Monday, April 25, 2011

Kalau dengan ilmu jangan kedekut....

Semua pun tau kot yang skarang semua orang pakat duk serbu PWTC sebab ada book fair yang berlangsung dari 22 April haritu sampai 1 May nanti. Aku lah yang paling bertuah, sebab tiap2 hari pun boleh singgah, haha... Singgah je wat hape... Baik cari buku and beli lagi bagus... 

Sebelum ni memang tak sempat lagi nak singgah book fair padahal dekat gilo tak payah nak susah payah pergi pun. Hari ni berkesempatan pergi, waktu lunch just teman opismet beli buku2 study sebab skarang ni dia tengah study master in HR. Humanghai mahal kot buku yang dia nak beli tu RM600++ untuk satu buku je, huu, kalau aku dah gigit jari dah... Tapi tak tahu dia beli ke tak, sebab aku naik opis dulu, 'masa dah time....' 

Petang lepas opis hour, aku try pusing2 tapi tak tahu kenapa rasa tak jumpa buku yang menarik hati. Huhu. Banyak la kan alasan. Sebenarnya aku ingat nak cari buku Rich Dad Poor Dad sebab memang dah lama nak beli buku ni, tapi... (biarkan kosong). Lame gila sebab takda lagi buku nie..huhu... Tadi cari-cari aku tak jumpa. And aku tak jumpa pun area yang jual english book, I mean bahagian self development la, memang tak jumpa, may be dekat dewan yang lagi satu, memang malas la nak pergi kan, kena jalan jauh kot, dah la hari dah nak beransur malam, karang tak balik rumah pulak... Dalam hati dah berkira-kira mesti aku nak buku ni tapi nanti aku akan beli buku lain, tengoklaa... 

Alih-alih on the way dah nak putus asa tu aku masuk dekat satu hall di tingkat 2. Ingatkan karangkraf rupanya PTS. Pusing-pusing tak jumpa pun buku yang berkenan jugak. Akhirnya termelekat kat area education. And hasilnya...


Wuwuwu... terlebih bajet pulak, huhu... Tapi terpaksa mengingatkan diri, kalau dengan ilmu jangan kedekut, ilmu tu jugak akan bantu kita nanti... Sebab tengok kat Astana malam tadi Datuk Maznah ngan Dato Stapa pun suka membaca, huhu.... (sebenarnya terpegun tengok apa yang mereka miliki sekarang).

Semoga aku khatam lah semua buku-buku yang di beli tue... History aku dengan buku tak berapa menarik sangat, sebab aku suka beli buku, tapi aku suka baca separuh je... Buku2 sebelum ni pun haram tak habiskan baca pun... Haha, ada hati plak letak hobi membaca...

Okey, aku nak start amalkan .... membaca amalan mulia...

Saturday, April 23, 2011

At my love's party (continue)

Back to that day, means last Saturday... My lil niece is turning 2..We all were having fun dat day celebrating her day. A princess day =D



 This is her, Sofea. Oh, so difficult to snap a pic of her, she just doesn't go with camera. Not like her eldest sista. Is this the best pix of her I can take? Loser me!



Here's her elder brother, my lil' Danish. Notti boy la u, hehe. Sometimes like to call him 'Danish the menace' like in the Disney movie. Cowiee...



 So, here's the menu of the day (like I mentioned previously). All r yummeh!



 The goodie bag for kids. I know I'm not a kid & so I know i won't get this. Sob sob..



 Early gifts for Sofea that came that day.... Which is from me? Oh, it's not here, I just left it in my bro's car.



Hehe, Yayah, though the gift is from ur friend, dat doesn't mean its yours, okey.... Comel lah bukak adiah adik...



Nadia and her BFF, Sabrina. They stick to each other when both meet. Nadia was so happy her friend did come, & enjoy the whole evening with her.



 Oh so yummeh & good looking handsome eh? Teehee... Fiza, drooling x tengok ni? Hee...



 This is another cake for dat day, Its a photo of Sofea on top of the cake. Err, i didn't get the chance to taste this one.



 Singing time! Hepi birthday 2 u... la la la~~ But the one who cut the cake is Danish, heh this lil boy...






 
Sofea with her guardian. So manja her her kakak.



