Showing posts with label lalala kerja. Show all posts
Showing posts with label lalala kerja. Show all posts

Monday, July 5, 2010

Hari untuk bersukan...

Hari ahad yang emm... penatnye... walaupun hanya jadi penonton, huhu...
Pepagi dah kua rumah dalam kul 7 dengan Fiza n jupa Kak Izi dan Kak Veeza kat PWTC. Then terus gerak ikut Abg Mus ke Stadium Petronas, Bangi. Hari ni sukan dibawah KPDNKK disambung selepas perlawanan futsal dan boling semalam. Uikk, tak ramai orang pun. But then lepas breakfast terus gi tengok game yang ada...
:
:
okey, ni masa training untuk Ping Pong. Result = out terus
Netball. Oh, yang ni bukan team PNS.
Result = No.3
tengok tu. Dalam ramai2 ni boleh plak terperasan someone, UT Madihah mewakili SSM.
Satu skool masa kat MADID dulu..
Dart. owff, pasukan lawan sangat lah terror... 
Resul = IDK :D
Bola Sepak. Masa ni baru nak start game je...
Lepak kat sini sampai habis game
Result = game ni PNS kalah dengan 1-0

Lepas tu, tengah hari dah habis suma. Oohh, nak watpe nie... Perbarisan lambat lagi, malam nie la pulak. Kul 8 malam baru nak start. Tidak...
Tak larat dah nak nunggu nie, huhu
Pastu tumpang Amar hantar sampai Sungai Besi, then kitorang heading to home.
Huhu, tak dapat sertai barisan, ralat gak neh.
Maklumler, Futsal wanita is the champion, huhu..
Tapi lagi ralat kalau nak kena tunggu situ sampai malam.
I NEED A REST...!!
Bila malam tu dapat mesej esok cuti for futsal player. Yeeha!
Best! Best!
Tak yah gi keje hari Isnin, weehuu!!
Will update bout futsal later...
Today just meronggeng kat rumah wat apa yang patut...
Chao...

Saturday, October 3, 2009

First AGM to attend











Baru perasan post ni dah lama terperap kat dalam draft. Hm... publish je lah, hehe.
AGM Kelab Sukan yang berlangsung bulan September 2009. Ngeh2.
Berkurun sudah...
Time bulan puasa neh...
Perletakan jawatan ahli lama dan pelantikan baru.
Masa ni baru sebulan kot kerja kat sini.
Makan jangan tak makan ^^

Monday, August 3, 2009

Rentetan pertukaran kerja

1. apply di jobstreet - 3 may 2009
dek kerana prob yg melanda aku, malam tue aku nekad nak apply gak apa2 position yg aku rasa seswai ngan aku kat tempat lain. huhu, belek nye belek akhirnye aku apply dua position. satu di *** dan satu lagi di ****.

2. panggilan dari *** - 12 June 2009
tup tup, aku dapat kol petang tue untuk datang pergi inteviu pada selasa depan. masa dia sebut *** memang aku tak grab langsung. aku pun tak ingat aku ada apply apa2 jawatan ke tak kat mana-mana... dup, dap, dup, dap, berdebar gak nieh...

3. sehari sebelum inteviu - 15 June 2009
sampai hari ni aku still tak sure aku nak gi inteviu kat company mana nieh.. yg aku tau dia kat PWTC, huhu. tah cmana, tergerak hati nak check kat Jobstreet. owh, rupanya company ni ke. aku pun study giler malam tue pasal company ni and jugak baca buku2 lama pasal akaun and audit, huhu. memg tido tak lena malam tue. asyik terjaga n capai buku... sampai ke pagi pun macam tue.

