Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

Penyokong Harimau Malaya di Stadium Bukit Jalil

Assalamualaikum

Pasukan bola sepak negara also known as Harimau Malaya semakin mendapat kepercayaan rakyat Malaysia selepas mencatat beberapa kemenangan sebelum nie. Sana sini orang duk sebut pasal Harimau Malaya. Dan pagi tadi baru perasan ada lagu khas untuk team Harimau Malaya kita nie rupanya yang berkumandang kat radio bunyi ala-ala 'hitam kuning, hitam kuning, go tiger, go tiger!', rasanya macam tu lah. Wow, begitu sekali. Mula-mula dengar macam pelik juga, lagu apakah ini, hitam kuning hitam kuning, perlu ke? Tapi lepas dengar 'go tiger!', terus terlintas di hati, sah ini merujuk kepada team bola sepak negara kita si Harimau Malaya.
Sempena perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 baru-baru ini, kita dapat tengok, fuiyohh, begitu tegar sekali supporters Harimau Malaya dari Malaysia menyokong pasukan ini. Sebetulnya, aku bukan si fanatik sukan, walaupun pernah join team futsal and menang game dart perseorangan baru-baru ini, tapi itu bukan bermaksud aku minat sukan. Maksud dia adalah, aku saja nak test market, haha. Poyo!  Bila aku tengok game bola, aku pilih-pilih. Takde la aku tengok semua game. English Club semua aku tak tau. Yang aku tau kumpulan Manchester United dulu ada David Beckham dan Ronaldo. Itu saja pengetahuan aku mengenai team bola sepak mereka. Kalau team Malaysia aku dah mula kenal Khairul Fahmi Che Mat sebab pelik ape fasal ramai gilakan dia, dan nama dia menjadi sebutan. Sebab tu je aku kenal, tapi tak pernah tengok pun dia bermain di padang.

Semasa pasukan Malaysia menentang Singapura di sana, aku serius tak tahu. Ketika melepak di dalam bilik sambil surf internet sambil mendengar radio, aku jadi pelik, apesal ini radio ada speaker tengah buat ulasan game bola yang macam tengah bersiaran secara langsung? Okey, switch radio lain lah pulak. Lepas tu kedengaran sorakan-sorakan kuat bergema kat luar masuk ke bilik aku. Apa kes? Mesti tengok bola ni, pastu dah gol. Ok fine, aku boleh relax lagi sambil sambung surf tenet. Sesekali kedengaran bunyi mengeluh, owh, tu mesti team lawan yang masuk gol tu. But then, kali ini terdengar sorakan yang lebih dahsyat dari sebelumnya, tak boleh jadi, aku mesti tau apa yang terjadi, aku buka tv, sekali betul ada game bola, Malaysia vs Singapore, Owh, Malaysia baru menjaringkan gol yang ketiga, jarak yang tidak jauh dengan gol yang kedua. Oh, clap2. Tapi Singapore dah 4. Aku duduk, cuba tenangkan diri sambil memberi sokongan padu buat team Harimau Malaya. Aku dah tak boleh duduk diam, berdebar tengok saat mencemaskan. Sorang2 pun boley sorak jugak.  Kejap aku duduk kejap aku berdiri. But then, lelaki berupa mat Salleh yang memakai baju merah itu menendang masuk bola ke gol Malaysia. Oh, tidakk!!! Terus amik remote control dan tukar channel dek takut kekuciwaan. Siapakah lelaki itu? Tak suka! Akhirnya tutup terus tv dan masuk bilik balik sambung aktitivi tadi.

Beberapa hari selepas itu, aku dapat tengok aura Harimau Malaya di mana-mana. Tambah-tambah, mereka akan melawan Singapore di Stadium nasional Bukit Jalil beberapa hari lagi. Sana-sini orang sebut pasal bola. okey, baguslah tu, semangat patriotik, dan ini membuktikan kepercayaan rakyat terhadap team Malaysia even kalah 3-5 di Singapore. Ramai yang berharap team Malaysia dapat bangkit kembali dan score 3-0 untuk mendapat aggregate 6-5 dan sekaligus layak ke pusingan seterusnya. Di opis jugak tak terkecuali, semua pakat sibuk nak beli tiket untuk nonton live di stadium. Aku apa ada hal. Relax je lah, cuma berharap kemenangan berpihak kepada Malaysia.