 Looking around, we found this beautiful place, a pond with big fish in it...



 Nadia with her friends. Enjoy being together...



 Section close...


Kids were having fun playing around the restaurant. Kids nowadays... So different with my kids life back then... Uhuh, tetiba....

So that's it. Anyway, a wish from Mak Lang to Sofea, be a good princess okey, and make ur parents proud. U r a great kid. Love u, muahhx.
x.o.x.o.

Thursday, April 21, 2011

At my love's party


Last Saturday, got an invitation from my bro to his daughter's birthday party. Sofea is now 2 years-old since 16 April 2011. The party was held at Kunang-Kunang Restaurant, located at Gombak area. I arrived there at around 3p.m. My bro picked me up at Gombak lrt station. Got time to help a bit on finishing the goodie bag deco. Nice tau! Oh by the way, the deco of the party is from creativegeniusprints, which the owner is my sis-in law's friend. Nice though. Loike!

Welcome to Sofea's 2nd birthday Celebration
At the main entrance to the party corner

At around 3.30, guess started coming. Time to eat yaww! We have fried rice, fried mee hoon, spaghetti, chicken wing, nuggets and also several traditional kuih. Well, nice. I was feeling dat I am injecting all the sugar, the fat and so forth into my blood and body, hahah. Never mind, this is an enjoyable day, time to forget all dat at the moment.
 
Lots of fun for kids. The balloons and the bubbles are the main attraction for kids. They enjoyed it. Me too having fun watching them played together. If I was a kid, definitely will join them, teehee...

Oh oh, this is the main corner for kids, lotsa sweets and candies here, not to forget the lovely cuppies, cakes, marshmallow, lollipop etc. 

Kids love this corner. I can't coz I'm not a kid anymore, haha, just kidding. Anyway love the deco. Combination of pink and purple, the party theme colour, was so sweet like candies.

Told u already, nice kan. Drooling x? Heh. Treats for kids lorh.... But me grabbed the cuppies, coz its soo tempting tau...
 So.. this is the proof that me having bless with kids treats, hehek...

the close up

Oh, its reaching midnite. Will upload the kids pix soon. Real soon.
by the way....
.
.
.
Happy Birthday dear Sofea. May u find the happiness in your life and be a good daughter okey...
May Allah bless u alwiz...





Thursday, April 14, 2011

Terkenangkan kamu...

Usai solat mahgrib tadi, aku amik kesempatan membaca alquran sementara menunggu waktu Isya'. Dalam pembacaan aku, terjumpa dengan ayat yang mengandungi perkataan Izzati. Tidak dapat tidak, ia mengingatkan aku pada seseorang. Seseorang yang telah lama meninggalkan kita di bumi fana ini.Yang telah lama tiada di bumi ini. Aku tau aku patut khusyu'kan diri membaca, tapi aku teringatkan beliau. Arwah beliau.

Izzati muda setahun atau 2 tahun daripda aku and satu sekolah masa sekolah rendah dulu. Still ingat lagi, masa di tahun lima, dia satu group dengan aku dalam game di sekolah, tak ingat game apa, tapi ada jugak buat pertandingan masak-masak. Aku boleh ingat aku ada tak puas kat dia pada certain-certain benda. Alah, benda budak-budak je lah pun, tak serius mana.  Ada satu time dia tak dapat datang sekolah sebab tak sihat, masa tu aku rasa tak puas hati sebab ada pertandingan, nanti mungkin akan mengganggu gugat keupayaan kitorang untuk menang pulak.

Selang beberapa hari dia tak datang sekolah, dengar khabar berita bahawa dia telah tiada lagi di dunia ini. Dia telah pun pergi meninggalkan kami buat selamanya. Beberapa hari sebelum itu, dia mengalami demam panas yang teruk, dan akhirnya dia meninggal dunia setelah beberapa hari di hospital.

Saat aku mendengar berita tu, aku terkedu. Tak sangka. Dia telah pergi selamanya. Terasa baru je dia memegang baju aku dari belakang masa group kitorang tengah beratur. Rasa baru je nak mengenali dia dengan lebih mendalam. Rasa baru je tak puas hati dengan dia. Rasa.... Seribu macam rasa ada.... Aku akui memang jarang orang yang dekat dengan aku yang masih muda pergi meninggalkan dunia ini. Kalau adapun yang tua dan aku tidak berada di sisi mereka untuk sekian-sekian waktu. Jadi rasa ralatnya lain sangat.

