Assalamualaikum.
Ini kisah minggu lepas. Kesian laki aku, demam. Hari Jumaat malam tu masa amik dia kat Jalan Duta dia dah ngomel2 cakap sakit kepala... Bila sampai rumah, dah terus demam. Alahai, baru nak berdating2 dah demam pulak. Memang aku tidur tak lena la malam tu, bukan sebab duduk tepi katil ngadap muka dia dengan harapan demam dia cepat sembuh. Tapi sebab dia ni kalau tak sihat macam2 betul mengigaunya... huhu. Kesian pun ada. Tapi dia tidur lena. Aku yang tak lena, haha...
Esok paginya, still mode demam. Soh dia telan ubat, pakai selimut n comforter sekali bagi peluh kuar, kipas tutup, dia ayik complain sejuk, pastu aku letak towel basah kat kepala dia supaya kuar haba2 panas dalam badan. Nak tak nak, kitorang kena keluar jugak, aku nak hunting barang baby. Bila lagi kalau bukan sekarang. Huaa... Ini isteri tak bagi can walaupun si suami demam ye... huhu. By the time 10 lebih pagi tu kitorang gerak pergi klinik kat Bangsar. Husband kena cucuk bontot, hee... Aku ingat nak scan situ, sebab nak wat appointment kat Pantai Medical Centre, dah full pulok.... Tapi dia suruh datang petang sebab doktor in charge petang tu lagi experrrtt... Oklah, fine tengok mood kami lah dan tengok time jugak kalau sempat. Kalau tak sempat nak wat cano... Husband bagitau doc suruh dia balik rumah tidur. Haha, mana boleh, kita nak shopping la.... Sorry tau....
Since dia tak sehat aku offer diri untuk drive, ajak husband gi GM Klang, tengok barang baby kat sana. Orang kata kat sana banyak barang baby. Mati2 aku ingat GM Klang ni dekat dengan Jusco Bukit Raja. Ropa-ropanya dekat dengan Jusco Bukit Tinggi nu ha... Alahai, patutla ada yang kata jauh. Tapi disebabkan hati memang plan nak gi situ, aku tekad jugak ajak husband pergi... Kalau dulu bangunan dia macam dewan besar2, ada enam. Sekarang dewan tu dah kosong. Semua kedai dah berpindah ke bangunan sebelah, bangunan yang bertingkat-tingkat macam mall biasa, tak lagi dekat dewan besar2 tue. Memang baru sangat pindah ke bangunan baru tu sebab bila masuk still ada kedai baru nak set-up, tengah renovate segala. Tapi tempat jualan, most of kedai dah beroperasi macam biasa. GM Klang tu jual barang borong. Kalau nak niaga memang elok sangat beli borong kat sini. Macam2 produk ada. Pakaian2 baby yang selalu orang jual online tu, kat sini belambak gila. Tapi tu la, kena beli dalam kuantiti banyak baru dapat murah, kalau sikit2 je, memang standard je harga dia, silap2 lagi mahal. Bagi pendapat aku, kalau nak beli barang baby especially newborn, takyah la gigih nak datang sini. Cari je dekat Jusco ke, Tesco ke, apa2 la yang berdekatan dengan tempat kediaman. Newborn tak payah beli banyak2, baby kan cepat besar, tapi kat sini kena beli banyak2 pulok..... Tapi.... habis jugak seratus lebih kat sini, kalau tak beli kang sia2 lak datang. Tapi memang best pun datang sini, sebab banyak barang. Cuma kondisi aku sebagai seorang mak buyong yang dah tak larat nak jalan laju2 dan kaki asyik rasa sakit je, penat jugak la nak tawaf satu bangunan tu... Tengok la, lepas baby lahir ke, bole la nak datang sini, jamu2 mata, semua benda ada....
Lepas tu, disebabkan masih ada masa, kitorang heading ke klinik kat Bangsar tu balik, untuk scan, bila lagi papa dia nak tengok kan... Nasib baik sempat sampai sebelum kul 5. Tapi scan biasa je la.... and Alhamdulliah anak mama n papa ni sihat.... Ingat lagi 2 weeks, yg before raya haji tu nak gi scan kat PMC. Harap boleh wat appointment. Malam tu husband tak sihat lagi. Doc dah pesan kat dia to stay away from his pregnant wife, hehe.... Takut berjangkit... Tengok dia lena sangat tido... Conquer satu katil... Takpela, aku bentang comforter je, baring kat bawah, selesa jugak heh... Kul 6 pagi baru dia nak tersedar, heh heh, lena sungguh.... Trus bagi dia makan n pastu makan ubat.... Sebab ada mission lagi nih, heheh..