Sekali der, ada pulak yang ajak nonton live. Owhhh, what to say! Okey, let me think first! But then, couple hours after that, aku bersetuju untuk join opismate2 aku nie ke sana. Hoiyohhh!!!! Go Malaysia, go! I'll be there to support you, u know! Do the best, okey? Kami beli tiket secara online, aku jugak tukang bookingnya, huhu. Esoknya, 2 orang ke stadium untuk redeem ticket, hampagas sungguh mereka ini, tipu konon-kononnya tiket sudah habis dijual dan duit akan dikembalikan lagi 14 hari. Siot tak siot mereka, sampai aku percayalah jugak. Tetiba rasa kecewa, mood untuk membeli jersey jatuh tahap negatif.  Sekali malam tu dapat mesej berbunyi 'esok guwa tengok lain tiket ada ke tak', hoh, sah! Sah aku dah kena kelentong, cis, hampagas! Rupanya yang tak dapat tiket adalah mereka yang pergi beli di kaunter dan bukan secara online. Haha, ada pulak yang komen kata itu satu diskriminasi pada orang yang tak tau menggunakan tenet, bahah! Keesokannya, perbualan hanyalah sekitar bola dan jersey.

Pada hari perlawanan, Khamis, 28 Julai, kami bertujuh gerak ke stadium menaiki lrt dengan masing-masing mengenakan jersey pilihan. Ramai jugaklah group supporters lain yang join naik lrt. Memang ramai sampai bila turun dekat Bukit Jalil nampak semua berbaju jersey je keluar dari lrt. Ramai! And dekat sekitar stadium pun dah ramai yang sampai lebih awal. Time-time macam ni, ramai jugak yang ambil peluang buat duit dengan berniaga macam-macam. Dari makanan hinggalah ke jersey, cap, sticker and sort of things related to bola. (Sebut pasal makanann... huhu, guwa puasa lah...-_-). Macam-macam aktiviti di situ.

Baru lepas turun dari tren. Penuh dengan supporters!

 Di depan stadium lagilah ramai. Ni bukan perhimpunan bersih erkk...


Kes macam ni pun ada? Apa kes la diorang ni. Meroyan takda tiket kaaa....

Betapa ramainya orang, sampai nak melepasi pintu pagar stadium punyalah seksa, ramai orang. Jadi masing-masing berasak nak masuk. Lepas je dapat masuk, berlari-lari anak mencari tempat menonton. Kami pilih part atas sekali untuk menonton. Yeah, great spot. Ramai yang dah memenuhi stadium. Macam-macam sepanduk ada. And sorakan sangatlah bingit. Siap buat ombak sebanyak beratus kali. Okey, ini pengalaman pertama masuk stadium, jadi sungguh teruja untuk support team Malaysia, dan time ni lah nak bersuai kenal dengan team Malaysia. Tepat jam 8.45 malam, game dimulakan. Oh ya, Aidil Zafuan tu aku kenal jugak, sebab dia selalu masuk paper, and kahwin dengan Rita Rudaini. 

 
Masa ni pemain baru keluar. Supporters penuh satu dewan.

 
 FRU berdiri tegak disitu

 
Inilah dia barisan pemain harapan kita

Semangat sungguh aku sokong bila game start. Apatah lagi bila Malaysia score gol yang pertama. Saat ni lah baru aku kenal Safee Sali, hebat no dia. Dan baru aku dapat mengiyakan kehebatan Khairul Fahmi Che Mat yang berhempas pulas menahan bola dari masuk gol. Tiba2 I fall in like with Khairul Fahmi. Kalau tak kerana dia mungkin Singapore dah score lebih banyak dari itu. Ya, Singapore jugak berjaya menjaringkan satu gol. Aku baru nak angkat muka, sekali bola dah masuk gol. Apakah? Masa tu mood untuk bersorak sudah tinggal 25%. Melihatkan pasukan lawan yang asyik mengerang kesakitan buat aku menyampah tahap gaban. Walhal kalau diluar of course kita akan kesian bila tengok orang mengerang kesakitan. Tapi mereka itu, seolah2 setiap masa pun jatuh sakit, yang mengganggu kelancaran game malam tu. Yang paling lawak bila goal keeper Singapore yang tunduk kesakitan lepas menendang jauh bola ke hadapan. Apa kes? Khairul Fahmi relax je kot. 
 Malaysia ketika score 1-0. Gamat stadium.

Belum pun game habis, kami dah bersurai untuk keluar stadium. Ramai jugak yang dah mula keluar bila dah tak nampak harapan untuk menjaringkan gol lagi. Okey, ini part yang paling tak syok, terasa jauh sungguh perjalanan untuk keluar disebabkan ramai yang berpusu-pusu keluar, manakala gate hanyalah sekangkang kera. Perjalanan jadi sesak berhimpit-himpit dan kefanasan. Siot! Hampir setengah jam barulah boleh bernafas seperti biasa. Ramai yang berpusu2 naik tren. Kami relax dulu sambil snap pix dan berdiri depan kipas ambil angin, haha. Tepat jam 12.15am, aku sampai rumah. One of a kind experience.

 Masing-masing berpusu-pusu nak balik.

The day after, beli paper bila nampak ada berita pasal bola. Eh, tak pernah pernah aku macam ni. Haha. Masa ni perjalanan balik ke kampung. Wow, rupanya malam tadi adalah jumlah penonton paling ramai dicatatkan setelah sekian lama yang menyokong team Malaysia di stadium. Glad that I'm one of the 85,000 supporters who came to support our team. Ramai kot tu! Tu belum campur lagi penonton di rumah. See Harimau Malaya, we Malaysian do support you, so u better keep on doing the best for Malaysia ek! Or else this might have become part of history je I'm afraid. Apa-apa pun, Harimau Malaya teruskan perjuangan dan tingkatkan strategi permainan. Do the best! We'll support you guys! We all Malaysian do!

 Masing2 semangat. Tengah tunggu tren ni. Direct from office.

 
Yup, Malaysia score 1 goal only. Means we lose to aggregate 4-6.

p/s: jadikan kejadian yang menimpa en. Jazimin satu pengajaran. Buta sebelah mata kerana ada yang baling mercun di stadium.

Till next time!

Sunday, May 29, 2011

EKSPO barangan Malaysia. Omaigod, tawa dalam tangisan

 Mood berbaju kurung di hari yang mulia ini

Sudah lama aku tidak bersopan santun berbaju kurung sebegini rupa pada hari Jumaat sebab we all boleh dress down for Friday. Jadi, kalau orang lain sepatutnya hari Jumaat adalah hari untuk melawa, aku pulak dah terbalik, huhu. Padahal tujuan sebenar berbaju kurung ini pun bersebab. We all need to go to Perasmian Ekspo Beli Barangan Malaysia di dewan PWTC. Oh ya, just like last year. Cuma what I can see the difference this time is that its more formal as compared to last year. Kalau last year pengacara dia lebih relax sambil boley buat lawak jenaka, ada a lil fashion show and a few celebrities yang naik pentas as for product promotion perpose. Today, the MCs are so formal like 'sila tukarkan format telefon anda ke format senyap' Teehee, like I can find mode senyap dalam my fon, kalau silent ada la kot, okey fine, enough here. But ada sketsa dari Ali Mamak and Abon yang enjoy dan persembahan tarian dak skul. Nice jugak. Dirasmikan oleh menteri KPDNKK since our Deputy PM tak dapat hadir..

But then terus heading ke Ekspo, tak hingat dunia sebab melarat sampai ke waktu lunch walaupun masing-masing tak bawak duit satu sen pun, huhu. So, memang our pagi kat situ je lah jawabnyaa... Gumbira dapat rasa sample makanan banyak3 sampai akhirnya sakit perut tak tau kenapa, huhu. Memang some of the products here, kita tak senang-senang boleh jumpa kat luar. Bila datang sini rupanya banyak produk Malaysia yang hebak hebak tapi tak dicanang secara hebak. Bila tanya produk ni ada dijual di mana, memang lokasi yang diberitahu adalah terhad bukannya 'ia boleh didapati di semua sepermarket or hypermarket or kedai', tak2, memang distribution produk still belum secara meluas. Jadi di sini, boleh dikatakan proses mengenal produk buatan Malaysia. Oh, my bad, pergi tanya kat salah sorang exhibitor ni about their product 'actually produk ni dari mana eh?' Then jawab sendiri 'Oh ye la, Malaysia la kan, hahak!' Tak senonoh di situ. Disebabkan masing2 bertangan kosong tak bawak sesen pun duit jadi kami merancang untuk ke sini lagi lepas habis sesi waktu kerja petang nanti. Emm, sebenaunye harini tak terasa mood kerja langsung. Masuk ofis pukul 2.30. Then pukul 3 meeting. Lepas tu gebang2, makan2, buat kerja sikit, dah habis time kerja. Hah!