4. inteviu day - 16 June 2009
hari nie aku amik emergency leave, untuk pergi inteviu ni lah. pagi tu sempat lg study apa yg patut. dalam kul 12 lebih dah keluar rumah. tawakal je bnyk2 and mintak mak doakan aku... hope boleh buat yg terbaik. sampai kat the mall tu aku dah blur cmana nak ke menara tun hussein onn. ada org kat situ ckp kena naik teksi. aku pun naik teksi, last2 mcm tak betul je, so patah balik ke the mall n pergi ke bangunan PWTC. loh, rupanya kat sini je... pastu sesat jugak nak ke tingkat 12, sorang cakap kat sana, sorang cakap kat sini. terasa macam bola plaks. dah la nak cepat nie... akhirnye sampai jugak ke destinasi dengan jayanye. ada lima orang yg datang inteviu. salah sorang tu rupanya membe masa kat uitm perak, haha. tak sangka betul. berdebar gak sebelum masuk tebiu. tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. interviewer tiga2 adalah perempuan dan soalan yg ditanya pun tak susah sangat nak dijawab...

5. panggilan untuk amik offer letter - 30 June 2009
selepas dua migu pergi inteviu, petang tue aku dapat kol lagi untuk pergi amik offer letter jumaat nie. Alhamdulillah, tak sangka berjaya jugak. dan rupa2nya member lagi iorang pun dapat jugak.

6. amik offer letter - 3 July 2009
hari jumaat time lunch aku kuar utk pergi amik offer letter tue ngan member uitm yg dapat sekali tue. lepas tu kitorang reviu offer letter tu sama2. dan dia cakap kena return balik offer letter tu dalam minggu depan.

7. tender resignation letter - 6 July 2009
hari isnin tu aku tender surat resign pada bos effective on 1st August 2009. kira notis sebulan la, wpun patutnye aku kena bagi notis 2 bulan kalau ikut dalam offer letter. bos try jugak pujuk utk stay. aku pun sebenanye tak sure dengan diri sendiri betul ke aku nak resign. tp nilah yg aku asyik pikir, so aku better amik dis opportunity. aku percaya there must be a reason why dis to happen...

8. return offer letter - 10 July 2009
hari jumaat tu sekali lagi aku kua time lunch utk ke sana dan hantar offer letter yg menyatakan aku setuju dengan semua condition tue dan boleh start kerja pasa 3 Ogos nanti... member pun pilih tarikh yang sama...

9. buat medical check-up - 21 July 2009
hari ni aku amik halfday utk pergi buat medical check-up di medan tuanku. satu pengalaman baru bila doktor tu (female) check my 'top'. anyway, alhamdulillah disahkan bebas dari apa2 penyakit...

10. farewell party for me - 31 July 2009
petang tue ofis ada wat makan-makan. tengkiu guys. really appreciate dat. sedih jugak sbenanye. lepas ni apapulak yg bakal aku tempuh tanpa dorang2 nie. dah la kitorang getting closer to each other lately. gonna miss them, huhu. aritu makan, nasi ayam dimasak oleh kak zila, n then ayam golek, ada gak satay, kek secret recipi. memang sedap2. nanti mesti rindu nak makan mcm nie lagi...

11. dunia baru - 3 August 2009
hari ni start lah dunia baru untuk aku di tempat baru. huhu, hope everything's okey jee...

Friday, July 31, 2009

My Farewell day

Hari nie merupakan hari terakhir aku bergelar staff Yusof Suffian & Co. serius ckp, sedih sebenanye... dis is where i develop myself to become a good employee. erk, good ke? with all those ilmu2 n tunjuk ajar dari sifu2 kat situ, aku memang rasa kehilangan jugak. banyak menda aku belajar kat sini. from a zero i am now someone with experience in audit and account. my first job after graduating, its here. orang kata cinta pertama susah nak lupa. akankah aku alami benda yg sama dgn dis firm? huhu, tatau la... ada sket kot. especially the team member yg bnyk bg support. you guys r rock! n u rock my world! tengkiu so much. gonna remember the time we had together here. all the bittersweet memories will be keep safe in my heart. tak lupa kat korangnye, insyaAllah. By the way, tengkiu sesangat for the farewell party. its such a sweet thought from u guys. lucky its not a sad moment, its just a hepi ending moment. better begitu, tak reti plak nk sedih2 nie... asalkan jgn lupekan sy dah la, okey...
sweet candy moment...

