telan ubat, pakai selimut n comforter sekali bagi peluh kuar, kipas tutup, dia ayik complain sejuk, pastu aku letak towel basah kat kepala dia supaya kuar haba2 panas dalam badan. Nak tak nak, kitorang kena keluar jugak, aku nak hunting barang baby. Bila lagi kalau bukan sekarang. Huaa... Ini isteri tak bagi can walaupun si suami demam ye... huhu. By the time 10 lebih pagi tu kitorang gerak pergi klinik kat Bangsar. Husband kena cucuk bontot, hee... Aku ingat nak scan situ, sebab nak wat appointment kat Pantai Medical Centre, dah full pulok.... Tapi dia suruh datang petang sebab doktor in charge petang tu lagi experrrtt... Oklah, fine tengok mood kami lah dan tengok time jugak kalau sempat.  Kalau tak sempat nak wat cano... Husband bagitau doc suruh dia balik rumah tidur. Haha, mana boleh, kita nak shopping la.... Sorry tau....

Since dia tak sehat aku offer diri untuk drive, ajak husband gi GM Klang, tengok barang baby kat sana. Orang kata kat sana banyak barang baby. Mati2 aku ingat GM Klang ni dekat dengan Jusco Bukit Raja. Ropa-ropanya dekat dengan Jusco Bukit Tinggi nu ha... Alahai, patutla ada yang kata jauh. Tapi disebabkan hati memang plan nak gi situ, aku tekad jugak ajak husband pergi... Kalau dulu bangunan dia macam dewan besar2, ada enam. Sekarang dewan tu dah kosong. Semua kedai dah berpindah ke bangunan sebelah, bangunan yang bertingkat-tingkat macam mall biasa, tak lagi dekat dewan besar2 tue. Memang baru sangat pindah ke bangunan baru tu sebab bila masuk still ada kedai baru nak set-up, tengah renovate segala. Tapi tempat jualan, most of kedai dah beroperasi macam biasa. GM Klang tu jual barang borong. Kalau nak niaga memang elok sangat beli borong kat sini. Macam2 produk ada. Pakaian2 baby yang selalu orang jual online tu, kat sini belambak gila. Tapi tu la, kena beli dalam kuantiti banyak baru dapat murah, kalau sikit2 je, memang standard je harga dia, silap2 lagi mahal. Bagi pendapat aku, kalau nak beli barang baby especially newborn, takyah la gigih nak datang sini. Cari je dekat Jusco ke, Tesco ke, apa2 la yang berdekatan dengan tempat kediaman. Newborn tak payah beli banyak2, baby kan cepat besar, tapi kat sini kena beli banyak2 pulok..... Tapi.... habis jugak seratus lebih kat sini, kalau tak beli kang sia2 lak datang. Tapi memang best pun datang sini, sebab banyak barang. Cuma kondisi aku sebagai seorang mak buyong yang dah tak larat nak jalan laju2 dan kaki asyik rasa sakit je, penat jugak la nak tawaf satu bangunan tu... Tengok la, lepas baby lahir ke, bole la nak datang sini, jamu2 mata, semua benda ada....

Lepas tu, disebabkan masih ada masa, kitorang heading ke klinik kat Bangsar tu balik, untuk scan, bila lagi papa dia nak tengok kan... Nasib baik sempat sampai sebelum kul 5. Tapi scan biasa je la.... and Alhamdulliah anak mama n papa ni sihat.... Ingat lagi 2 weeks, yg before raya haji tu nak gi scan kat PMC. Harap boleh wat appointment. Malam tu husband tak sihat lagi. Doc dah pesan kat dia to stay away from his pregnant wife, hehe.... Takut berjangkit... Tengok dia lena sangat tido... Conquer satu katil... Takpela, aku bentang comforter je, baring kat bawah, selesa jugak heh... Kul 6 pagi baru dia nak tersedar, heh heh, lena sungguh.... Trus bagi dia makan n pastu makan ubat.... Sebab ada mission lagi nih, heheh..