Lepas habis kerja, we straight to EKSPO. Masing2 dalam fikiran dah ada benda yang nak dibeli. Cupcake icecream, kimbab, mango juice,  Sardin Adabi, and some sort of things. Kemudian kami tiba di hadapan booth bernombor 3106. KPJ healthcare ada menawarkan health screening secara free untuk 50 orang pertama untuk blood pressure n blood glucose and RM5 untuk blood cholesterol. My frens so excited to try so I decide to try olso lah. Masa tu riak ngan kawan nurse bakal cakap oh u have no cholesterol, so I can eat up anything I want, eceh! Sekali bila cek cek, hamik kau, kawan-kawan semuanya lulus dengan cemerlang tapi aku? kolesterol?  Kolesterol aku melebihi tahap normal? Aku mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Aduyai omaigod ohoh! Tidakkah itu membuatkan aku ketawa dalam tangisan? What does that mean? Cinta kolesterol? Tulah, rupa2nya diri sendiri yang mengumpul kolesterol dalam badan. Huhu.. Lepas ni kena elakkan daging merah (walhal baru semalam melantak daging masak hitam di kenduri kahwin, bahah!) and banyakkan pengambilan quaker oat. Do it do it do it! Kalau tak omaigod I don't even wanna know!

 Tengah test produk


 Vita Cat bawak kucing yang comey-comey ke situ.



 Comey bangat rasa nak picit. Harga paling murah RM1K okeh..

 Oh, this one is my fevret. Comeyyy sangatttt! Isk, comelnya awak!
Dahla comey, pastu titun je tau...



Kakitangan KPJ tengah cek kadar kolesterol 


 
 Result gempak yang aku dapat haritu. TQ. -.-

Nampak macam lengang sebab waktu dah nak malam

Okey, masa untuk balik. Happy. Mendapat beberapa information berguna yang aku nak tahu sebelum ini. Thanks to Bank Rakyat, SPNB, Mint de tri-kimbab and others yang sudi melayan soalan aku. Okey, now heading home to take care of my cholesterol, oh oh, my cupcake icecream, will eat it no matter what!

 tiga soploh toga soploh! Cupcake icecream yang diwarwarkan. Sedap!


Kolesterol? Wats dat? Aku nak makan tiramisu cake aku larr....
 
Apetah lagi makan sambil layan Maharajalawak. Lawak gilerrssss!


Jozan beraksi. I LIKE SEPULUH RIBU KALI!!

Sunday, May 15, 2011

Dinner tema movie



Ini kisah lama, kisah lima bulan yang lalu. Har har har... Tak tau kenapa lama betul kisah ini ambil masa untuk dientrykan, eheh... Dat day 18 Jan my company buat annual dinner just dekat Legend Hotel Putra je, dengan tema movie land. This is my second year with the company, kalau dinner tahun sebelum ni adalah Red Carpet, this year is Movie Land. Hah, sure la gempak gila kan semua orang nak melaram jadi karakter movie yang macam-macam tue. Tambah-tambah my colleagues semua memang gila melaram dan glamour-glamour. Macam-macam ragam fesyen seh malam tu. Kira malam tu jamu mata la tengok orang ni pakai apa orang tu pakai apa. Ada yang tak tahan tengok pun ada, asyik nak golak je kalau tengok pakaian-pakaian mereka ni. Yang seram pun ada, huhuk.
 at my table


Dinner started at 8 kalau tak silap tapi geng aku lambat sikit la, bersiap kat ohpis kesayangan yang hanya sekangkang kera dari Legend Hotel. Masuk-masuk menteri tengah bagi speech. Kikiki, selamba badak kitorang, lagi VVIP dari menteri sebab masuk lagi lambat. Tapi sebab masuk lambat, so tak sempat bergambar sangat dekat stage before masuk ballroom. 