Aku still boleh ingat sikit-sikit wajah dia. Wajah yang polos dan manja. Yang memerlukan perlindungan dari orang keliling. Dan aku pun bukan nak layan dia sangat pun.

Tapi.... bila mendengarkan perkhabaran itu, hati terdetik, rasa macam baru je main dengan dia haritu, sekarang dia dah takde lagi. Perasaan tu... ramai pun alami macam tu jugak kot.... Sampai sekarang, bila ternampak saja nama arwah, kadang-kadang buatkan aku terkenangkan dia... walaupun masa perkenalan hayalah singkat.

Macammanalah dia sekarang kalau masih hidup. Macammanalah rupa dia agaknya. Macammana nasib dia sekarang (yang aku rasa pasti indah). Bila aku teringatkan seseorang biasanya memang aku akan terkenang perkara-perkara macam ini. Curious.

Apapun aku doakan yang terbaik untuk arwah. Yang telah lama tiada. Al-Fatihah.

Tuesday, April 12, 2011

Brownies Kartika Sari

Kartika Sari, berkemungkinan Bakery terbesar di Bandung


My opismet sorang ni Mek Zu bakal berangkat ke Bandung this month end. Jalan-jalan and shopping-shopping. So ingat nak lah order kat kau brownies Kartika Sari yang femes amous meletop tu. Hehee... Siap dah pesan awal-awal dah kan. Alih-alih tadi ada opismet dari department bersebelahan bawakkan brownies Kartika Sari ni. Dia baru je balik dari urusan kerja kat Bandung. 

Ini dia rupa brownies glamour tue..

Wawawaa. baru je nak pesan kat Zu dah sampai depan mata, rejeki rejeki. Emmm, dap sangat! Bau je pun dah sedap apatah lagi bila makan. Lagi la sedap. And aku saja je mulakan dialog dengan Zu, 
'tapi.. kalau dengan kek coklat aku mana lagi sedap?' 

'Ha, kek kau lagi sedap la'.

Waa Zu, u made my day la... Tsk, terharu, haha..... Dia siap boleh tanya apesal brownies ni macam kering. Ha yelah, tu bukannya moist chocolate cake, itu brownies dear! 

Ni moist chocolate cake yang aku buat awal bulan lepas. Sedappp! I loike! Haha... Bawak pergi opis sekejap je dah abis. Zu poyo siap nak order untuk E-Day dia....Can't wait to do it again. But have to wait laa... till my baking mood is coming, hahak!

Sunday, April 10, 2011

A twist of Pizza Hut

Sepanjang berada di Indonesia makanan tak menjadi masalah sangat bagi aku. Kalau setakat nasi padang takkan tak biasa makan kot… Murtabak, nasi goreng, sandwich semua tu ada kat sana… Jadi tak rasa awkward pun nak makan. Sebenarnya penentuan apa yang kami makan lebih ditentukan oleh incik abang Bujang a.k.a Jimmy si tourist guide kitorang tue... Dia akan recommend apa yang sedap dan best. And dia sangat passionate of being a tourist guide which is good. 

Tapi pada hari kedua di sana, pagi tu kitorang just gerak sendiri ke pasar yang memang dekat je dengan hotel. Woh, sangat suka suasana di situ. Rasa sangat nyaman, aman, damai, dan tak lupa sejuk gilos dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa indon itu. Disebabkan bergerak sendiri, jadi pada tengah hari tue, terpaksalah kami mencari tempat untuk makan dengan sendirinya. Tempat orang memang tak biasa la kan, nak main terjah try pun tak berapa nak berani sangat. But not to worry bout the halal food cause most of the residents at Bukit Tinggi are muslims. Alih-alih kami pilih ----> Pizza Hut. Hahak, macam lah kat mesia tak dak Pizza Hut yang ang pi jauh-jauh nak cari Pizza Hut. Tu pun kalau tak sebenarnya ada hati jugak nak try KFC yang lot kedai dia memang sebelah Pizza Hut je pun. Tapi lepas nampak Pizza Hut terus tukar plan.Heh, dasar.
 
