Saturday, June 6, 2009

girls all day out

Hari ni peluang untuk kami kumpul balik 4 orang setelah beberapa bulan tak jumpa. last kitorang jumpa pun masa bulan puasa tahun lepas, 2008. tu pun tak cukup korum, rozie takde. so, harini kitorang berjumpa balik iaitu dayah, marina, rozie and aku. kitorang jadi kamceng masa part 6 degree kat UiTM Shah Alam. berjumpa ni pun sebab nak pergi kenduri azhar, kawan masa diploma kat perak and jugak degree kat shah alam. so, hari ini kitorang outing la berempat. masa kumpul semua sekali masa tu dah dalam pukul 4 lebih dekat kelana jaya, naik kereta marina. then, kitorang pun menghala ke sogo, aktiviti wajib bila berkumpul, apalagi, karaoke la kat red box ria tu. dalam tempoh tiga jam tuh, macam2 la lagu yg dipilih. walaupun aku sedar suara aku ni tak sesedap mana (sedar diri okey), tapi aku hantam jugak beberapa lagu, jat dadada, aku lebih tahu, take a bow, bleeding love, love story and etc. memang pitching out!! tapi takpe, enjoy... pastu makan la sikit2 kerepek2 yg dihidang kat luar and air honeydew dia sedap... lepas aje 3 jam menyumbangkan bakat masing2 kitorang pun heading to kampung baru pulak, jalan2 cari makan. so, ikot ajelah dorang ni masuk Restoran Chop and Steak. kalu tak silap restoran nie memang pernah masuk rancangan tu. tempat dia memang cantik. ada beberapa kapal yang diubahsuai dijadikan tempat masak dan counter cashier. landskap dia pun cantik. ada jugak ikan keli yang besar sangat. aku order grilled chicken - ikut rozie and marina, dayah pulak order mix steak (ye kot nama dia). air aku ambik barli ais je. memang sekejap je hidangan dah sampai. emm, boleh tahan la... not bad. tapi mayonnais dia tak best sangat. lepas makan-makan and chatting2 kitorang pun heading ke times square pulak untuk nengok movie. aku and rozie pilih citer hanah montanna (huhu, cam budak2 lak) while marin and dayah pulak nengok citer syurga cinta. kebetulan pulak aku and rozie dah nengok citer tue... start hannah montanna dalam pukul 9.30 and habis nak dekat pukul 11.30 kot. emm, okey la, cuma part lagu memang best. lepas tu, tunggu dayah and marina pulak sebab movie tu start lambat sikit dalam 10.15. lepas anta dayah and rozie ke kelana jaya, marin hantar aku pulak ke rumah. memang dah ngantuk2 dah masa dalam keta. antara dengar dengan tak je apa yang marin cakap. aku emm, emm kan aje. bila dah nak dekat sampai kwsan rumah baru aku segar balik, hehe. sampai rumah dalam pukul 1.15 kot, heee. nasib baik macam cerah and ada ramai jugak orang kat luar. so, tak takut sangat. so, that's it lah for the whole day. gila jenjalan, tapi memang enjoy kuar ngan korang. bukan selalu kan... hope ada masa lagi kita kuar macam ni lagi k...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...