Sunday, August 7, 2011

Penyokong Harimau Malaya di Stadium Bukit Jalil

Assalamualaikum

Pasukan bola sepak negara also known as Harimau Malaya semakin mendapat kepercayaan rakyat Malaysia selepas mencatat beberapa kemenangan sebelum nie. Sana sini orang duk sebut pasal Harimau Malaya. Dan pagi tadi baru perasan ada lagu khas untuk team Harimau Malaya kita nie rupanya yang berkumandang kat radio bunyi ala-ala 'hitam kuning, hitam kuning, go tiger, go tiger!', rasanya macam tu lah. Wow, begitu sekali. Mula-mula dengar macam pelik juga, lagu apakah ini, hitam kuning hitam kuning, perlu ke? Tapi lepas dengar 'go tiger!', terus terlintas di hati, sah ini merujuk kepada team bola sepak negara kita si Harimau Malaya.
Sempena perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 baru-baru ini, kita dapat tengok, fuiyohh, begitu tegar sekali supporters Harimau Malaya dari Malaysia menyokong pasukan ini. Sebetulnya, aku bukan si fanatik sukan, walaupun pernah join team futsal and menang game dart perseorangan baru-baru ini, tapi itu bukan bermaksud aku minat sukan. Maksud dia adalah, aku saja nak test market, haha. Poyo!  Bila aku tengok game bola, aku pilih-pilih. Takde la aku tengok semua game. English Club semua aku tak tau. Yang aku tau kumpulan Manchester United dulu ada David Beckham dan Ronaldo. Itu saja pengetahuan aku mengenai team bola sepak mereka. Kalau team Malaysia aku dah mula kenal Khairul Fahmi Che Mat sebab pelik ape fasal ramai gilakan dia, dan nama dia menjadi sebutan. Sebab tu je aku kenal, tapi tak pernah tengok pun dia bermain di padang.

Semasa pasukan Malaysia menentang Singapura di sana, aku serius tak tahu. Ketika melepak di dalam bilik sambil surf internet sambil mendengar radio, aku jadi pelik, apesal ini radio ada speaker tengah buat ulasan game bola yang macam tengah bersiaran secara langsung? Okey, switch radio lain lah pulak. Lepas tu kedengaran sorakan-sorakan kuat bergema kat luar masuk ke bilik aku. Apa kes? Mesti tengok bola ni, pastu dah gol. Ok fine, aku boleh relax lagi sambil sambung surf tenet. Sesekali kedengaran bunyi mengeluh, owh, tu mesti team lawan yang masuk gol tu. But then, kali ini terdengar sorakan yang lebih dahsyat dari sebelumnya, tak boleh jadi, aku mesti tau apa yang terjadi, aku buka tv, sekali betul ada game bola, Malaysia vs Singapore, Owh, Malaysia baru menjaringkan gol yang ketiga, jarak yang tidak jauh dengan gol yang kedua. Oh, clap2. Tapi Singapore dah 4. Aku duduk, cuba tenangkan diri sambil memberi sokongan padu buat team Harimau Malaya. Aku dah tak boleh duduk diam, berdebar tengok saat mencemaskan. Sorang2 pun boley sorak jugak.  Kejap aku duduk kejap aku berdiri. But then, lelaki berupa mat Salleh yang memakai baju merah itu menendang masuk bola ke gol Malaysia. Oh, tidakk!!! Terus amik remote control dan tukar channel dek takut kekuciwaan. Siapakah lelaki itu? Tak suka! Akhirnya tutup terus tv dan masuk bilik balik sambung aktitivi tadi.

Beberapa hari selepas itu, aku dapat tengok aura Harimau Malaya di mana-mana. Tambah-tambah, mereka akan melawan Singapore di Stadium nasional Bukit Jalil beberapa hari lagi. Sana-sini orang sebut pasal bola. okey, baguslah tu, semangat patriotik, dan ini membuktikan kepercayaan rakyat terhadap team Malaysia even kalah 3-5 di Singapore. Ramai yang berharap team Malaysia dapat bangkit kembali dan score 3-0 untuk mendapat aggregate 6-5 dan sekaligus layak ke pusingan seterusnya. Di opis jugak tak terkecuali, semua pakat sibuk nak beli tiket untuk nonton live di stadium. Aku apa ada hal. Relax je lah, cuma berharap kemenangan berpihak kepada Malaysia.

Sekali der, ada pulak yang ajak nonton live. Owhhh, what to say! Okey, let me think first! But then, couple hours after that, aku bersetuju untuk join opismate2 aku nie ke sana. Hoiyohhh!!!! Go Malaysia, go! I'll be there to support you, u know! Do the best, okey? Kami beli tiket secara online, aku jugak tukang bookingnya, huhu. Esoknya, 2 orang ke stadium untuk redeem ticket, hampagas sungguh mereka ini, tipu konon-kononnya tiket sudah habis dijual dan duit akan dikembalikan lagi 14 hari. Siot tak siot mereka, sampai aku percayalah jugak. Tetiba rasa kecewa, mood untuk membeli jersey jatuh tahap negatif.  Sekali malam tu dapat mesej berbunyi 'esok guwa tengok lain tiket ada ke tak', hoh, sah! Sah aku dah kena kelentong, cis, hampagas! Rupanya yang tak dapat tiket adalah mereka yang pergi beli di kaunter dan bukan secara online. Haha, ada pulak yang komen kata itu satu diskriminasi pada orang yang tak tau menggunakan tenet, bahah! Keesokannya, perbualan hanyalah sekitar bola dan jersey.