Masuk-masuk je aku dah nampak Captain Jack Sparrow, Yoda, Princess Leia, The Mask of Zorro, Princess Fiona pun ada gak comey gilo, Snow White, Harry Potter and banyak lagi semua watak boleh kata ada, just name it. Mata aku melilau-lilau je dalam ballroom tu sambil gelak-gelak, ohmaigod, dia pakai tu oh, dia tu lak pakai camtu. Naruto pun ada, hahak. Sejak bila Naruto adalah movie character tak tau lak, maybe dah ada kot kat Jepun. Oh yes, Dracula pun ada, yang pakai mask pembunuh bersiri dalam cerita Scary Movie pun ada oh. Scary tak scary, hahah. Kawan aku neh siap jerit sebab sorang mamat ni pakai mask hebakk gila, ganas, salah satu karakter dalam Pirates of the Caribbean, well, dia menang best dress tempat pertama lagi, wawawaa. Oh, sangat banyak, sampai tak tersenarai kat sini. Tapi paling last aku nak mention adalah watak Edward the Scissor-hand pun ada oh, dapat best dress nombor tiga lagi, hebakk.


 antara persembahan dan hidangan malam tu


 my table mate


Bout the food, okey, seriously speaking they are not my cup of tea, well, mereka hidangkan Chinese food which is u knowlah my tounge ni is Malay tounge, so tak berapa nak go sangat dengan makanan dia, tapi layan je lah, nasib baik, ada banyak karakter yang menghiburkan malam tu, sampai rasa makanan dah jatuh nombor dua, enjoice tengok mereka. Frankly speaking memang tak sempat tengok semua karakter malam tu, just update bila tengok gambar kat intranet, tak sangka oh ada ek watak ni malam tu tak perasan lah pulak, that kind of feeling la bila nampak karakter yang tak sempat tengok malam tu. Like like like. Sporting gila mereka dengan macam-macam fesyen. Nasib baik ikan Duyung je takdo, kalau ado, har har, kena upah sorang kot untuk usung sana sini.


 ini yoda, memang buat aku gelak bila tengok muka kura2 dia


 wow, rasa macam amik gambar dengan Cleopatra je dah




Watak cerita Malaysia pun ada, macam cikgu Ros dalam cerita lama dolu-dolu, dengan pasangannya yang kenakan songkok tinggi, oh, rasa sungguh 60s, ada jugak karakter dari Ayat-ayat Cinta pakai jubah purdah semua, Hindustan pun ada yang pakai ala-ala bollywood, bajet Aishwarya Rai tapi mereka memang gorgeous. Okeh2, I really can't stop naming the character heh, huhu. Well Dafi pun ada dat night as guess pakai superman, and his siblings olso pakai superhero nye outfit. Cool je eh selamba pakai baju Superman kan..


 Persembahan karaoke dat night

 The winner of best dress. terbaek!!


Me and my friends, kitorang pun tak lupa melaram, tapi ala kadar je lah, outfit adalah dari Century Fiesta dekat Sri Hartamas. Berejam kot nak pilih baju time tu. Dah lah pergi hari Ahad, bukak based on request. Owner dia is a French Woman named Marie. Layan je kitorang neh yang asik duk tukar-tukar baju. Sampai dia malas dah nak layan, hahah. Sewa kat sini murah je, RM150 as deposit, and bila pulangkan costume dalam tempoh tiga hari, dia akan pulangkan balik RM100. Kira RM50 je lah. Ok la kan, dari nak beli baju sendiri beratus-ratus kot.. Aku just pilih karakter pahlawan ala-ala Elizabeth Swan dalam cerita Pirates o t Caribbean. Tu pun setelah kedai dah nak tutup and perut dah lapar, akhirnya ambil jugak, heh. Kebetulan masa tengah try-try costume tu pun, jumpa opismet baru sampai, hehe, kantoi sama-sama cari kostum last minute.

 Charlie's angels, come on!


So the event dat nite memang enjoy je, was chaired by our Shamsul Ghau Ghau, karakter dia Men in Black. Semua tetamu siap kena buat parade naik atas pentas, so that semua orang boleh tengok, heh. So, malam tu habis event dalam pukul 12 kot. Then just heading to home with three balloons in hand, amik kat depan ballroom tadi, peace!!


 

Monday, April 25, 2011

Kalau dengan ilmu jangan kedekut....

Semua pun tau kot yang skarang semua orang pakat duk serbu PWTC sebab ada book fair yang berlangsung dari 22 April haritu sampai 1 May nanti. Aku lah yang paling bertuah, sebab tiap2 hari pun boleh singgah, haha... Singgah je wat hape... Baik cari buku and beli lagi bagus... 

