Saturday, January 1, 2011

There you come 2011. Any prediction?

1 January 2011. Betul. Rasa pelik jap tengok date kat henset sekali lagi 01-Jan-11. Selalunya date tu macam maksudnya kena set date baru. Tapi kali ni tak. Betul dah tarikh tu. Owh... Dah masuk tahun baru dah. 
Tengok daily, monthly dengan yearly punya statistik tu kan sama tu... Jarang2 dapat melihat ini jadi siap capture lagi. Heh.

Ucapan? Resolusi? Azam? Tak nak buat boleh? Hahah. Ada ke orang heran. Tapi yang pasti aku nak mulakan dengan sesuatu yang positif. Yaaa... 

Aku ni bagus la.
Aku ni rajin la semenjak dua menjak ni.
Aku ni rupanya banyak kebolehan la.
Aku ni pandai memasak rupanya.

Apakehalnya ayat-ayat pujian di atas. Itu adalah contoh-contoh ayat positif yang boleh aku selitkan dalam minda aku bermula hari ini iaitu 1 January 2011. Takpelah kalau tak betul pun. 
Fake it until you make it
Pernah dengar itu? Ya. Itu adalah salah satu reverse psikologi jugak tu. Adeh, berjaya jugak eja psikologi. Harap betul dah. Aku rajin jugak (positive word ni) kadang2 bukak google books dan baca sikit2. Dan terjumpa tentang sesuatu seperti di atas. Sebenarnya bila dipikirkan balik sangat betul apa. Fake it seolah-olah kita betul-betul sebegitu sehingga kita make it di mana kita sudah terbiasa dengan benda yang kita fake kan itu. Contoh la macam Angelina Jolie (eh suka ati aku je, ini contoh saja lah) dia malas mandi (tak baik kau) tapi dia fake kan hakikat itu dengan setiap pagi bangun-bangun terus capai towel pergi bathroom mandi. Pastu set dalam otak - 'aku suka la mandi, baru la wangi, ewww sape yang malas mandi tu'. And dia fake kan perkara itu sampai ia betul-betul menjadi nyata. Sebabkan dia dah terbiasa mandi dan set dalam otak sebegitu, tak ke otomatik dia akan menjadi rajin? Tak ke? Tapi first thing first, dia kena jugak la merajinkan diri untuk fake kan perkara tersebut.
 source:Google
Tu contoh merepek meraban aku jerr. Tapi dalam agama Islam sendiri pun wujud psikologi  seperti ini. Aku still ingat cerita ni, tapi aku tak ingat dah orang cerita kat aku ke, aku baca ke apa. Ayat olahan aku adalah seperti berikut. Ni zaman dulu-dulu punya cerita okay. Seorang lelaki yang suka sangat dengan seorang perempuan. Tetapi perempuan ini adalah seorang muslimah yang baik. Selalu je ke masjid untuk menunaikan solat. Manakala si lelaki pulak bukan lah pengamal ajaran Islam yang tegar. Jadi disebabkan untuk mengorat si gadis, si lelaki jugak selalu datang ke masjid menunaikan solat dengan harapan mungkin dapat berjumpa dengan si gadis atau berbual atau ambil hati atau apa aje. Perkara ini berlanjutan dalam tempoh yang lama yang akhirnya membuatkan beliau dekat dengan Islam itu sendiri. Solatnya ke masjid tidak lagi fake dan beliau jugak telah melupakan hasrat utama beliau untuk mengorat si gadis. Fokus beliau beliau telah bertukar ke arah ibadah. See? Cantik kan sebegitu. Ni olahan lebih kuranglah. 
source:Google
Tengok betapa kuasa minda kita mampu mengawal segala macam benda. Err tetiba rasa macam ahli psikologist apa tah ni. Huhu. But itulah dia. Itulah itu. Kalau kita mampu kawal minda kita, kita mampu kawal apa yang kita nak. Sebab tulah pernah dengar minda separa sedar lah, mindpower lah apalah tu kan.
source:Google
Contoh lagi satu dipetik dari majalah kegemaran, Cosmopolitan yang jugak mention benda yang lebih kurang sama. Iaitu berlakon. Hah. Hah. Bukan lah suruh jadi hipokrit ke apa. But u must act to what u want to be. Not lying of who you are derr... Contoh yang dia bagi adalah aku amik contoh Angelina Jolie sekali lagi sebab memang betul Cosmopolitan amik contoh Angelina Jolie pun. Contoh yang diberi bilamana perempuan secantik beliau pun mungkin menghadapi kesukaran untuk nampak confident. Tapi dengan kuasa lakonan yang dia ada tak sape pun tau samada dia nervous atau tak. Just act confidently. There you go. Kerana kau pelakon hebat. Hehe.

Contoh kat diri aku pulak memang ada berlaku. Yup. I never thought what I think will reflect to others too.. Akhirnya orang sekeliling mula berfikir perkara yang sama yang telah difake kan oleh aku. Okey, mungkin sekarang tidak fake lagi. Who knows. But... try it and never give up. Even it takes so long. Just believe it and believe in you. You'll find the way. Okay sekarang bunyi dah macam motivator lak dah. Tak pun macam penulis lirik tengah karang lirik. Ahaha... Kalau rajin-rajin lepas ni (sebab aku kan rajin) leh la pergi google-google buku-buku informative sebegitu. Dapat gak ilmu baru.

Enough said. Mari kita mulakan 2011 dengan segalanya yang positif! Yeah! I'll achieve what I want. I'll work hard to get it. I'll learn much to be where I want to be. I will. I will. Coz I'm positive about it! Tetiba rasa ada good vibe mengalir dalam diri.
Okey, Cheoww!!

4 comments:

  1. Happy new year nenek..semoga suksess selalu..semoga tahun ni i dapat merasa nasi minyak u..teheeee..gud luck!!!

    ReplyDelete
  2. Hepi new year to u too makcik... Ahaha, amin... N moga i pun dapat anak angkat tahun ni, mari sama2 kita berusaha, hehe.....

    ReplyDelete
  3. Happy new year....semoga 2011 lebih better than last year..caiyok..

    ReplyDelete
  4. hai Fiza... Hapi new year kat ko jugakk... Yep, better and better.. Ko pun moga cepat tambah ahli keluarga =D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...