Saturday, May 30, 2009

sehari sebagai auditor

Hari ni aku dan zu pergi buat audit di satu company baru. aku in charge with the grant n zu pulak in charge dengan audit report. company ni amik rumah untuk dijadikan company. memang best... mula la nak berangan ----> kalau la aku ada rumah mcm nie... nak buat tue... nak buat nie... hahaha. it's a bungalow i think. buat masa skang leh berangan je la dulu... so far audit berjalan lancar. awal2 dah dihidang nasi lemak, tapi disbbkan dah makan nasi lemak kat ofis tadi, so kitorang makan waktu tgh hari je... dalam pukul 5 dah balik ofis balik. lagipun tak banyak sgt document yg nak di cek coz audit pun dua bulan je. by the way hari nie hr last bg dak2 ptikal. erna sempat jumpa pagi td je coz bila masuk balik dia dah balik, ada hal kononnye. ayu n fira ada. n dorang ni berkemungkinan besar akan sambung untuk buat kontrak pulak lepas nie. yelah, tgh peak hour nie, keje bnyk, man power sikit. aku ni pun dah start pack nak wat keja ngan beberapa client yang sumanya URGENT. Semalam petang pulak ada buat jamuan sikit sempena dorang2 nie dah nak habis ptikal. mula2 cakap start ngemas2 kul 4.30 petang and pukul 5.30 mcm tu akan ada majlis bacaan Yassin n lepas tu makan2. tapi akhirnyeee... pukul 7 baru start berkumpul untuk makan2, tak ada pun spring cleaning n bacaan yassin... kesian kat sorang tue punyalah tak makan tgh hari sbb nak tunggu makan time nie, akhirnye pukul 7.30 baru dapat makan, hehe, dah macam puasa la pulak kan... n then ada kek SECRET RECIPI yum, yum, sempena birthday en.eddy, ehsan and khairul bulan tiga nie... CHOCOLATE FUDGE, memang sedap... lepas tu ada lagi spaghetti dan jugak bihun goreng. wah, memang sedap la perut aku kan... sampai sendat dibuatnya. lepas tu Fira bagi kek (dari SR jugak) CLASSIC CHEESE, waahh, memang sedapp okeyy. lepas nie, boleh lah try lagi. thanks Fira for the cake, memang best. korang memang best.

Monday, May 11, 2009

ofis baru

penat gile... hari nie pergi ofis memang semata-mata nak kemas barang2 jek. wah dah macam gudang je tengok kotak2 yg berlungguk kat tgh ofis, dah la ofis nie kecik je. emm, smpi terpaksa guna bhgian tangga utk emergency leave as store utk simpan document2 yg berlambak tak hingat. klako jek. pastu stat kemas2, angkat kotak, susun document, arrange meja, pasang komputer etc. yang paling penting bila tukar ofis baru ni lah peluang utk tukar meja yg lebih besar, wahaha. dapat jugak akhirnye... pastu dapat tmpt yg dekat ngan dinding n agak jarak ngan org lain. kira ada privacy utk diri sendiri la. pastu kat belakang ada rak. ni yang best nieh, mcm2 dapat even ofis lagi kecik. tapi memang agak penat sebab buat semua2 tue. dah la aircond tadak, memang panas tahap gaban. sib bek ada angin gak dr luar. tapi banyak lagi yang tak kemas sebenarnya. sambung esok la nampaknya. petang tu sempat lagi makan2 murtabak mamak n sesi taaruf untuk 3 orang student praktikal yang baru masuk. mereka ialah -----> nana, yan dan halim. dan ada jugak staf baru iaitu ihsan yang sebelum nie buat part time but skarang dah full time la... hehe, baru masuk dah kena tolong2 kemas opis plak. apa la agaknya diorang tulis kat log book, hehehe. btw,bila dah pindah ke tempat baru nie,hope dapat keje dgn lagi best dan selesa. chai yo'.