Sebelum ni memang tak sempat lagi nak singgah book fair padahal dekat gilo tak payah nak susah payah pergi pun. Hari ni berkesempatan pergi, waktu lunch just teman opismet beli buku2 study sebab skarang ni dia tengah study master in HR. Humanghai mahal kot buku yang dia nak beli tu RM600++ untuk satu buku je, huu, kalau aku dah gigit jari dah... Tapi tak tahu dia beli ke tak, sebab aku naik opis dulu, 'masa dah time....' 

Petang lepas opis hour, aku try pusing2 tapi tak tahu kenapa rasa tak jumpa buku yang menarik hati. Huhu. Banyak la kan alasan. Sebenarnya aku ingat nak cari buku Rich Dad Poor Dad sebab memang dah lama nak beli buku ni, tapi... (biarkan kosong). Lame gila sebab takda lagi buku nie..huhu... Tadi cari-cari aku tak jumpa. And aku tak jumpa pun area yang jual english book, I mean bahagian self development la, memang tak jumpa, may be dekat dewan yang lagi satu, memang malas la nak pergi kan, kena jalan jauh kot, dah la hari dah nak beransur malam, karang tak balik rumah pulak... Dalam hati dah berkira-kira mesti aku nak buku ni tapi nanti aku akan beli buku lain, tengoklaa... 

Alih-alih on the way dah nak putus asa tu aku masuk dekat satu hall di tingkat 2. Ingatkan karangkraf rupanya PTS. Pusing-pusing tak jumpa pun buku yang berkenan jugak. Akhirnya termelekat kat area education. And hasilnya...


Wuwuwu... terlebih bajet pulak, huhu... Tapi terpaksa mengingatkan diri, kalau dengan ilmu jangan kedekut, ilmu tu jugak akan bantu kita nanti... Sebab tengok kat Astana malam tadi Datuk Maznah ngan Dato Stapa pun suka membaca, huhu.... (sebenarnya terpegun tengok apa yang mereka miliki sekarang).

Semoga aku khatam lah semua buku-buku yang di beli tue... History aku dengan buku tak berapa menarik sangat, sebab aku suka beli buku, tapi aku suka baca separuh je... Buku2 sebelum ni pun haram tak habiskan baca pun... Haha, ada hati plak letak hobi membaca...

Okey, aku nak start amalkan .... membaca amalan mulia...

Saturday, April 23, 2011

At my love's party (continue)

Back to that day, means last Saturday... My lil niece is turning 2..We all were having fun dat day celebrating her day. A princess day =D



 This is her, Sofea. Oh, so difficult to snap a pic of her, she just doesn't go with camera. Not like her eldest sista. Is this the best pix of her I can take? Loser me!



Here's her elder brother, my lil' Danish. Notti boy la u, hehe. Sometimes like to call him 'Danish the menace' like in the Disney movie. Cowiee...



 So, here's the menu of the day (like I mentioned previously). All r yummeh!



 The goodie bag for kids. I know I'm not a kid & so I know i won't get this. Sob sob..



 Early gifts for Sofea that came that day.... Which is from me? Oh, it's not here, I just left it in my bro's car.



Hehe, Yayah, though the gift is from ur friend, dat doesn't mean its yours, okey.... Comel lah bukak adiah adik...



Nadia and her BFF, Sabrina. They stick to each other when both meet. Nadia was so happy her friend did come, & enjoy the whole evening with her.



 Oh so yummeh & good looking handsome eh? Teehee... Fiza, drooling x tengok ni? Hee...



 This is another cake for dat day, Its a photo of Sofea on top of the cake. Err, i didn't get the chance to taste this one.



 Singing time! Hepi birthday 2 u... la la la~~ But the one who cut the cake is Danish, heh this lil boy...






 
Sofea with her guardian. So manja her her kakak.



 Looking around, we found this beautiful place, a pond with big fish in it...



 Nadia with her friends. Enjoy being together...



 Section close...


Kids were having fun playing around the restaurant. Kids nowadays... So different with my kids life back then... Uhuh, tetiba....

So that's it. Anyway, a wish from Mak Lang to Sofea, be a good princess okey, and make ur parents proud. U r a great kid. Love u, muahhx.
x.o.x.o.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...