Sunday, August 15, 2010

Nak puasa jugak..

Alhamdulillah, hari ni aku dapat join semua umat Islam yang lain berpuasa. Empat hari sebelum ni bukan taknak join, tapi aku TAK BOLEH nak puasa. So, start lambat sikit la kan. Selamat menyambut Ramadhan to alls. Sekejap gila rasanya tahun ni dengan tahun lepas. Rasa macam baru je lagi bukak puasa sama-sama ngan housemate kat rumah tahun lepas. Tak pun, macam baru je rasa buat entry pasal bulan Ramadhan untuk tahun lepas. Tup-tup Ramadhan datang lagi. Apapun, hari mulia bulan mulia ni, aku tetap bersyukur dapat rasa lagi nikmat Ramadhan. Hope sangat Ramadhan tahun ini pun barakah sentiasa. Yang penting bulan puasa ni aku ada misi. Haha, misi ni memang penting seh. Lately aku terperasan satu benda yang tak pernah terjadi kat diri aku sebelum2 ni. Risau ar pulak. Haduyai, tiba-tiba rasa baju dah ketat.. Kain dah susah nak masuk. Seluar dah tak payah pakai tali pinggang. Haih, apakah makna ini semua. Imbas zaman dulu, ada akak ni kata ‘ kita punya badan, kita tau la time bila badan kita naik, baju dah ketat ke...’ Aku dalam hati ‘kenapa tak pernah pun rasa macam tu even badan kekadang naik jugak ? Hmm...’ Tapi sekarang... aku kena iyakan kata-kata akak tu. Huhu... Mula-mula rasa macam tak ah, baju ni yang dah shrinking kot.. Kain ni memang ketat pun… 
Tapi… Tapi… Tapi… 
Bila Encik Iz tegur ‘Nampak emmm (sambil pikir apa nak cakap, lalu sambung) tembam sikit’ lalu beredar. Wu... terima kasih Encik Iz sebab jujur ngan aku. Pastu Kak Aida pulak tegur aku di pantry ‘kenapa nampak bersemangat je ni?’ Aku dengan blurnya tanya ‘Semangat ? Semangat pe?’ sambil senyum2 simpul kot ingat tengah puji aku. ‘Ohh, kalau dah besar orang tak tegur kenapa gemuk, orang akan tegur kenapa nampak semangat’ Ohhhhhhhhhhh.... yeke macam tu kak ? Now I know. I know 2 things in a row u know. And ketika terserempak Kak Sham kat CIMB ‘Eh, nampak berisi la sekarang’ ‘Ha yeke, alamak, tu la cemana ni, huhu, Kak Sham jugak yang selim melim, jelousnya…’ Tapi kata-kata tu berbekas wooo Rasa cam tamau makan dah. Tiap2 hari cakap kat housemate or ngan sape2 je, ‘orang diet skang, dah gemuk arr’. Tapi aku leh lagi pergi beli coklat Van Houtan kesukaanku itu, Makan Cone Chocotop favretku itu, nasi lemak Kak Amy yang sedap gila tu, makan tengah2 malam lagi… Hua…. Dan housemate akan berkata ‘Eleh, dari dulu kata diet, makan jugak’. Cit, tak supportive sungguh ekau Zu. Tapi, memandangkan ramai yang tegur Kak Izi makin kurus, setelah aku tengok dia asyik berpuasa sunat, aku pun like ’takpe, puasa nak dekat dah, leh pulun makan, ti puasa diet arr’ hehe. Dengan ini selepas melantak Nasi tomato pada hari pertama Ramadhan dan nasi berlauk ikan keli pada Ramadhan kedua, aku bertekad tanak makan nasi sepanjang Ramadhan ni. Bila cakap ni kat dia, dia was like ’eh, bukan aritu makan nasi tomato ke?’ Hu, fine! Err, tapi... leh ke ek? Leh ke aku ni? Dulu masa first time pindah sini tahun lepas berat aku standard ar 52 kan. Skang tambah 6 kilo ooo, tergamam. Baru timbang ari Khamis aritu.  No wonder ar, mukaku makin bulat taknak slim2. Leh tak ek nak kurangkan 8 kilo lak.. Skang ni terpaksa kuruskan jugak sebab nak pakai baju2 yang dah siap tu tapi ketat, wuu.... Sedih2. Baju2 ni jadi inspirasi kat aku nak slim balik. Ari Jumaat aritu shopping2 ngan Fiza, sungguh jelez o, rasa nak nangis, tengok dia try baju cantik je kat body dia. Kalau aku pakai, sah2 Jemir akan tegur‚’pakai baju pregnant eh?’ Oh, tidak... Takmo berulang lagi. Enuff is enuff. Aku nak diet. Haha, orang citer pasal puasa, kau citer pasal diet lak. Selamat berpuasa. Jap gi nak gi beli juadah bukak puasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...