Pada hari perlawanan, Khamis, 28 Julai, kami bertujuh gerak ke stadium menaiki lrt dengan masing-masing mengenakan jersey pilihan. Ramai jugaklah group supporters lain yang join naik lrt. Memang ramai sampai bila turun dekat Bukit Jalil nampak semua berbaju jersey je keluar dari lrt. Ramai! And dekat sekitar stadium pun dah ramai yang sampai lebih awal. Time-time macam ni, ramai jugak yang ambil peluang buat duit dengan berniaga macam-macam. Dari makanan hinggalah ke jersey, cap, sticker and sort of things related to bola. (Sebut pasal makanann... huhu, guwa puasa lah...-_-). Macam-macam aktiviti di situ.

Baru lepas turun dari tren. Penuh dengan supporters!

 Di depan stadium lagilah ramai. Ni bukan perhimpunan bersih erkk...


Kes macam ni pun ada? Apa kes la diorang ni. Meroyan takda tiket kaaa....

Betapa ramainya orang, sampai nak melepasi pintu pagar stadium punyalah seksa, ramai orang. Jadi masing-masing berasak nak masuk. Lepas je dapat masuk, berlari-lari anak mencari tempat menonton. Kami pilih part atas sekali untuk menonton. Yeah, great spot. Ramai yang dah memenuhi stadium. Macam-macam sepanduk ada. And sorakan sangatlah bingit. Siap buat ombak sebanyak beratus kali. Okey, ini pengalaman pertama masuk stadium, jadi sungguh teruja untuk support team Malaysia, dan time ni lah nak bersuai kenal dengan team Malaysia. Tepat jam 8.45 malam, game dimulakan. Oh ya, Aidil Zafuan tu aku kenal jugak, sebab dia selalu masuk paper, and kahwin dengan Rita Rudaini. 

 
Masa ni pemain baru keluar. Supporters penuh satu dewan.

 
 FRU berdiri tegak disitu

 
Inilah dia barisan pemain harapan kita

Semangat sungguh aku sokong bila game start. Apatah lagi bila Malaysia score gol yang pertama. Saat ni lah baru aku kenal Safee Sali, hebat no dia. Dan baru aku dapat mengiyakan kehebatan Khairul Fahmi Che Mat yang berhempas pulas menahan bola dari masuk gol. Tiba2 I fall in like with Khairul Fahmi. Kalau tak kerana dia mungkin Singapore dah score lebih banyak dari itu. Ya, Singapore jugak berjaya menjaringkan satu gol. Aku baru nak angkat muka, sekali bola dah masuk gol. Apakah? Masa tu mood untuk bersorak sudah tinggal 25%. Melihatkan pasukan lawan yang asyik mengerang kesakitan buat aku menyampah tahap gaban. Walhal kalau diluar of course kita akan kesian bila tengok orang mengerang kesakitan. Tapi mereka itu, seolah2 setiap masa pun jatuh sakit, yang mengganggu kelancaran game malam tu. Yang paling lawak bila goal keeper Singapore yang tunduk kesakitan lepas menendang jauh bola ke hadapan. Apa kes? Khairul Fahmi relax je kot. 
 Malaysia ketika score 1-0. Gamat stadium.

Belum pun game habis, kami dah bersurai untuk keluar stadium. Ramai jugak yang dah mula keluar bila dah tak nampak harapan untuk menjaringkan gol lagi. Okey, ini part yang paling tak syok, terasa jauh sungguh perjalanan untuk keluar disebabkan ramai yang berpusu-pusu keluar, manakala gate hanyalah sekangkang kera. Perjalanan jadi sesak berhimpit-himpit dan kefanasan. Siot! Hampir setengah jam barulah boleh bernafas seperti biasa. Ramai yang berpusu2 naik tren. Kami relax dulu sambil snap pix dan berdiri depan kipas ambil angin, haha. Tepat jam 12.15am, aku sampai rumah. One of a kind experience.

 Masing-masing berpusu-pusu nak balik.

The day after, beli paper bila nampak ada berita pasal bola. Eh, tak pernah pernah aku macam ni. Haha. Masa ni perjalanan balik ke kampung. Wow, rupanya malam tadi adalah jumlah penonton paling ramai dicatatkan setelah sekian lama yang menyokong team Malaysia di stadium. Glad that I'm one of the 85,000 supporters who came to support our team. Ramai kot tu! Tu belum campur lagi penonton di rumah. See Harimau Malaya, we Malaysian do support you, so u better keep on doing the best for Malaysia ek! Or else this might have become part of history je I'm afraid. Apa-apa pun, Harimau Malaya teruskan perjuangan dan tingkatkan strategi permainan. Do the best! We'll support you guys! We all Malaysian do!

 Masing2 semangat. Tengah tunggu tren ni. Direct from office.

 
Yup, Malaysia score 1 goal only. Means we lose to aggregate 4-6.

p/s: jadikan kejadian yang menimpa en. Jazimin satu pengajaran. Buta sebelah mata kerana ada yang baling mercun di stadium.

Till next time!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...