Sunday, May 8, 2011

Trip to Bukittinggi - Day 1


25-27 Mac, me and my officemates melawat ke Bukittinggi, Indonesia setelah tiket telah ditempah lebih awal pada tahun sebelumnya. Aku pun kebetulan je diajak sekali and nonchalantly I agreed to go. Padahal masa tu relax je, belum confirm lagi mahu betul-betul pergi ke tidak. Yelah tiket pergi balik sangat murah, sebab tu macam tak kisah.

Despite several things yang buatkan aku agak reluctant untuk pergi, akhirnya aku berjaya jugak jejakkan kaki di airport Padang, Indonesia pada 25 Mac lepas. Ketibaan kami disambut baik oleh tourist guide bernama Bujang (yang dah kahwin) atau nama glamour Jimmy. Kesemua kami adalah 5 orang yang mana dua orang adalah bujang (memang tak kahwin lagi), seorang sudah berkahwin, dan dua orang lagi adalah pasangan suami isteri. Boleh kira honeymoon jugak ler sebab baru seminggu kahwin. 
Suasana di airport Padang, Indonesia

Kami mulakan perjalanan menaiki Avanza untuk perjalanan selama 2 jam sebelum sampai ke Bukittinggi, destinasi sebenar ke sana. Bujang mula celoteh pasal sejarah Indonesia, province2 di sana, bahasa2 yang digunakan and so on. By half way, semua pun dah tertidur mendengarkan cerita abang Bujang padahal baru pukul 8 pagi masa sampai airport tadi, haha. Kecuali aku. Aku syok nengok pemandangan sekeliling yang agak asing bagi aku. Pemandangan yang menyejukkan mata memandang. Rekaan rumah dia unik, ada yang stail tradisional habis and ada jugak yang english style. Kedua-dua pun cantik. Tak puas betul tengok. Paling tertarik hati adalah parabola sebesar satelit yang menghiasi perkarangan hampir setiap rumah. Parabola ni menurut abang Bujang, kalau nak dapat channel yang lebih banyak hingga berbelas-belas harus guna parabola. Kalau tak guna, channel pilihan adalah terhad. Habis aku snap semua parabola yang ada, hahak. Yang penting perjalanan dua jam tu terasa indah dengan pemandangan yang indah di kiri kanan.
 Padi yang menghijau

 Mungkinkah kumpulan Padi berasal dari Padang? Hmmm...

 Kereta tengah laju tapi nak snap juga pic petani tengah gigih mencari rezeki

Salah satu rumah yang ada parabola, besar betul!

Sebelum kami mulakan perjalanan jauh tadi, kami singgah bersarap dulu di Rumah Makan Lamun Ombak. Macam-macam jenis lauk pauk Padang dihidangkan. Penuh satu meja. Tapi yang diambil kira hanya lauk-pauk yang disentuh sahaja. Sampai je lauk-pauk tu kitorang dah pilih yang mana nak tolak tepi siap-siap, so takdelah banyak sangat. Sedap jugak, cuma lainlah lah sikit dengan selera kita orang Malaysia. Kebanyakan lauk-pauk kat sini dia serve ayam dengan segala jenis masakan. Dan kebanyakannya jugak menggunakan santan. Jadi, beware pada yang berdiet kalau sayang diet tu.Lima orang makan dalam Rp.168K (lebih kurang RM60). Lepas habis makan, tangkap gambar kenangan satuu... 
 Rumah Makan Lamun Ombak
 Makanan-makanan yang dihidangkan....

Akhirnya, makanan-makanan ini ditolak tepi setelah mencapai persetujuan semua

Rasanya rombongan di belakan tu pun mungkin dari Mesia...

