First time aku turun kat Puduraya bila ntah tak ingat. Tapi perasaan itu bukan la sesuatu yang mengujakan. Risau adalah. Dulu, Puduraya tu penuh sesak dengan orang ramai. Tak tahu lah kenapa, 24/7 memang penuh dengan orang tak kira lah penduduk tempatan ke foreigner ke, pendatang asing ke, PATI ke. Semua ada kot. Buat aku lebih berhati-hati bila berada kat sini. Tu belum kira penjual-penjual tiket yang bingit memecahkan suasana dan gegendang telinga orang dengan jeritan super power diorang. 'Muar, Muar, Muar!'. Tak pun 'Ipoh, Taiping, Ipoh, Taiping, dik nak pergi mana dik?' Hui, penat la, setiap kali lalu semua penjual tiket sibuk tanya, pastu terpaksa geleng kepala and cakap dah beli dah. Lalu antara celah-celah diorang nilah antara benda paling malas nak buat. Kusut je rasa. Bila lalu tepi kedai-kedai kecik kat tepi laluan pulak, penuh dengan tangan-tangan duk menggapai suruh beli makanan and minuman dari kedai mereka. Ada yang sampai dari jauh dah ready bukak peti sejuk and suruh beli air. Haish, membuatkan kadar aku nak singgah kedai tu turun tahap zero. Tempat nak duduk pulak boleh dikatakan setiap masa penuh dengan orang. Jadi terpaksa berdiri di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai. Tu pun, kadang tu duk berlanggar dengan orang yang tengah lalu-lalang. Mendidih betul.
Last Sunday berkesempatan menghantar my fren ke Puduraya untuk ke Perak. Yup, sekarang Puduraya dah berwajah baru. Baru je dibukak balik pada April aritu. Dah tak macam macam dulu. Yang paling ketara, suasana dia, tenang dah tak bingit macam dulu. Di ground floor ada ruang menunggu bas dan beberapa kedai kecil. Ada jugak deretan tempat ATM, tapi baru dua je mesin yang dah dipasang. Tempat turun ke parking bas jugak bertutup dengan pintu transparent. Tempat membeli tiket adalah di mezzanine floor. Ada jugak ruangan menunggu di situ. Keadaan sekitar nampak lebih lapang dari yang sebelum ni. Barulah rasa aman sikit nak datang sini. Tempat makan dah berpindah ke tingkat 4. Ada kawasan merokok bagi kaki rokok supaya tak sibuk mengepulkan asap di kawasan orang tengah enak makan. Susun atur meja pun cantik. Ada view pusat bandar KL lagi. Oh, yang paling penting tandas tidak lagi scary seperti dulu. Sudah cantik. Sila bayar tigaposen.
Ruang legar tempat turun ke platform
Ruangan menunggu
Tempat turun ke platform
Kerusi pun tak penuh dengan orang
Dekat sini pun ada kawasan duduk
Deretan tempat ATM
(boleh withdraw duit untuk balik kampung)
(boleh withdraw duit untuk balik kampung)
Ruangan tepi kedai makan di tingkat 4. Ada ruangan tengah yang lebih luas
Jadi mari ke Puduraya dengan hati tenang.
No comments:
Post a Comment