Next day nya kua awal, kul 9 dah keluar, gi breakfast dulu. Pastu heading to Pertama Complex. Ha, awal sangat kan, kompleks tu pun tak bukak lagi. Nak pergi Sogo pun tak bukak lagi, tercangak la jap kat depan tu, tengok kereta lalu lalang dan hirup udara KL. Tak tau la segar ke tak, haha.... Masuk je terus pi sopping barang baby..... Banyak jugak beli kat sini. Tapi lagi puas hati beli dari semalam. Semalam, dah la penat, nak kena jengah satu2 kedai, sebab kedai baby dia merata2. Ini, semua barang baby kat satu tempat, senang nak pilih and belek. Lagipun tengah fresh kan time tu.
Lepas tu ke Butik OneBabyWorld dekat Cheras. Ala, kalau tengok kat website macam banyak je benda menarik nak beli, tapi bila sampai tak tau pulak nak beli apa. Grab tiga item ja pun then terus ke Jusco Maluri yang dekat2 situ..Lepas lunch pergi ke barang2 baby. Beli la sikit2 , sebab baju tu nak beli banyak2 pun, aunty kat Sogo tu kata nanti next two weeks ada sale Pureen. So tunggu je la time tue..... Husband still tak sihat, asyik comlain sejuk, siap gi beli jaket. Pakai kejap je pun. Pastu dah bukak. Hah, tu rupanya ubat dia nak sihat. Heheee....
Hati dah rasa puas beli barangan, walaupun still tak cukup lagi ni. Tapi cukup la untuk puaskan hati. Penat bertekak dengan husband pasal beli barangan ni....Sampai aku kena cakap, habis nak tunggu sarat baru nak pergi beli ke? Terus esoknya dia macam ada mood nak shopping, hehe... Pastu gi dating2 jap kat Taman Burung, dekat dengan Bukit Aman tu... Tak buat apa pun. Melepak2 je. Diskus apa tah dalam kereta, lepas tu kelua ambik angin kat situ.... Tak masuk pun taman burung tue, mak buyong ni dah penat sangat nak jalan. Kang nak masuk setakat nak duduk kat port tepi exit je baik tak payah. Dah la RM25 sekali masuk. Last2 pergi beli air then pusing2 kat kedai souvenir tu. Yay, husband belikan something for me, ehehe, thank u ye....
Singgah sebentar dekat sini lepas penat bersopping
Disebabkan tak masuk pun taman burung tu, just lepak kat sini je.... Beli air n masuk kedai souvenir.
Aku beli Smoothie Yam, humanghai, manis gila, 1/4 je kot aku mampu telan. Pastu masuk tong sampah. Husband kata rasa macam hapak, haha... Dia amik Smoothie Strawberry, licin...
Lepas beli air masuk ini Peacock Gift Shop. Menarik jugak barang-barang dalam dia.
Tak sangka aku, kipas yg selalu mak bapak sangkut kat stroller baby tu, kat sini lagi murah daripada kat mall.
Aku ingatkan tempat camni biasa dia jual harga berkali ganda...
Heheee... From my husband with love. Thank u.... Yay, kunci kereta dah dapat keychain yg lebih semenggah...
Malam tu lepas sampai rumah, belek2 barang baby, excited dua bakal mak bapak nie... Lepas mandi, siap2 untuk hantar husband ke Shah Alam. He'll stay there, ada urusan ngan kawannye.... Patutnya dia balik malam tu, tapi bila aku tanya dia asyik cakap dia tak plan apa2. Last2 baru dia btau dia balik esoknya.... Malam esoknya baru dia balik ke rumah.
Ucapan untuk suami, terima kasih kerana temankan isterimu ini bershopping barang baby walaupun demam.... Nasib baik cepat kebah demam tu, hee....
No comments:
Post a Comment