Setelah hampir tiba di Bukittinggi, Bujang ajak singgah dekat nama-dia-sungguh-pangjang-tak-ingat-la yang berfungsi seperti library. Sangat cantik di situ, bangunan berbentuk minangkabau dengan taman yang indah dihadapannya. Kalau tak silap ada replika bunga Rafflesia yang besar di tengah-tengah kolam tu. Nak masuk kena fee Rp. 2,000 (lebih kurang tujuh posen sajo). Bujang berkeras suruh kitorang ambil gambar kenang-kenangan dekat situ walaupun ada yang dah tak sabar nak pergi shopping, hehe, aku pun sama. Dekat situ boleh la merasa nak pakai baju tradisional orang minangkabau. Tapi yang try hanyalah newlywed je. Yang lain tak rasa teruja nak cuba. Tapi memang pemandangan dekat situ sangat cantik. Malah Bujang pun sangat excited menawarkan perkhidmatan percuma sebagai photographer. Kelas kau! Gambar newlywed memang dah macam diambil oleh wedding O.P.
 Lupa pulak, kami singgah di sini, kawasan air terjun tertinggi di mana ntah...
 Bangunan berbentuk minangkabau

 bunga rafflesia yang dimaksudkan.
 Pemandangan sangat indah. Udara yang nyaman dan bersih....

 Emang peace gilo kat sini

 Fotografer adalah encik Bujang

 Salah satu kawasan di dalam bangunan tersebut

 Pemandangan dari bangunan tersebut

 Ni dekat bawah bangunan tu, dia memang sediakan tempat untuk salin pakaian and ambil gambar

 Anak dara tak baik duduk kat tingkap, muahahaha...!

Lepas setel di situ, kami bergerak dan kemudian singgah di sebuah kedai yang berdekatan dengan kincir air. Dekat sini banyak jual kain pasang bersulam, telekung, blaus, kemeja lelaki, pelekat, and those other kind of stuffs. Memang lama betul kat sini. Biasalah perempuan kalau dah bershopping, lama pun rasa macam sekejap sahajo. Padahal aku hanya beli 2 pasang kain je kat sini. The price is not bad. Menurut officemate, di sini kain dan design dia tersendiri dan tak terdapat di pasar.
 Masing-masing khusyuk bargain harga

 banyak nau yang cantek2

Ni kat luar kawasan kedai, di seberang jalan boleh nampak kincir air

Lepas habis di situ Bujang tanya nak makan ke tak, well, jual mahal taknak, ajak pergi lembah Panorama yang dikatakan landmark Bukittinggi pun jual mahal kata taknak. Akhirnya Bujang mengalah dan hantar kami ke hotel Ambun Suri. Hotel terletak betul-betul di tengah pekan. Sangat strategik. Hanya perlu berjalan kaki untuk ke pasar dan tempat-tempat menarik yang berdekatan. Mereka tak lupa menjamu kami dengan air guava sebelum masing-masing berangkat ke bilik. Rest dan rest di bilik sambil layan tv. Masa ni Krisdayati berkahwin dengan pasangannya itu. Jadi memang banyak cover story pasal perkahwinan Krisdayanti ditayangkan di beberapa channel . Kira updated gilo lah ni, hahak. Layan tv Indonesia, not bad, but to say, I can see that their entertainment industry sangat kuat by just watch the tv. Okey, enough said about that. Tak lupa juga belek-belek hasil shopping tadi, dasar….

Selepas berehat sepuasnya, kami bergerak selepas waktu Asar, Bujang bawak jugak ke Lembah Panorama, hahak, berjaya jugak dia bawak kami yang reluctant nak pergi pada mulanya. Actually aku tak kisah sangat, sebab takkan nak duduk di bilik je kalau dah namanya melancong, but my friends ni lebih prefer untuk bershopping sahajo… Okey, serius to say, memang dekat sini cantik, ada lembah yang sangat cantik boleh dilihat dari kawasan taman di situ. Suasana pulak dingin habis, baru lepas hujan renyai. Nasib, pakai cardigan. Dekat sini juga ada lubang Jepang (Jepun) iaitu salah satu tarikan sejarah di situ. Kalau nak masuk kena bayar sekian harga tapi tak ingat dah berapa dicaj sebab kami tak pergi. Bujang nasihatkan tak pergi sebab lubang tu gelap dan ada beratus-ratus tangga. Kalau dia tak nasihatkan pun memang aku tak nak pergi, heh! Jadi hanya perlu bayar Rp. 3k sahaja untuk masuk ke taman itu. Dekat sini juga sebenarnya ada kedai-kedai yang menjual cenderamata dan aksesori. Jadi kami banyak habiskan masa dekat situ laa…. Ada painting yang sangat murah rugi la kalau tak beli, ada jugak beg yang diperbuat dari buluh and macam-macam lagi. I just bought few tshirts, keychains and paintings as souvenir. Pandai-pandailah tawar-menawar kalau pandai. Kalau berjaya, serius sangat hebat! Haha!

