Thursday, September 27, 2012

My New Life

Assalamualaikum,

teehee, here back. Alhamdulillah kini aku sudah selamat jadi bini orang. dah lama pun, tanggal 26 Februari 2012. Resepsi pada 3 dan 4 Mac 2012. Almost setahun jugak ikat tunang, akhirnya memang ada jodoh antara kitorang bila dinikahkan pada 26 Feb tu dekat masjid kawasan rumah aku. 

Apa beza dia ye kawin ngan tak kawin ni? Sekarang ni kami masih dalam PJJ lagi. Aku still duk umah sewa ngan housemates lama lagi. Husband pula nun di Perak sana. Beza dia, dulu kalau jumpa, malam kena hantar balik. Sekarang kalau jumpa ada la sesekali hantar balik jugak, tapi nak tidur sekali pun sangat boleh dah, lagi afdhal, haha.... Seronok rupanya ada husband tidur kat sebelah. Dapat la berbantalkan lengan beliau, haha... Tapi, bila dah lama tak jumpa, ha, menangis la kerinduan, arggghh!! Memang dah tak sabar sangat nak pindah dan hidup bersama....

Tambah2 sekarang aku dah berbadan dua. Alhamdulillah, sudah hampir memasuki trimester ke tiga. Syukur sangat atas rezeki Allah ni. Sebelum kahwin, memang aku risau jugak kebarangkalian aku nak dapat anak, sebab period cycle aku memang tak regular langsung. Kadang jarak satu bulan, kadang jarak dua bulan, 5-6 bulan pun pernah je... Tapi Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi, sebelum kahwin tu, dah hampir dua bulan period aku tak datang, tapi elok je seminggu sebelum nikah, datang period. Lepas tiga bulan kawin aku dapat tau rupanya aku pegnant.... Ha, kenapa lambat sangat? Ye la, period cycle aku kan tak betul, jadi aku tak nak la expect apa2, buat macam biasa je. Sekali tu, dah tak tahan perut ni macam semacam je, macam angin jek, aku ajak husband gi klinik. Ye, sah aku pegnant, hee, Alhamdulillah.... Due date adalah 25 December ni. Memang dah hujung sangat pun kan. Orang cakap rugi lahir hujung tahun, and baby nanti lambat nak catch up, or tak matang. Tapi aku tak kisah pun. Ramai je aku tengok orang yang lahir hujung tahun ni hebat-hebat. Tak de problem pun. Cuma dia kena tunggu birthday dia lambat sikit la... hee, sabar ye sayang.. Bila orang tua2 cakap 'rugi2', aku ia kan aje la... Padahal aku tak kisah pun... Sebab aku rasa benda tu tak semestinya betul. Bergantung pada orang jugak kann... Lagipun doc dah bagitau aku kena beranak by due date tu jugak. Let say kalau 24.12. aku tak deliver2 lagi, aku dah kena g spital jugak. Sebabnya aku ni disahkan ada kandungan gula yang tinggi dalam darah lepas buat ujian MGTT hari tu ataupun pendek kata ada kencing manis la... Hope kencing manis bagai ni masa aku pegnant je la, bukan untuk selamanya, uhuk2. Tak rela aku. Dah la aku ni suka makan manis2, lagi2 bila aku diberitahu aku ada kencing manis, macam rebel je kan... haha.. Anyway, aku harap tak menjejaskan kesihatan baby aku.... Sekarang sudah pandai beringat2 bila nak makan tu. So... my baby ni memang baby 2012 la, memang tak ley gi ke 2013. Takpe2, anak mama hebat orangnya.... Insya'Allah semuanya berjalan lancar, aminnn....

Dah nak masuk 7 bulan pun kan, satu jenis barang pun aku tak beli lagi untuk persiapan sambut kelahiran orang baru. Kalau ikut hati, memang aku nak sangat2 beli, at least dapat beli baju yang comel2 tu dulu pun jadi la... Tapi, dek kerana nasihat mertua, beli after 7 bulan, aku ikutkan aje... Bak kata husband, ikut je cakap orang tua.... Anyway, next week aku dah masuk 7 bulan, boleh lah start mengumpul-ngumpul barang dah. Aku pun skang siang malam duk survey pasal barang2 baby ni online. Alhamdulillah, banyak jugak info aku dapat. And aku dah ada idea sket2 apa nak kena prepare. Ye la, sebelum ni, harga diapers yang mana mahal yang mana murah pun aku tak tau, at least bila aku survey2 online boley la nak bajet sket2. And boleh tau review dorang ok ke tak ok barang2 yang dibeli tu. Siap ada checklist lagi, aku download online, hee, suka dowh... Hai, bagus jugak kan ada blog2 ni, boleh share ilmu....

26 Februari 2012 - tarikh disatukan...
^^

2 comments:

  1. Ada pun gambar kahwin... Tahniah dah pregnant.. Semoga semuanya selamat dan dapat baby yang comel...:)

    ReplyDelete
  2. tu gambar nikah. Aku tak hire OP, so takde gambar yg cantik2, huhu, bila pikir, nyesal betul tak hire OP. Padahal sehari sebelum nikah tu siap ada org nak offer jd OP lg. Anyway, thank u... Semoga selamat semuanya... berdebar neh...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...