Assalamualaikum
Bercerita tentang filem-filem ganas Malaysia, memang aku tak pernah terasa nak jejak kaki ke wayang pun untuk tonton. Be it Rempit, Impak Maksima, dan yang sewaktu dengannya yang aku susah nak ingat tajuk dia, aku tak de tergerak hati nak tengok pun.
Tapi penangan KL Gangster lain sungguh. Sana sini orang bercerita. Sampai lah ke kutipan ke Rm12 juta, tertanya-tanya gak aku, best sangat ke pasal cerita samseng2 ni, sampai semua duk pakat layan. Artis2 lain pun ramai tweet pasal KL Gangster, bila pergi opis, opismate semua dah terpengaruh dengan KL Gangster, cakap nak gangster je, sampai guwa pun terikut. Dah pandai cakap sial gaya Zizan, sial lah. Then, semua pun puji memang best filem ni, the best Malay action movie. Babe, aku dah cair kot, terasa nak tengok jugak.
Akhirnya, dapat tengok jugak bersama si dia, what can I say is that, memang best lah. I keep on watching till the end without feeling bored. Penuh dengan aksi, yang penting tak meleret, penggunaan ayat yang meninggalkan kesan, kepelbagaian karakter, flow cerita yang menarik, dan jugak takde der kisah2 cinta dalam filem ni. Ini kisah abang dan adik sahaja. Tapi memang berjaya menarik minat semua untuk menonton, bukti kisah cinta bukan tarikan utama orang menonton. Ni lah pandangan aku dari perspektif seorang perempuan. Kalau bagi lelaki yang komen, entah apa2 lagi dikomen.
Tengok trailer di bawah ni, ganas gila, memang tak nya aku nak tengok kalau tak de orang meyakinkan aku cerita ni best.
Khabarnya, bakal ada KL Gangster 2 yang mana Rosyam Nor bakal menggantikan watak King dalam ini filem. Tak sabar nak tengok. Sengat ke tak... Syabas buat Syamsul Yusof, a good one.
Sebenarnya cerita pasal filem KL Gangster disebabkan video iKLan Gangster di bawah ini.
Haha. Layan sahaja. Kelakar jugak. I laughed at the end of it. Ini merupakan salah satu pengaruh KL Gangster buat anak muda. Tengok muka watak Malik tu pun dah ada sikit-sikit macam Aaron Aziz. Ayat copy paste gila. Haha. Ada lagi satu KL Hamster tapi aku dah dislike itu video, tak suka. Harapnya, aksi-aksi ganas di dalam filem KL Gangster hanya kekal di dalam filem. I mean, those kids and teenagers, don't bother to copy what they did in the movie, leave in peace and harmony. That's a live is all about.
Till next time.
No comments:
Post a Comment