 Lembah panorama

Painting dia cantik, and murah jugak
(buat muka teruja la tu, hee)
 Salah satu lembah from another angle

Selepas itu, kami ke kedai Linduang Bulan yang jugak menjual pakaian. Mulanya, memang kami taknak turun kereta, cakap taknak singgah. Tapi Bujang cakap turun je tengok-tengok, takpe, tak payah beli pun takpe. Akhirnya kami mengalah. Dan akhirnya, kami bukan saja mengalah, kami jugak membeli dengan serius. I just bought telekung and kain pasang batik je. My other friends, hahak, mereka membeli dengan serius sekali. Tapi memang serius, dekat sini sungguh banyak pilihan dan menarik hati. Serius banyak perkataan serius di sini. Jadi, semua keluar dengan beg shopping masing-masing di tangan. Bujang berjaya lagi, heh, sounds like a battle pulak between us and Bujang, ahahaha.. Bujang cakap memang kalau dia bawak sesiapa datang sini, memang tak sah, mereka pasti akan beli. And I was like, ‘ooo, kalau dah tau kenapa bawak jugak?’ ngahahaha…

 Mai shopping mai, banyak cantik, manyak murah woo...

Selepas penat lelah bershopping dengan serius, perut wajib diisi, kali ini Bujang rekemen nasi Padang juga di sebuah restoran berdekatan. Yang bezanya dengan yang sebelum ini adalah ia lebih banyak menggunakan ikan sebagai lauk. Dan cara hidangannya, adalah pakej. Means, bayar sekian-sekian harga dan akan dapat semua jenis lauk. Kalau nak order secara ala carte, sedikit rugi. Jadi kami semua berpakat untuk setuju cadangan Bujang a.k.a Jimmy itu. Yah, kami makan dengan lahap sekali, sedap. Alhamdulillah. My friend order Alpukat, its Avocado Juice yang jarang terdapat di Malaysia. Datang Bukittinggi ni, rugi kalau tak order jus, sebab jus dia pure buah. Tak bercampur air, dan dalam masa yang sama, sangat sedap. Oh, lagi satu, di mana-mana kedai yang kami singgah makan, perkara pertama yang mereka buat adalah menghidang air kosong untuk setiap orang. Kemudian baru kita akan order air yang lain  jika mahu. Aku suka cara ini, mendidik pelanggan mengutamakan kesihatan sebenarnya dengan menghindari minuman manis dan sejuk. Selepas di situ, kami just terus balik ke hotel. Sepatutnya Bujang ajak tengok persembahan tarian tradisional, tapi malam tu hujan renyai, dan aku was not in a good condition, jadi harus pulang segera. Segera! Oh ya, sebelum tu, singgah di supermarket berdekatan membeli sesuatu yang sangat penting untuk aku, haha. Kat sini jumpa potato chips, imported from Malaysia, entah semangat patriotik ke apantah aku pergi beli. Well, banyak jugaklah makanan n minuman yang kami borong di situ. Buat bekalan di hotel. Supermarket pun kami tak lupa singgah, heh! Malam tu berehat di bilik sambil layan tv Indonesia lagi. 

 Our dinner dat night

Bilik hotel kami walaupun hanya di tingkat satu, tapi mempunyai view yang sangat menarik. Boleh tengok pekan just dari tingkap bilik. Pemandangan hijau yang indah. Tak lupa bunyi kereta bersimpang siur di T-junction berhadapan hotel, dan lagu Indonesia yang entah dipasang dari mana. Memang bergema di setiap ruang, jadi layan sahaja.

Pemandangan dari balkoni bilik hotel

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...