Saturday, November 20, 2010

Ke Pangkor kita weh!

 Yay, saya pergi pangkor lagi! Ketika melepak-lepak sambil makan-makan kat warung Rindu dalam bulan 10 aritu di suatu malam yang dingin beserta hujan renyai2, tentiba tercetus idea2 bernas oleh semua pihak nak pergi bercuti plus berelease tension. Owait gak tu. Ada yang baru habis peak period kerja, and aku plak baru settle ngan bajet 2011, so lets make it happen! The vacation was realised last 2 weeks. So, kali ni tanak citer panjang lebar atau melalut-lalut panjang2 kat sini, nak cerita secara tentatif program dan cerita bergambar sahaja. Yup, itu sahaja. ^^
6 Nov
8.00 a.m. - Rushingly bersiap2 sebab terlewat bangun. Kemudian terus heading ke Perak. Heh.
12.30 p.m - Yeah, tiba di Lumut. Snap, snap! Humang hai, ramai betul kot orang nak naik feri. Panjang gila queue. Sib baik feri tu boleh muat ramai orang.
 Di jeti Lumut baru. Tak sampai Pangkor lagi. Tertipu pulak dengan pic ini. Huhu.
2.30 p.m - Finally2, sampai jugak dekat Pangkor lepas setengah jam perjalanan menaiki feri. Hmmm. Makan dulu la. Perut pun dah lapar kan.
3.00 p.m - Okeh, kereta dah dapat. Kereta Iswara A.T. So, selepas itu terus bertolak ke resort penginapan di Teluk Nipah. Haih, cmana leh terlupa pulak nama resort ni. Takpelah, abaikan. Yang penting sampai bilik boleh rest!!! Bilik quite nice la jugak.
5.00 p.m - Amik keta dan pusing-pusing satu Pangkor. Satu Pangkor ke? Satu Pangkor lah jugak.  Pergi ke town dia, and then singgah kat look out point yang mempunyai tangga yang sangat sempit itu, lapangan terbang Pangkor dan pantai-pantai yang ado.
 Look-out point yang dimaksudkan. Banyak jugak kat tempat laen.
 Di tepi pantai yang indah lalala~
7.00 p.m - My faveret telah datang, seafood. Yummy2! Dan apalagi kami telah mengorder dan melahap lala masak sambal, sotong goreng kunyit, sotong goreng tepung, pari bakar, kangkung goreng, dan ketam masak sambal. Frankly speaking, this is not the best tapi okeylah perut gua boleh terima and boleh menghabiskan suma makanan2 itu. Teehee.

Selepas melepak2 sambil makan2 di depan laut itu (best2!), balik ke rumah dan melepak di rumah pulak. Perempuan tak baik kuar malam. Waahaa!

7 Nov (kesihatan terjejas. Wuu)

7.00 a.m - Bersiap2 untuk terjun ke laut. Wooooo! Our bad, our bad. Selepas seketika tengah syok2 tepi pantai, hujan pulak turun, ombak pun kuat oh! Better hurry up! Balik bilik and siap2. Eh! macam pantun dua kerat pulak. ^^
 Keseronokan sebelum hujan. Huhu
11.30 a.m. - Telah sekali lagi meronda2 satu Pangkor. Yeke satu Pangkor? Ye, kitorang sempat menyinggah di Kota Belanda, dan Batu Bersurat. Apalagi, photography session!
 Di depan Pangkor Village. Teehee.
 Saya di Belanda. tak. Kota Belanda.
Di dalam Kota. Hah. Batu bata shj yang tinggal.
Boom tebaboom. Bergambar ngan meriam. Dasat!
Kami kami dan kami lagi sedang membuat photoshoot ^^
1.00 p.m - Menaiki feri kembali ke pangkal jalan. Kembali ke Lumut lah. Kawan2 bershopping sakan. Saya tak. Sempat singgah di Teluk Batik sebelum pulang ke K.L.
 Woh. Woh. Dah nak kena balik.
7.00 p.m - Sampai di K.L dengan selamat akhirnye. Alhamdulillah. Satu lagi kenangan telah tercipta.
My buddies

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...