Saturday, May 14, 2011

Minum teh telur kalau nak stamina


Seperti yang aku mention previous entry, aku ada try minuman baru semasa berada kat Indonesia. Well, pada hari last sebelum kami sampai ke airport, tourist guide si Bujang ajak singgah breakfast dulu sementara nak tunggu airport bukak, oh sungguh awai kami sampai baguihnya. Muka mula-mula masing-masing reluctant sebab duit agak cukup-cukup nak lepas bayar tourist guide, luggage ngan tax je lagi sebelum sampai Malaysia, huahua, nilah yang dikatakan shop till u drop. Hamik kau. Last2 Bujang mention dia yang nak belanja, terus on aje, har har har...! Aku terus tanya Bujang apa teh telur tu sebab malam sebelum tu ada nampak menu ni kat kedai murtabak mesir. Terus dia offer, nanti dia order untuk diri dia, so dia offer kami rasa dulu. Biasa la, Bujang kan bersemangat orangnya. Bila teh telur Bujang sampai, masing-masing buat muka cuak, ceh, hehe... Bujang offer but then dua orang je yang berani sahut cabaran, salah sorang adalah ex-bride and seorang lagi adalah aku sendiri. Okey, untuk komen rasa dia ala-ala juri topchef komen, aku tak terror la, tapi aku rasa taste dia not bad. Memang tak rasa hanyir telur langsung. Rasa dia lebih kurang teh tarik but a bit masam sebab ada limau, tapi tak lah rasa masam sangat. And then rasa dia pekat sikit. Not bad eh, memang tak rasa pun kewujudan TELUR MENTAH dalam minuman tu. Kitorang was like, wow, not bad, sedap, haha.

Then Bujang pun membuka alkisah. Teh telur ni biasanya diminum oleh lelaki-lelaki untuk mengekalkan stamina badan. Kalau nak kerja kuat perlukan stamina, kalau nak stamina perlukan teh telur, bila dah dapat teh telur, jadi kuat dan semangat untuk kerja. Lebih kurang macam itu lah. Diorang biasa ambil waktu pagi sebelum mulakan kerja. Lagi satu lelaki-lelaki kat situ jugak makan telur separuh masak sebagai salah satu lagi cara untuk kekalkan stamina. For me, memandangkan kedua-dua hidangan menggunakan telur, the point is, telur sama dengan stamina, ada betul? Atau lagi tepat, telur mentah adalah stamina.

Jadi menurut naturalnews.com, lemak mentah dari sayuran organik dan haiwan yang sihat merupakan cara yang ideal bagi kebanyakan orang untuk membina kesihatan dan kecergasan. Mentah, tidak dipanaskan, telur mentah organik dari sumber yang bersih merupakan tonik kesihatan yang sangat baik. Jika mengamalkan telur mentah secara teratur, ia akan menguntungkan kesihatan kita sebab kuning telur mentah dan putih membantu tubuh kita menghilangkan racun yang disimpan. Ahli bina badan telah lama mengetahui bahawa cara yang bagus untuk membina otot yang sihat tanpa lemak tambahan adalah dengan memakan telur mentah secara teratur.

Dan kalau nak tau lagi, jika kita tak biasa banyak makan telur mentah, sedarlah bahawa banyak telur mentah mempunyai kesan penyembuhan pada tubuh, dan kadang-kadang mereka pada awalnya boleh menyebabkan beberapa jenis fizikal respons seperti perut tak selesa, rasa mual, tidak selesa atau sakit kepala. Hal ini biasanya bukan keracunan makanan, tetapi tindakan pembersihan dalam tubuh anda. Jadi mari bersihkan perut dengan teh telur yah!

Langkah-langkah untuk buat teh telur:
  1. Pecahkan telur kedalam gelas (make sure telur berkualiti)
  2. Masukkan sedikit susu dan gula ikut citarasa
  3. Pukul hingga sebati, lagi best kalau guna sejenis buluh yang disimpul tak ingat apa nama dia)
  4. Ambil teh yang dimasak secara berasingan
  5. Tapis teh ke dalam gelas tadi
  6. Siap dah pun, tapi jangan lupa perah limau sikit untuk hilangkan rasa hanyir.
  7. Perah sikit je jangan banyak kalau tak jadi macam teh aku masam amatt, heh...


Hehe, belajar semua di atas sebab Bujang siap bawak kitorang ke dapur untuk tengok sendiri pembikinan teh telur. Unik. Aku ada rekod video masa tuan kedai tengah explain cara-cara nak buat teh telur tapi hampeh masa tu cuaca tengah gelap pagi lagi, kamera aku tak leh guna flash lak bila nak rekod, jadi nampak kelam-kelam je and hanya dengar suara pakcik saja, huhu...
Anyway, thanks to Bujang sebab akhirnya aku dapat merasa teh telur sebelum berangkat ke Mesia kembali and thanks jugak sebab belanja kitorang, huhu...

5 comments:

  1. Ko minum teh telur Seed, wah sedap ker...aku teh ais pun tak lalu ni kan plak teh telur..Pasni suara ko leh jadi sedap la makan telur..hehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha, saja je try. tak pernah dengar lagi so try je la, tapi ok jugak rasa dia... kalau nak buat sendiri tu tak tau la bila, tah2 tak jadi pun, haha.... Ko try la, ne tau ko suka lak nanti... Ko chat ke fza? bla nak wat next entry. Aku baru jumpa azza, rozie, byte n ieza kat wedding fiza yein semalam. Diorang tanya pasal ko, n aku btau la ko tgh pegnant skang..

    ReplyDelete
  3. O, fiza yein dah kawin ker...aku mcm biasa chat dan semakin chat sekarang nie... Aku sekarang nie dilanda mood yang sgt mls nak buh entry baru..hehehe..kdg2 masuk bc entry membe2 jer...best la dpt jumpa membe2 yg lain kan..ko punya nasi minyak bila plak..:)

    ReplyDelete
  4. Haah, fiza n yein... ramai jugak dak2 diploma yg dtg. Bagusla sihat... tu lah, geng kita yg takde ko, teah, n alin je... xpela, ada rezeki bila2 leh la jumpa. Aku insya'Allah awal next year, datang ek, hee...

    ReplyDelete
  5. Wah, bestnye...Insya'Allah kalau dijemput...:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...