Thursday, October 25, 2012

Check up 31 weeks - dua tempat sekali

Assalamualaikum,

Esok hari Raya Haji. Terkenang kat bos aku yang tengah ada kat Mekah skarang dengan anak dan bini dia. Terbayang betapa seronoknya dapat ke sana dan menunaikan haji. InsyaAllah, satu hari nanti giliran kami plak... Cuma tak tau la bila... Yang aku tau malam ni kami sefamily berangkat ke Langkawi. Orang beraya, kami ni pi melancong pulak, apa kess... Haha.

Hari ni aku pergi check up kat dua tempat. First aku ke KKIA Taman Pantai Indah, lepas tu ke Pantai Medical Centre (PMC) pulak. Kandungan aku dah cecah 31 minggu ++.Aku sampai KKIA lagi 10 minit pukul 8. Padahal aku bajet nak sampai pukul 7.40 macam tu. Aku tengok tak ramai orang pun. Nurse pun tak ramai macam selalu. Sekali ada akak ni kata, nurse ramai cuti, esok raya. Haah la, kenapa la aku tak terpikir benda ni. Patut la datang lambat sket pun aku dapat giliran no. 2, selalu tu kalau datang time2 ni dah giliran no. 8 macam tu dah... Hai, nasib baik tak keluar awal sangat tadi.

Macam biasa sebelum check up, cek dulu bp, hb, berat dan air kencing. Air kencing aku dah bawak siap2 dari rumah. Nurse tu memang ada bagi bekas utk isi air kencing tu. Result air kencing setakat ni memang ok je. Cek bp, pun sentiasa ok. Hari ni bacaan bp aku 117/68, kira normal. Berat aku 65.8 kg. Naik 0.8kg dalam masa 2 minggu. Kira okey sebab tak lebih dari 1kg. Result yang sebelum ni naik 1.4kg dalam masa 2 minggu, hahaa... Apa la yang aku makan tu... Result hb ni yang paling aku suka. Selalu tu bacaan mesti bawah 11. Sekali je dapat bacaan 11.5. Lepas tu turun. 10.8, 10.5, 10.9.... Tapi hari ni result dia 11.6, tak sangka aku. Sebelum sampai KK tu memang aku doa mintak bacaan hb aku ok, n semua result ok. Alhamdulillah, terkejut dengan result hb aku sendiri. Aku pun tak tau macammana boleh jadi ok, padahal aku still kurang makan sayur. Cuma semalam ada la aku makan kerang waktu pagi n buah mangga waktu malam. Susu pulak aku minum 2 kali malam tu. Satu susu tepung Anmum, satu lagi susu kotak Anlene perisa vanilla yang sedap tuhh... Tapi aku tak tau la kalau2 ini membantu hb aku naik. Apapun, syukur.... N then nurse cek baby, baby ok, Alhamdulillah. Heart beat ok, kedudukan baby ok, kedudukan uri pun ok, air ketuban pun ok. Harap kekal macam ni sampai tiba masanya.....

Pastu patutnya aku kena jumpa doktor untuk cek bsp aku. Tapi nurse tu pergi refer dulu ke doktor. Maybe sebab result bsp aku ok, so aku tak payah jumpa pun doktor. Cuma aku mintak surat pengesahan doktor yg aku ni preggy sebab nak naik flight Ahad ni dari Langkawi. Hope tak de la kena tahan ke apa, kalu tak, mati den... By the time pukul 9, everything pun dah setel. Heh heh, aku bajet kul 10 baru setel sebab kena jumpa nurse ngan doktor. Alih2 awal pulak settle... So, aku gi la beli nasi goreng dulu dengan sotong goreng kunyit n breakfast kat rumah.

Pukul 9.15 aku drive ke PMC pulak. Kali ni aku datang awal. Tak nak jadi macam first time aritu, aku datang tepat2 kul 10, dapat giliran no. 6, pukul 12 tgh hari baru dapat jumpa doktor, dah la tak breakfast lagi time tu... Rasa nak menangis ja.... So, pukul 9.40 macam tu aku dah sampai, register n tunggu giliran, no. 3. Pukul 10.30 dah dapat jumpa Dr. Idora. Haih, lega tak payah tunggu lama macam hari tu.... Doktor just cek bp n scan aku ja. First dia buat 2D pastu buat 4D jugak. Baby aku mula2 tanak tunjuk dia punya muka, Tutup dengan tangan. Haish, baby ni malu dengan mama yee... Hee... Nampak pipi dia yang tembam tu dengan dahi je. Tak lama pastu doktor try lagi sekali. Ok, kali ni dia tunjuk sebelah je muka dia, hee... Dah nampak dah anak mama, si comel ku sayang.... Ikut muka sape lah ni ye...  Mama ke papa? Wait n see lah.... next 2 weeks kita scan lagi sekali kat Perak, jangan lindung2 muka lagi key... Ni nanti nak pesan siap2 kat baby sebelum pergi scan jangan lindung muka. Sebelum ni terlupa nak pesan, heh... Nasib baik dia tak lindung anu dia, hee... So dr confirmkan lagi sekali yang dia girl. Memang boleh nampak clear. Yes, lepas ni boleh beli baju baby girl tanpa halangan oleh pak dia, hehe. Aku pun dah bagitau kat Dr. yang aku nak deliver kat Perak, cuma in case kalau aku tak sempat sampai Perak n baby dah nak keluar, baru aku deliver kat sini je.... Dr pun ok je... Lepas ni, tak yah la aku datang check up sini dah... Malas nak cari drive n cari parking. Kalau gi KKIA, just jalan kaki je dari rumah. Senang bangatt.... Pukul 11.00 everything pun settle... Since awal lagi, aku balik rumah dulu je... Dalam pukul 1 nanti baru gerak ke opis. Yep, amik half day je. Maklumla cuti dah tinggal sikit. Kalau banyak lagi, dah lama aku amik full day. Dah la esok raya kann... Tapi terpaksa spare cuti yang ada tu utk check-up2 yang akan datang...

Ok, thats it. Next check up is in another 2 weeks. Satu kat KL n satu kat Perak...

Semoga anak yang aku kandung ini sihat dan dilindungi Allah selalu, aminn....



2 comments:

  1. salam kenal n salam lawatan :).. dah follow..sudilah follow saya juga k. thanx :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...