Thursday, September 24, 2009

Destinasi Ramadhan

Ke mana ye untuk berbuka puasa? Emm, selain dari berbuka di rumah bersama housemate, berkesempatan untuk berbuka kat luar... those are the destination...
  1. mestila kat rumah... - 29.8-31.8 since ada cuti kemerdekaan, so amik peluang nie untuk balik berpuasa dengan family kat rumah... malangnyeee, aku taklah berpuasa pun... cuma tumpang berbuka sesama, hehee... memang banyak sangat hidangan berbuka. tula, bila dah ramai2 berkumpul, nilah jadinye. apapun, makanan best2. cuma sahur joiin sekali je, heee...
  2. Taman Equestrian - ni adalah iftar berbuka puasa bersama dak2 MADID. Wah, dah lama btol tak berkumpul dengan diorang nie... first dapat msg dari Jiyyah, the organizer, memg aku wat tak tau je. yelah, tak tau nak gi ngan sape, then bila Jiyyah ajak/paksa gak pergi, aku pun ngalah, hehee... tingin jugak nak jumpa korang2 sumerr... aritu ramai jugak yang datang, dalam 20 orang mcm tue. huhu, tak makan apa sgt walaupun bufet, sekadar roti, buah dan kek. asyik sangat bersembang dengan diorang2 nie... sekitar 11.30mlm br smpi rumah, Ijat antarkan, thanks... memang enjoy sangat jumpa korang sume...
  3. Dewan PWTC - ni adalah bersempena AGM kelab sukan companyku. So, ada perlantikan baru untuk jwtn2 dlm kelab nie... after habis je, kitorang terus berbuka disitu. Hidangannya not bad. boleh tahan dengan lebih kurang 5 jenis lauk-pauk.
  4. Restoran Secret Recipe - ni adalah kisah penantian paling mengharukan, huhu... dek kerana menuggu Satila yang terkandas dalam jam, aku pun mengofferkan diri untuk order siap2 kat restoran. at 6.30 memg dah nunngu kat situ, kat KL Sentral. then orderkan untuk 2 org, mknn sampai pukul 7.10 lebih kurang.... orang makin ramai. Tila tak jugak muncul2. okey lagi, lepas tue, pukul 7.20 lebih kurg azan pun bergema... arggh, tila ko x smpi lagi, apa harus kubuat sengsorang kat sini...huhu. aku dahulukan bebuke ngan kurma dan air je. dek kerana kesetiaan, aku tunggu je Tila sampai dlm lebih kurang kul 7.40. huhu, cheese atas spaghetti ku pun dah membeku, tak sedap sudah...
  5. Restoran Seri Melayu-this is my treat to Long's family, chik and Tila as promised. berbufet sakan la malam nie... memang bnyk sangat juadahnye. mkn dlm kuantiti yg sikit2 je so that boleh rasa bnyk mknan. ada jugak yang tk sempat rasa, contohnye lemang dan spaghetti, huu...
  6. Hotel Nikko - ni adalah jamuan anjuran company bersama menteri. bufet jugak. tapi hidangannya tak sebanyak di Seri Melayu. Apapun, semuanya sedap2. ada jugak yg tak sempat rasa. tapi, aku paling suka sebab dapat makan ketam, yuhuu, my fevret...
  7. Restoran Sakae Sushi - cancelled last minute
  8. Pak Li Kopitiam - cancelled without notice, huhuu...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...