Next day nya kua awal, kul 9 dah keluar, gi breakfast dulu. Pastu heading to Pertama Complex. Ha, awal sangat kan, kompleks tu pun tak bukak lagi. Nak pergi Sogo pun tak bukak lagi, tercangak la jap kat depan tu, tengok kereta lalu lalang dan hirup udara KL. Tak tau la segar ke tak, haha.... Masuk je terus pi sopping barang baby..... Banyak jugak beli kat sini. Tapi lagi puas hati beli dari semalam. Semalam, dah la penat, nak kena jengah satu2 kedai, sebab kedai baby dia merata2. Ini, semua barang baby kat satu tempat, senang nak pilih and belek. Lagipun tengah fresh kan time tu.

Lepas tu ke Butik OneBabyWorld dekat Cheras. Ala, kalau tengok kat website macam banyak je benda menarik nak beli, tapi bila sampai tak tau pulak nak beli apa. Grab tiga item ja pun then terus ke Jusco Maluri yang dekat2 situ..Lepas lunch pergi ke barang2 baby. Beli la sikit2 , sebab baju tu nak beli banyak2 pun, aunty kat Sogo tu kata nanti next two weeks ada sale Pureen. So tunggu je la time tue..... Husband still tak sihat, asyik comlain sejuk, siap gi beli jaket. Pakai kejap je pun. Pastu dah bukak. Hah, tu rupanya ubat dia nak sihat. Heheee....

Hati dah rasa puas beli barangan, walaupun still tak cukup lagi ni. Tapi cukup la untuk puaskan hati. Penat bertekak dengan husband pasal beli barangan ni....Sampai aku kena cakap, habis nak tunggu sarat baru nak pergi beli ke? Terus esoknya dia macam ada mood nak shopping, hehe... Pastu gi dating2 jap kat Taman Burung, dekat dengan Bukit Aman tu... Tak buat apa pun. Melepak2 je. Diskus apa tah dalam kereta, lepas tu kelua ambik angin kat situ.... Tak masuk pun taman burung tue, mak buyong ni dah penat sangat nak jalan. Kang nak masuk setakat nak duduk kat port tepi exit je baik tak payah. Dah la RM25 sekali masuk. Last2 pergi beli air then pusing2 kat kedai souvenir tu. Yay, husband belikan something for me, ehehe, thank u ye....
 Singgah sebentar dekat sini lepas penat bersopping
 Disebabkan tak masuk pun taman burung tu, just lepak kat sini je.... Beli air n masuk kedai souvenir.
Aku beli Smoothie Yam, humanghai, manis gila, 1/4 je kot aku mampu telan. Pastu masuk tong sampah. Husband kata rasa macam hapak, haha... Dia amik Smoothie Strawberry, licin...


Lepas beli air masuk ini Peacock Gift Shop. Menarik jugak barang-barang dalam dia.
Tak sangka aku, kipas yg selalu mak bapak sangkut kat stroller baby tu, kat sini lagi murah daripada kat mall.
Aku ingatkan tempat camni biasa dia jual harga berkali ganda...

 Ni antara salah satu barang ada dalam tu. Tempat duduk, husband suruh snap... Nak wat contoh kott....

Heheee... From my husband with love. Thank u.... Yay, kunci kereta dah dapat keychain yg lebih semenggah...

Malam tu lepas sampai rumah, belek2 barang baby, excited dua bakal mak bapak nie... Lepas mandi, siap2 untuk hantar husband ke Shah Alam. He'll stay there, ada urusan ngan kawannye.... Patutnya dia balik malam tu, tapi bila aku tanya dia asyik cakap dia tak plan apa2. Last2 baru dia btau dia balik esoknya....  Malam esoknya baru dia balik ke rumah.

Ucapan untuk suami, terima kasih kerana temankan isterimu ini bershopping barang baby walaupun demam.... Nasib baik cepat kebah demam tu, hee....


Sunday, May 22, 2011

Weekend shop ended with Citrawarna

This weekend my fren came along from Perak and we shopped a lot! Yeeha! Dah lama tak shopping sesakan ini. Start from Friday evening till last nite kitorang shopping bagai nak rak. Biasa lah tempat shopping girls macam kitorang ni kat KL mana lagi kalau tak dekat Times Square, Sogo, and Jalan TAR. I don't even know how much I spent, but I know its quite a few. Sebenarnya my fren ni nak cari kain pasang untuk raya nanti buat adik-adiknya je. Tapi end-up ter extra beli beberapa helai shirts pulak. Hehe, itulah namanya perempuan kalau membeli. Boleh pengsan!! 

