Sunday, November 28, 2010

Miss him, the cutie..

Balik raya Raya Haji baru-baru ni sempat jumpa budak comels ini. Wah, makin keletah la dia. Makin ensyem anak menakan maklang ni. Eh, eh. Baru setahun lebih kowt umur kau ni. Hehe...
Nak cite sikit pasal dak comey-sampai-rasa-nak-gigit ni.
  • Dia sangat sangat obses pada buku. Means dia suka sangat belek buku. Takleh nak cakap dia membaca okey sebab Ahza tak pegi sekolah lagi kan.  Hehe. Tapi gaya membaca dia memang pro. Wah, macam faham je. Pastu siap ada bunyi2 lagi bila dok tengok buku tu. Peh, konon baca la tu ek. Hehe. Bagus-bagus, nanti bila besar mak ayah Ahza takyah nak jerit-jerit kat Ahza dah soh baca buku. Sampai Maklang pun bagi adiah buku kat Ahza. Hehe. Mainan-mainan lain dia tak layan okey. Haritu membelikan dia sejenis mainan. Last2 dia pergi amik kotak mainan tu je and ketuk2. Maybe dalam hati dia berkata 'apakes Maklang beli aku mainan ni, tak cool la. Aku nak buku la.' Maybe macam tu la kot...
  • Suka muncungkan mulut. Wah-wah, Ahza nak kiss sape ni. Kecik-kecik dah pandai tau. Tapi kalau kiss mak ayah Ahza its okey, maklang benarkan. Eheh. Sekarang, maybe dah kurang buat sebab dah membesar dan menjumpai tabiat lain. Hehe. -Tapi dia tetap comel bermulut muncung-
  • Bila bersalam dan bercium tangan atau nak flying kiss tak sah kalau takde bunyi mmmuahhhh! Ngehe, comel comel. Anak sapelah ni. Hehe. Tapi balik hari tu bila orang suruh baca doa pun dia pergi mmmuahhh. Hehe. Kalakau la Ahza ni.
  • Cucu..... Okey, cucu tu stand for susu bagi Ahza. Bila dia nak susu dia akan membuat bunyi 'cuccuuuu' macam kita tengah panggil baby tu. Hehe, pandai mintak susu dah ek.
  • Pantang tengok gambar baby, mesti dia akan sebut 'baby...' ala2 orang dewasa nak acah baby. Kiut-kiut! Even nampak muka sendiri atau abang kakak yang dah 2-3 tahun pun mesti dia panggil 'baby...'. Tak sabar nak dapat adik ek Ahza. Takpe, tak lama je lagi tu Ahza dapat la adik kann...^^
  • Suka tumpang sibuk nak cakap dekat fon. Kalau setipa kali kol  nenek dia, hah, mesti kena cakap dengan dia jugak. Like 'Ahza.... Ahza watpe pe tu... Ahza dah mam ke...' Heh. Maklang ni takde menda laen ke nak tanya. Haha. Tak la dia jawab camtu tapi dia akan jawab la 'ooooooo' 'aaaaa' 'ehhhh' 'kan, kan'. Hehe, kalau dah ley cakap ni tak tau lah cane.
  • Bila makan tanak orang suapkan. mesti nak suap sendiri nye pakai sudu. No suap-suap. Ahja nak makan sendiri. Heh heh. Pastu mula la abis comot-comot dah dia.
  • Pantang tengok orang bersiap-siap nak keluar. Mulalah dia buat muka cuak. Takut kena tinggal lah tu ye.... Hmmm, aritu tokwan dia baru nak keluar rumah nak gi kat stor belakang rumah, dia dah meraung-raung ingat tokwan dia nak gi jalan-jalan. Hehe. Belum lagi mak bapak dia yang bersiap. Lagi kelam kabut lah dia nak berkepit tak nak renggang dah.
  • Tapi bila mak bapak dia bersiap-siap untuk pergi kerja dia tak kisah pulak. Takde hal nye... Ahza steady je... Bila tanya 'mak mana Ahja?' Otomatik dia akan jawab 'Ja...' yang membawa maksud kerja. Weh. Baguihnye anak menakan den ni. Memahami betullah.
Okey, tu je kot yang dapat ingat buat masa sekarang. Mmm, rindu lak ngan keletah dia. Maklang misses u la Ahja super cute!