 Berkejaran ke Pizza Hut kelaparan
 Terus melupakan KFC di sebelahnya

But to my interest, menu dia memang laen la kat kat sini compare to mesia. Gila banyak pilihan and semua pun nampak sedap nyam nyam.Pasta dia banyak betul pilihan. Besides ada jugak kek, pastu desserts dia lain sikit. Sup and salad tu sama lah macam kat mesia je... Tapi kalau part servis dia memang tip top. Mesia memang kalah la... Kalau Pizza Hut mesia kalau masuk je, meja pun kadang tu tak set up lagi, kosong je. Waiter pulak lambat gilo nak datang walaupun dah terjenguk2 and panggil for menu, cit. Dah la tu, tunggu berejam kot makanan nak sampai. Okey, tak la berejam tapi tahap tunggu  dia rasa macam berasap la jugak, huhu... 

Compare tu Indon, kau duduk je tak lama pastu seorang akan datang and was like 'Hello salam sejahtera selamat datang ke restoran kami. Nama saya Betty. Diharap anda selesa bla3. Ini menunya bla3....' Pastu sebelum dia beredar akan keluar pulak ayat 'terima kasih bla3.. nama saya Betty, jika butuh (perlukan) sesuatu sila panggil saya bla3...' Heh, rasa macam ada butler sendiri pulok. Tengok, dia akan servis kita dari mula kita masuk sampai la kita bayar bil. Siap ada skrip lagi untuk dibacakan bila datang ke meja pelanggan, heh. Memang marvelous servis dia. Makanan pun cepat je sampai. And paling penting ada surau dan juga toilet yang selesa. Tiba-tiba aku teringat kat kawan aku yang sorang neh ada satu time tu masa kitorang ramai2 makan kat Pizza Hut SACC, dia leh sound kat cashier tu supaya lenkali buat la toilet kat restoran, memudahkan pelanggan, haha.... 
 Asian Spicy Pasta, so yummy and its mine!

Di belakang tu adalah Milo Es Dinasour. Terbaekk! Kejap je aku dah abiskan my Milo Es.
 The salads...
Ini Super Supreme. Sedap. Tapau sajo...

Banana Split, the best.
 Sungguh menyelerakan betul la tengok menu ni, tak tahan..
saus tomat. terus teringat title filem saus dan kacang, haha...

Hoho, jumlah semua adalah lebih kurang Rp 260,000
lebih kureng RM90 jugak, haha, gilak ah makan, untuk 3 orang je kot.....

Tuesday, April 5, 2011

Wedding theme of the year: Purple?

Last weekend, 1-3 April yang lepas ada pameran pengantin di ruang legar PWTC. Of course la aku pergi kan, office kat atas PWTC je kot... Lagipun, hari Jumaat rehat 2 jam. Inilah aktiviti time rehat hari Jumaat kalau ada event apa-apa kat PWTC. Mesti takkan lepaskan peluang untuk join, especially yang tak payah bayar (barang free sapa tak suka woi). Aku and Mek Zu dok meronda-ronda di situ lepas kenyang lunch.

Aku perasan satu benda yang sangat obvious, kebanyakan exhibitor semuanya menggunakan props pelamin dari range colour purple. Siryes. Pegi sini, pelamin purple, pergi sana pelamin purple, tirai purple, itu purple, ini purple. Boleh kata dalam 90% jugak exhibitor yang menggunakan tema purple. Rasa macam memang diwajibkan pulak mereka-mereka ni guna purple karer. Rasa nak je tanya, ni wedding theme of the year ke? Hahak, tak terkeluar pulak soalan itu.

Macam biasalah, kalau namapun pameran pengantin akan ada banyak booth berkaitan kad jemputan, katering, pelaminan, fotografer, door gift, baju sanding and all sort of things.Ada yang menarik, ada yang so-so. Tapi banyaknya yang buat promotion larr... Like kalau booking time tu boleh dapat harga promosi bila-bila masa. Wah, tak teruja ke dengar itu? Hahah! Tak! Just lingering around je and kumpul pamphlet manyak-manyak. Eh, tak kumpul pun, dah orang sua amik je lah. Tak jual mahal punyaa...