Penutup shopping kitorang semalam diserikan dengan persembahan Citrawarna 1 Malaysia 2011 di jalan TAR walaupun hujan renyai masa tu. Tapi tengok penari-penari ni bersemangat je walaupun terpaksa berdiri tengah hujan. Jangan demam sudah... Ada few artist jugak yang menyampaikan lagu pada malam tu. Sebenarnya, persembahan ni dekat Dataran Merdeka, tapi tak tahu kenapa yang kitorang tengok tu adalah dekat Jalan TAR. Tapi okeylah tu. Boleh berteduh kat kaki lima kedai tengok diorang-diorang ni. Ramai jugak yang join tengok. Kitorang just heading to home even persembahan tak start lagi. Penat sudah... Kaki pun dah sakit-sakit. Harus pulang dan buat apa yang patut. (Biasanya selepas shopping biar sampai penat mana pun, bila sampai rumah penat tu semua tak rasa langsung malah menjadi lebih bertenaga untuk buat itu ini. Yeah, the best therapy kan?)


 Sekitar jalan pada malam semalam, hujan renyai-renyai masa ni

 Pandangan dari belakang



 Pandangan dari hadapan

 Sawadikapp. Rasanya mereka ni memang dari Thailand sebab terdengar ada yang berbahasa Thailand

Tengah berlatih

 Hujan sanggup kuredahi, huahua...

 Setia saja berdiri walaupun ditimpa hujan



 Beruntungnya yang berpayung ini

 Apa ye nak panggil kalau orang jual guna benda ni?


Ada jugak team mega sale tapi tak ada gambar. Selepas tunggu kejap, kitorang balik rumah je. Tak tunggu sampai show start pun. We did enjoy our weekend. My fren pun rasanya dah sampai rumah kot.

ohh, pix are from my 3.2 mpx handphone saja, tak bawak cam pong..

Thursday, September 24, 2009

Destinasi Ramadhan

Ke mana ye untuk berbuka puasa? Emm, selain dari berbuka di rumah bersama housemate, berkesempatan untuk berbuka kat luar... those are the destination...
  1. mestila kat rumah... - 29.8-31.8 since ada cuti kemerdekaan, so amik peluang nie untuk balik berpuasa dengan family kat rumah... malangnyeee, aku taklah berpuasa pun... cuma tumpang berbuka sesama, hehee... memang banyak sangat hidangan berbuka. tula, bila dah ramai2 berkumpul, nilah jadinye. apapun, makanan best2. cuma sahur joiin sekali je, heee...
  2. Taman Equestrian - ni adalah iftar berbuka puasa bersama dak2 MADID. Wah, dah lama btol tak berkumpul dengan diorang nie... first dapat msg dari Jiyyah, the organizer, memg aku wat tak tau je. yelah, tak tau nak gi ngan sape, then bila Jiyyah ajak/paksa gak pergi, aku pun ngalah, hehee... tingin jugak nak jumpa korang2 sumerr... aritu ramai jugak yang datang, dalam 20 orang mcm tue. huhu, tak makan apa sgt walaupun bufet, sekadar roti, buah dan kek. asyik sangat bersembang dengan diorang2 nie... sekitar 11.30mlm br smpi rumah, Ijat antarkan, thanks... memang enjoy sangat jumpa korang sume...
  3. Dewan PWTC - ni adalah bersempena AGM kelab sukan companyku. So, ada perlantikan baru untuk jwtn2 dlm kelab nie... after habis je, kitorang terus berbuka disitu. Hidangannya not bad. boleh tahan dengan lebih kurang 5 jenis lauk-pauk.
  4. Restoran Secret Recipe - ni adalah kisah penantian paling mengharukan, huhu... dek kerana menuggu Satila yang terkandas dalam jam, aku pun mengofferkan diri untuk order siap2 kat restoran. at 6.30 memg dah nunngu kat situ, kat KL Sentral. then orderkan untuk 2 org, mknn sampai pukul 7.10 lebih kurang.... orang makin ramai. Tila tak jugak muncul2. okey lagi, lepas tue, pukul 7.20 lebih kurg azan pun bergema... arggh, tila ko x smpi lagi, apa harus kubuat sengsorang kat sini...huhu. aku dahulukan bebuke ngan kurma dan air je. dek kerana kesetiaan, aku tunggu je Tila sampai dlm lebih kurang kul 7.40. huhu, cheese atas spaghetti ku pun dah membeku, tak sedap sudah...
  5. Restoran Seri Melayu-this is my treat to Long's family, chik and Tila as promised. berbufet sakan la malam nie... memang bnyk sangat juadahnye. mkn dlm kuantiti yg sikit2 je so that boleh rasa bnyk mknan. ada jugak yang tk sempat rasa, contohnye lemang dan spaghetti, huu...
  6. Hotel Nikko - ni adalah jamuan anjuran company bersama menteri. bufet jugak. tapi hidangannya tak sebanyak di Seri Melayu. Apapun, semuanya sedap2. ada jugak yg tak sempat rasa. tapi, aku paling suka sebab dapat makan ketam, yuhuu, my fevret...
  7. Restoran Sakae Sushi - cancelled last minute
  8. Pak Li Kopitiam - cancelled without notice, huhuu...