 
Ahza pun misshhh u too Maklang. Mmmmuahhhhh!

Saturday, November 20, 2010

Ke Pangkor kita weh!

 Yay, saya pergi pangkor lagi! Ketika melepak-lepak sambil makan-makan kat warung Rindu dalam bulan 10 aritu di suatu malam yang dingin beserta hujan renyai2, tentiba tercetus idea2 bernas oleh semua pihak nak pergi bercuti plus berelease tension. Owait gak tu. Ada yang baru habis peak period kerja, and aku plak baru settle ngan bajet 2011, so lets make it happen! The vacation was realised last 2 weeks. So, kali ni tanak citer panjang lebar atau melalut-lalut panjang2 kat sini, nak cerita secara tentatif program dan cerita bergambar sahaja. Yup, itu sahaja. ^^
6 Nov
8.00 a.m. - Rushingly bersiap2 sebab terlewat bangun. Kemudian terus heading ke Perak. Heh.
12.30 p.m - Yeah, tiba di Lumut. Snap, snap! Humang hai, ramai betul kot orang nak naik feri. Panjang gila queue. Sib baik feri tu boleh muat ramai orang.
 Di jeti Lumut baru. Tak sampai Pangkor lagi. Tertipu pulak dengan pic ini. Huhu.
2.30 p.m - Finally2, sampai jugak dekat Pangkor lepas setengah jam perjalanan menaiki feri. Hmmm. Makan dulu la. Perut pun dah lapar kan.
3.00 p.m - Okeh, kereta dah dapat. Kereta Iswara A.T. So, selepas itu terus bertolak ke resort penginapan di Teluk Nipah. Haih, cmana leh terlupa pulak nama resort ni. Takpelah, abaikan. Yang penting sampai bilik boleh rest!!! Bilik quite nice la jugak.
5.00 p.m - Amik keta dan pusing-pusing satu Pangkor. Satu Pangkor ke? Satu Pangkor lah jugak.  Pergi ke town dia, and then singgah kat look out point yang mempunyai tangga yang sangat sempit itu, lapangan terbang Pangkor dan pantai-pantai yang ado.
 Look-out point yang dimaksudkan. Banyak jugak kat tempat laen.
 Di tepi pantai yang indah lalala~
7.00 p.m - My faveret telah datang, seafood. Yummy2! Dan apalagi kami telah mengorder dan melahap lala masak sambal, sotong goreng kunyit, sotong goreng tepung, pari bakar, kangkung goreng, dan ketam masak sambal. Frankly speaking, this is not the best tapi okeylah perut gua boleh terima and boleh menghabiskan suma makanan2 itu. Teehee.

Selepas melepak2 sambil makan2 di depan laut itu (best2!), balik ke rumah dan melepak di rumah pulak. Perempuan tak baik kuar malam. Waahaa!

7 Nov (kesihatan terjejas. Wuu)

7.00 a.m - Bersiap2 untuk terjun ke laut. Wooooo! Our bad, our bad. Selepas seketika tengah syok2 tepi pantai, hujan pulak turun, ombak pun kuat oh! Better hurry up! Balik bilik and siap2. Eh! macam pantun dua kerat pulak. ^^
 Keseronokan sebelum hujan. Huhu
11.30 a.m. - Telah sekali lagi meronda2 satu Pangkor. Yeke satu Pangkor? Ye, kitorang sempat menyinggah di Kota Belanda, dan Batu Bersurat. Apalagi, photography session!
 Di depan Pangkor Village. Teehee.
 Saya di Belanda. tak. Kota Belanda.
Di dalam Kota. Hah. Batu bata shj yang tinggal.
Boom tebaboom. Bergambar ngan meriam. Dasat!
Kami kami dan kami lagi sedang membuat photoshoot ^^
1.00 p.m - Menaiki feri kembali ke pangkal jalan. Kembali ke Lumut lah. Kawan2 bershopping sakan. Saya tak. Sempat singgah di Teluk Batik sebelum pulang ke K.L.
 Woh. Woh. Dah nak kena balik.
7.00 p.m - Sampai di K.L dengan selamat akhirnye. Alhamdulillah. Satu lagi kenangan telah tercipta.
My buddies

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...