Monday, January 10, 2011

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke 25

Hari ni, semua pun dah tau kot sape yang menang... Cane betoi ke tekaan masing2? Haha.... Tapi aku paling suka bila Hafiz menang sebab suara dia memang sedap macam gula.... Okey, jom cek para pemenang wang tunai lumayan iteww:

Persembahan terbaik
.
.
.
.
.
 Lagu Hanyut dinyanyikan oleh Faizal Tahir.. Err... Dia duk dalam kandang pastu nyanyi2 pastu aku pergi jalan sana-sini, pastu tengok2 dah nak ending lagu ni. So tak tau sangat ah apa yang best dengan persembahan dia..


Vokal terbaik
.
.
.
.
.
Tak seprais dah sebab dah cakap-cakap kat atas tadi, hoho, