Sunday, May 8, 2011

Trip to Bukittinggi - Day 2


Pagi hari kedua ni, kami breakfast di hotel. Ada nasi goreng, sandwich (sedap), maggi goreng. Okey, pinggan licin. Pagi ni, kami hanya bergerak sendiri, Bujang perlu ambil lagi satu group, our friend jugak, di airport Padang untuk ke sini. Jadi kami bergerak ke main land di situ untuk ke pasar. Mulanya the newlywed nak ke money changer yang direkemen Bujang, tapi tak buka lagi memang kami awal sangat nampaknya. Jadi bersiar-bersiar di sekitar itu sambil snap gambar. Apa yang menarik bagi aku adalah Jam Gadang yang berada betul-betul di tengah pekan itu, kereta kuda yang berderetan menanti penumpang, latar belakang gunung yang puncaknya dilitupi awan, kumpulan-kumpulan pelancong yang dihiburkan pemain gitar tempatan, dan suasana dingin dan angin yang melatari pekan itu. The best feeling to be there. Aku suka angin sejuk pure, bukan aircond. Titik!

 Kawasan ni bersebelahan je dengan hotel kami

 Perjalanan menuju ke pekan

 4-in-1 dah pic nie

  Di belakang tu gunung yang dilitupi awan...

Lepas tu kami gerak ke pasar dua tingkat tu. Banyak kain-kain pasang dan telekung dijual kat sini. Memang kalau pelancong datang sini mesti akan singgah sini untuk shopping kain dan sewaktu dengannya. Memang banyak pilihan. Bila banyak pilihan lagi banyaklah masa nak kena habiskan kat sini. Dan tak lupa juga proses tawar menawar. Tengokla, ada yang murah dan ada yang mahal depends on kain and sulaman dia. Tapi kalau kat Malaysia lagi bergandalah kot harga dia. Memandangkan aku tak cukup duit Indonesia, aku just bayar guna duit Malaysia, boleh je. And kalau tanya harga pun kadang tu pekedai-pekedai ni dah siap bagitahu harga in RM siap-siap, sebab dah tau muka kami stok orang Mesia la tue…. Aku jugak sempat beli kerepek yang dipesan kawan. Kat level bawah pasar ni banyak sangat jual segala jenis kerepek, just name it, kalau tau nama kerepek tu lah. Aku pun tak tau apa nama kerepek yang aku beli tu. Ada jugak deretan yang menjual cenderahati. Memang rambang mata di sini…


 That is jam Gadang, kereta kuda, and pasar

 suasana dalam pasar, khusukk je shopping ekk

 Sempat lagi rehat kat salah satu kedai kat situ

 Suasan kat kawasan luar pasar.

And then, selepas habis shopping tengahhari tu, kami ke Pizza Hut je untuk lunch, senang, tak yah pikir nak cari kedai makan mana yang sedap sebab tak tau pun yang mana kedai yang sedap tu. Yelah, Bujang tak ada jadi kami berdikari cari makan sendiri, heh! Seperti yang pernah diceritakan di entry sebelum ni menu Pizza Hut dia memang best, I love my Asian Spicy pasta and Milo Es Dinosaur. Licin lagi! Selepas tu, berjalan pulang ke bilik hotel membawa hasil beli-belah di kiri kanan tangan. Bahagia.. Duduk di bilik, kami melayan lagi entertainment channel yang banyak mengisarkan perkahwinan Krisdayanti, hehek. Lepastu makan lagi, lepas tu mengantuk, jadi kami decide untuk tidur sebelum Bujang mengganggu lagi, kekeke….

Pada malamnya sekitar pukul lapan, Bujang sudah sedia menunggu kami untuk acara shopping seterusnya. Kali ni Bujang dah tak pakai baju batik Indonesia lagi. Sebenarnya kami keluar malam ni adalah untuk sambung shopping di Linduang Bulan. Masing-masing tak puas bershopping di situ. Di samping layanan baik dari tuan kedai. Eheh, baik punya bodek ini tuan kedai. Jadi sementara menunggu diorang bukak kedai khas untuk kami, kami menyinggah dulu di kedai Canning tak silap nama dia. Di sini agak expensive. Banyak fokuskan pada sulaman goyang yang biasanya mencecah ratusan ringgit. Aku tak beli pape, just jamu mata. My frens yang beli macam-macam. Lama jugak kat sini, lepas dapat tahu linduang Bulan dah bukak kedai, kami terus ke sana. Sampai-sampai je tuan kedai tengah dok bukak-bukak papan pintu kedai, haha..Lagi sekali kami shopping dengan serius. Aku habiskan beli apa yang tak beli lagi kat sini since pagi esok dah nak bertolak balik. Banyak jugak yang kitorang borong, sampaikan tuan kedai and Bujang tolong packingkan barang-barang belian kami dalam dua kotak. Sebab beg masing-masing dah confirm tak muat, haha. 

 bersama salah sorang tuan kedai Linduang Bulan

Selepas bergambar-gambar dengan tuan-tuan kedai sekalian, kami jalan-jalan cari makan pulak. Lagi sekali kami suka buat hal dengan Bujang, diajak try durian takmo, heh, sekali my fren nak makan soto, dia pun dengan gagah dan gigih nak bawak kami ke satu kedai yang dikatakan feymes and sedap gilo soto dia, tapi bila sampai rupanya dah habis, hampeh. Sate pun tak dapat rasa. Akhirnya kami akur dengan cadangan Bujang untuk ka satu stall and try murtabak mesir dia. Akulah yang order murtabak mesir itu, hahaha…newlywed pun. Sedap jugak. Memang banyak isi daging, siapa-siapa yang datang sini should try. Just ask the tourist guide, am sure they’ll know. Tengah makan kat situ pun boleh terserempak balik dengan tuan kedai Linduang Bulan yang tapau makan di situ, ngahaha, jodoh. Kemudian ternampak menu teh telur. Should I try it? Tanya tuan kedai apakah itu teh telur, and dia cakap memang letak telur dalam minuman tu. Tak clear. Baiklah, mungkin patut dapatkan consultation dari Bujang dulu. Yang lain-lain pakat halang jangan order pelik-pelik, haha. Okey, perut sudah kenyang, hari pun dah larut malam, jadi kami balik ke hotel memandangkan esok pagi kena bangun pukul 3 pagi untuk bertolak ke Padang.

 Proses mengupload barang mesuk keta di depan Ambun Suri

 Pagi yang kian menjelma... Singgah bekfast dulu!

 Teh telur... Ada beran?

Pukul 3 lebih bangun, mandi n bersiap-siap. Sumbat barang masuk dalam kereta, bayar sewa hotel dan bergerak pada pukul 4 lebih... Masing-masing menyambung tidur dengan nyenyak. Bujang memandu dengan khusyuk sekali. Seperti biasa, aku tak tidur. Hanya layan kegelapan pagi yang beransur cerah. Indah. Sempat lagi feeling-feeling terkenang mak abah, heh. Bila masuk subuh kami stop kat satu masjid. Wow, terpegun, laki dan perempuan memenuhi masjid. Tak kira lagi kanak-kanak yang masih kecil turut join berjemaah. Ramai, bukan sikit. Lepas habis berjemaah aku tengok, budak-budak ni berkumpul dan belajar mengaji al-quran yang dipimpin seorang ustaz. Indah sungguh pagi-pagi mendengar suara kanak-kanak bergema di kawasan itu membaca al-quran. Sepanjang perjalanan selepas itu pun, memang semua masjid-masjid dipenuhi kanak-kanak mengaji atau dewasa yang mendengar kuliyah pagi. Pemandangan yang jarang dapat dilihat. Syahdu. Sekitar 7 sudah sampai di airport. Sementara tunggu airport buka, kami singgah breakfast, Bujang belanja, hahah. Sadis, tourist guide belanja tourist, apekah… Jadi aku tanya Bujang pasal teh telur. And he offered me to try his drink bila dia order nanti. Nanti will tell the details about teh telur next entry. Sedap jugak. Selepas itu, masa untuk say goodbye to bumi Indonesia. Padang and Bukittinggi. Tiba di tanah air pada pukul 10.15am. Satu lagi kenangan telah tercipta. Indah.
 Bye, sudah masuk Mesia kembali....

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...