Saturday, June 6, 2009

girls all day out

Hari ni peluang untuk kami kumpul balik 4 orang setelah beberapa bulan tak jumpa. last kitorang jumpa pun masa bulan puasa tahun lepas, 2008. tu pun tak cukup korum, rozie takde. so, harini kitorang berjumpa balik iaitu dayah, marina, rozie and aku. kitorang jadi kamceng masa part 6 degree kat UiTM Shah Alam. berjumpa ni pun sebab nak pergi kenduri azhar, kawan masa diploma kat perak and jugak degree kat shah alam. so, hari ini kitorang outing la berempat. masa kumpul semua sekali masa tu dah dalam pukul 4 lebih dekat kelana jaya, naik kereta marina. then, kitorang pun menghala ke sogo, aktiviti wajib bila berkumpul, apalagi, karaoke la kat red box ria tu. dalam tempoh tiga jam tuh, macam2 la lagu yg dipilih. walaupun aku sedar suara aku ni tak sesedap mana (sedar diri okey), tapi aku hantam jugak beberapa lagu, jat dadada, aku lebih tahu, take a bow, bleeding love, love story and etc. memang pitching out!! tapi takpe, enjoy... pastu makan la sikit2 kerepek2 yg dihidang kat luar and air honeydew dia sedap... lepas aje 3 jam menyumbangkan bakat masing2 kitorang pun heading to kampung baru pulak, jalan2 cari makan. so, ikot ajelah dorang ni masuk Restoran Chop and Steak. kalu tak silap restoran nie memang pernah masuk rancangan tu. tempat dia memang cantik. ada beberapa kapal yang diubahsuai dijadikan tempat masak dan counter cashier. landskap dia pun cantik. ada jugak ikan keli yang besar sangat. aku order grilled chicken - ikut rozie and marina, dayah pulak order mix steak (ye kot nama dia). air aku ambik barli ais je. memang sekejap je hidangan dah sampai. emm, boleh tahan la... not bad. tapi mayonnais dia tak best sangat. lepas makan-makan and chatting2 kitorang pun heading ke times square pulak untuk nengok movie. aku and rozie pilih citer hanah montanna (huhu, cam budak2 lak) while marin and dayah pulak nengok citer syurga cinta. kebetulan pulak aku and rozie dah nengok citer tue... start hannah montanna dalam pukul 9.30 and habis nak dekat pukul 11.30 kot. emm, okey la, cuma part lagu memang best. lepas tu, tunggu dayah and marina pulak sebab movie tu start lambat sikit dalam 10.15. lepas anta dayah and rozie ke kelana jaya, marin hantar aku pulak ke rumah. memang dah ngantuk2 dah masa dalam keta. antara dengar dengan tak je apa yang marin cakap. aku emm, emm kan aje. bila dah nak dekat sampai kwsan rumah baru aku segar balik, hehe. sampai rumah dalam pukul 1.15 kot, heee. nasib baik macam cerah and ada ramai jugak orang kat luar. so, tak takut sangat. so, that's it lah for the whole day. gila jenjalan, tapi memang enjoy kuar ngan korang. bukan selalu kan... hope ada masa lagi kita kuar macam ni lagi k...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...