But to say, cantek jugak bila mereka ni guna kaler purple. Nice outcome. Kebanyakannya menggunakan colour purple pekat and fuchsia. So the combination put a great outcome. Muleh tahan cantik. Tak, sebenarnya memang cantik gilos. Tak sempat nak snap banyak gambar, sikit je. (sebenarnya segan nak snap pun, haha). So kat bawah ni is the main dais showed there. Nice! 

Sunday, April 3, 2011

Ice Cream Sundae on Sunday

Ermmmmm..... Sedapnya kalau dapat makan Ice Cream Sundae, apatah lagi kalau sundae dari McD, dah lah hari ni Sunday, hahak. Adakah kena mengena? Tiba-tiba google buat main search pasal icecream sundae ni. Terus rasa mengidam. Hua hua.... Rupa-rupanya its because of the 119th anniversary of the first documented ice cream sundae. Sapa yang tak suka aiskrim memang dia rugi satu nikmat. Nikmat makan aiskrim especially bila matahari tengah terpacak kat atas kepala. Lagilah nikmat. Walaupun lepas tu mesti kena cari air kosong, hahah..
(image source: google)

Slurpp, nak aiskrim sekarang!

Okey, mari pergi ke kedai dan beli bahan buat aiskrim sundae paling sedap di dunia.

Rindu Padamu


Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu

Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada mu

p/s: rindu padamu

Saturday, April 2, 2011

I hope you'll like it.

Apekehal tengah2 malam ni tak tido lagi. Huhuh. Selalu-selalu tu dah dibuai mimpi indah dah. Jadi malam ini nak merajinkan diri melakukan sesuatu. Upload pix. Haha. Perut tengah lapar ni. Susah betul nak concentrate. Hope boleh lupakan kelaparan sebab skarang dah pukul 1 pagi gila nak makan time ni nanti mengumpul lemak pulak jadinya.. 
Okey, forget about that. Sebenarnya, nak upload pix of what I bought at Bukittinggi Indonesia last weekend. Memang best sangat pergi sana. Kalau ada peluang memang takkan lepaskan nak pergi lagi. Alhamdulillah diberikan kesempatan itu pada minggu lepas walaupun padahal mula2 nak pergi tu hanya dengan tigaperempat hati. Kihkih.

Okey, these are what I bought.

Rp 95,000. Perhaps untuk Chik. Pink karer I loike.
Rp 95,000. Birthday present for Satila. Suits her.
Rp 100,000. For Tini. Dia yang mau ini karer.
Rp 100,000. Perhaps for Kak T. Cantik ah colour combination ni.
Rp 2,000 each. Painting. For both my housemates.
Rp 130,000. Telekung ordered by Zu.
Rp 130,000. Batik print 4 meter ordered by K.Zila.

 
Rp 45,000. Tshirt untuk beliau.

 
Rp 45,000. Tshirt untuk long

Rp 45,000. Tshirt untuk ngah
Rp 45,000. Tshirt untuk adik
Rp 120,000. Telekung untuk ibuku sayang.

 
Rp 110,000. Telekung buat ibu beliau.

 
Rp 140,000. Sesuai untuk Kak Hasnah

 
Rp 140,000. Sesuai untuk ibu tersayang.

 
Rp 140,000. Sesuai untuk Mak Ndak

 
Rp 140,000. Sesuai untuk Makmah

But then.... takkan tak beli apa-apa untuk diri sendiri kan. Jadi inilah yang dibeli untuk diri sendiri:


 
Rp 140,000. Untuk diri sendiri.. =D


Rp 150,000. Blouse ala-ala kebaya warna pink. I loike!

and...
Rp 2,000 each. Painting untuk digantung dalam bilik.

.
.
.

Mencabar betul proses membeli belah di Bukittinggi... melainkan jika bawak Rp30 juta...
Hahak...
Rambang mata, pandang kiri cantik pandang kanan cantik.
Tapi bila pandang duit dalam purse...
Terpaksa pasrah dengan kecukupan wang.
Lain kali kena bawak 30 juta tahu...
-_-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...