Saturday, May 9, 2009

We're moving...

nampaknye ofis akan berpindah ke tempat baru. ke tempat yang emmmm, well, smaller. seem quite a long time jugak dgr yg d building where we're now was sold to someone else. so, memang ada ura2 yg kitorang terpaksa pindah ke tempat lain. but start since last month baru nampak yg the old owner dah pindah ke tempat lain cuma kitorang yg stay kat situ lg. katanya kitorang boleh stay kat situ sampai hujung tahun nieh. cuma kena pindah dari tingkat 2 ke tingkat 5. ooo, oklah kalau mcm tu. on 30th april tu, memang semua mcm prepared utk pindah ke 5th floor dah. alih2, kitorang kena pindah sbb rupanya new owner kata the building should be left vacant. owh, maksudnyee kitorang terpaksa berpindah n this news we get monday last week yg mana hari rabu dah kena kosongkan tmpt tue. bayangkan lah... ptg tu jgk buat urgent meeting n kat mana kitorang nak pindah? huhu, amatlah tak berapa berkenan dgn cadangan tue, sebab jln syed putra bkn senang nak pi sana kalu takde transport sendiri. pening jugak lah kepala pikir. siap ada cadangan supaya hire orang utk anta pergi balik kerja, ah sudah... asalkan bukan nek bas skul sudah, huhu. then, esoknya, pagi2 dah ada bnyk giler kotak utk packing barang2. emm, bkn sikit ye, tau2 lah accounting firm, memang sgt2 bnyk document. but then, dgr berita plak soh stop packing coz we'll moving out on thursday, not on wednesday. oh so whatever. yang penting my barang2 dah di packed. but lepas tue, dapat berita yg new owner bagi kitorang stay kat 5th floor, yes! what a relief. lagipun that floor memang cantik. rasa dah tak sabar nak pindah nieh and start affresh, hehe. n then, esoknye dan esoknye, still takde perubahan. still stay kat opis n sambung kerja cam biasa. bos pulak tak masuk ofis. alih2 hari jumaat tu dengar berita yg kitorang akan berpindah ke other building yg cheaper than the 5th floor. aku memang ada pergi tgk ofis tu masa ura2 kata kena pindah ke jln syed putra. so that, at least kalu ofis nie okay tak payah lah pindah ke sana. tapi tempatnye kecik je compared to our current office. emm, taktau la cmana nanti nak muatkan semua orang. bilik pun ada satu je tapi sangat luas. meeting room pun taktau lah cmana plaks. nak jumpa client plaks kat mana? hmm, no answer. wait n see je lah. memang ramai tak setuju sebenonye, tapi nak wat cano, bos dah buat keputusan. muktamad!! nak cut cost katanya... RM2,200 vs RM4,000. lu pikir lah sendiri. apa yg okey nye, this building lagi dkat ngan kdi mkn, bank n even UOA yg bakal siap tu pun depan opis trantangtang jek. cuma tulah, keselesaan masa bekerja.... hope everythings okey la... petang jumaat tu, memang dah packing gila2. dari document2 ke pingan mangkuk ke stok makanan. hari nie ada dalam 4 orang yang akan ke ofis utk monitor cleaning process. while the rest termasuk aku akan ke sana utk monitor process upload n unload barang plaks. huhu, hari ahad pi keje, cayalah. percayalah, terpaksa sebenarnya. terpaksa merelakan diri, wahaha. masa petang tu meeting dlm pukul 8 pun selamba dek je lari dr meeting bila ada chance, hahaha. tak patot, tak patot. tapi arrr, wa dah penat la, ngan panas lagi, terus lari n kua arr. huhu, amik je kesempatan yg ada. dlm 3,4 org gak lah yg cabut. okeh, hopefully tempat baru nie will bring something affresh, even tempat nye keciik je. aku pun taktau sampai bila kat sini lagi..... i mean with this company... sampai bila? ntahla, yg aku tau aku dah 13 bulan dah kat sini, dah melepasi tempoh matang gitu, huhu. these are some of the pix taken at our current office...would be memory of a lifetime...

Thursday, April 30, 2009

hepi labour day...

lama betul tak jenguk sini.... kihkih masih takde perubahan... emmm, esok labour day la. masuk ni dah dua kali la aku sambut labour day. fuh, sgt tak sangka ye... apapun, aku masih kat sini, mengharap something miracle akan terjadi.... aku nak sampai tahap kepuasan maksima dalam bekerja, tapi apakah ia? macammana? Bila? duh, i absolutely have no answer for that. i guess i jut need 100 years to realize on things, huhu. wake me up, plz!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...