Thursday, January 13, 2011

Facebook bakal dihapuskan mulai Mac ini


Mark Zuckerberg iaitu pengasas facebook dah pun umumkan yang facebook akan dihapuskan mulai Mac ini. Bermula 15 Mac 2011 nanti pengguna-pengguna facebook tak boleh lah lagi nak masuk akaun facebook, termasuk aku lah tu (walaupun tak selalu sangat berada di sana). Ada la jugak dinasihatkan pada sape2 yang simpan gambar lah, video lah, notes lah hapelah kat dalam facebook tu, sila amik balik sebab kalau tak memang tak dapat tengok dah bila facebook ni dah bungkus. Maybe si Mark ni dah stress plus tension sangat lah kononnye tu menguruskan facebook.

Kat mana aku dapat maklumat ni? Oh, kat link bawah ni lah, leh tengok sendiiri kot...

Facebook memang ada user yang sangat ramai and diterima baik oleh syarikat-syarikat besar maupun kecil, dan jugak individu berpengaruh yang ingin connect dengan masyarakat. Memang satu rangkaian sosial yang mantap weh bilamana encik R di ofis dengan bangga cerita 'Saya dah jumpa balik semua kawan-kawan saya masa sekolah dulu'. Senyum puas derr..

Hmmm, persoalannya nak percaya ke tak? Tak nak percaya ke nak percaya? Hoax ke truth? Rumour ke? Propa ke? Dan sewaktu dengannya ke? Tp aku confirm ramai yang kuciwa ngan berita ni... Then marah-marah kat si Mark tuh apesal kau tutup facebook lak ha? Habis lah life aku camni, siot ah kau Mark, kalau taknak run bisnes ni sangat bagi kat aku la kalau beran... Dan membebel-bebel lah lagi para pentaksokongcadanganfacebookditutup iteww.

Betul atau tidak benda ini? Hmm, dalam otak aku ligat dok pikiaq (ligat lah konon) aku ter come up dengan beberapa persolan, heh... Aku ada sebab kenapa aku mungkin kurang percaya ngan statement tu.

Yang pertamanya,
kalau betullah sangat dia nak shut down facebook ni sampai bila-bila, apesal lah pulak dia rajin gila upgrade facebook baru-baru ni, betul? Even aku pun tak sempat nak upgrade features baru ni lagi. Contohnya kalau la aku tau aku bakal pindah ke rumah baru minggu depan, wat apa aku susah payah nak wat renovation kat rumah yang bakal aku kosongkan tu? Hmm..
Yang kedua,
ingat lagi tahun lepas, awal tahun jugak, ada rumours, macam ni la jugak, kononnya start bulan Jun 2010 semua pengguna facebook akan dicaj setiap bulan sebagai fee. Tak ingat dah berapa yang bakal dikenakan tapi cerita dia specific gila, nampak macam betul je. Semua orang pun mulalah kerut-kerut muka gundah gulana sebab kena keluarkan duit  poket setakat nak masuk facebook. Tapi... semua orang still relax je login logout sesuka ati, sampai sekarang, tak keluar sesen pun. Jadi berkemungkinan ini adalah rumour 2011 pulak. Ada betul?

Yang ketiganya,
kalau betul dia stress sangat nak handle facebook tu and other confusion things, apesal la tak jual je kat company besar macam google ke... Ye la, sure google suka kalau dia dapat facebook sebab sekarang ni rating facebook lagi tinggi dari google. Walla, berbillion kot nilai facebook ni kalau jual. Baru la masyukk gila-gila pastu dia nak wat apa ikut suka ati dia dah sebab facebook dah jual, dah tak stress, duit pun dah tak de masalah, pakcik dah kayo rayo seantero dunia, leh petik jari sesuka ati semua pun mari. Sebagai contoh, aku bina rumah atas tanah orang, but then bila nak pindah aku robohkan rumah bangalow aku tu instead of jualkan. Rasa macam bengap pun hado.

Okey, sekarang sebab-musabab kenapa statement facebook bakal ditutup tu mungkin ada betulnya. Betullah tu kot sebab kan....

Yang pertamanya,
'okey sekarang aku dah byak uang, sudah kaya-raya. Umor pun muda lagi... better aku stop facebook yang menyusahkan hidup aku ni and enjoy life again,, yeah!!!! Tapi jangan harap aku nak jual kat orang lain, aku akan sakit hati kalau tiba-tiba diorang leh jana income lebih dari aku, mana boleh maa'. Mungkin kot dia pikir begini...

Yang keduanya,
'Haish orang tu complain, orang ni complain, dah aku buat tu guna je la, banyak cekadak lak. Asyik nak handle facebook ni je 24 jam, mati kutu la aku. Harap je ada staff, tapi tak ley harap lak. Nak tutup ah camni'. Mungkin jugak kot dia pikir macam ni.

Yang ketiganya,
'Isk, rasa bersalah lak, sebab facebook aku tu, habih satu dunia kacau bilau. Hok ni bergaduh la, hok nu fitnah sana-sini la, hok yang nu dok ngutuk-ngutuk lah. Ada lak yang bercerai-berai. Pasal fb aku la tu. Tak leh jadi ni, kena tutup ni'. Mungkin la kot dia rasa camni.

Jadi, nak percaya ke tak nak percaya ke 'Lu Pikirlah Sendiri' Bangbil, pinjam ayat mu ye..

Sampai hari ni, tak sempat lagi lah nak tengok filem ' Social Network' which is based on the true story about facebook and the founder. Yang penting ada Justin, huaa, nak kena tengok ni. Dengar cerita film of the year kot... Harus la tengok.. Apa-apa layan trailer dia dulu...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...