Usai solat mahgrib tadi, aku amik kesempatan membaca alquran sementara menunggu waktu Isya'. Dalam pembacaan aku, terjumpa dengan ayat yang mengandungi perkataan Izzati. Tidak dapat tidak, ia mengingatkan aku pada seseorang. Seseorang yang telah lama meninggalkan kita di bumi fana ini.Yang telah lama tiada di bumi ini. Aku tau aku patut khusyu'kan diri membaca, tapi aku teringatkan beliau. Arwah beliau.
Izzati muda setahun atau 2 tahun daripda aku and satu sekolah masa sekolah rendah dulu. Still ingat lagi, masa di tahun lima, dia satu group dengan aku dalam game di sekolah, tak ingat game apa, tapi ada jugak buat pertandingan masak-masak. Aku boleh ingat aku ada tak puas kat dia pada certain-certain benda. Alah, benda budak-budak je lah pun, tak serius mana. Ada satu time dia tak dapat datang sekolah sebab tak sihat, masa tu aku rasa tak puas hati sebab ada pertandingan, nanti mungkin akan mengganggu gugat keupayaan kitorang untuk menang pulak.
Selang beberapa hari dia tak datang sekolah, dengar khabar berita bahawa dia telah tiada lagi di dunia ini. Dia telah pun pergi meninggalkan kami buat selamanya. Beberapa hari sebelum itu, dia mengalami demam panas yang teruk, dan akhirnya dia meninggal dunia setelah beberapa hari di hospital.
Saat aku mendengar berita tu, aku terkedu. Tak sangka. Dia telah pergi selamanya. Terasa baru je dia memegang baju aku dari belakang masa group kitorang tengah beratur. Rasa baru je nak mengenali dia dengan lebih mendalam. Rasa baru je tak puas hati dengan dia. Rasa.... Seribu macam rasa ada.... Aku akui memang jarang orang yang dekat dengan aku yang masih muda pergi meninggalkan dunia ini. Kalau adapun yang tua dan aku tidak berada di sisi mereka untuk sekian-sekian waktu. Jadi rasa ralatnya lain sangat.
Aku still boleh ingat sikit-sikit wajah dia. Wajah yang polos dan manja. Yang memerlukan perlindungan dari orang keliling. Dan aku pun bukan nak layan dia sangat pun.
Tapi.... bila mendengarkan perkhabaran itu, hati terdetik, rasa macam baru je main dengan dia haritu, sekarang dia dah takde lagi. Perasaan tu... ramai pun alami macam tu jugak kot.... Sampai sekarang, bila ternampak saja nama arwah, kadang-kadang buatkan aku terkenangkan dia... walaupun masa perkenalan hayalah singkat.
Macammanalah dia sekarang kalau masih hidup. Macammanalah rupa dia agaknya. Macammana nasib dia sekarang (yang aku rasa pasti indah). Bila aku teringatkan seseorang biasanya memang aku akan terkenang perkara-perkara macam ini. Curious.
Apapun aku doakan yang terbaik untuk arwah. Yang telah lama tiada. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment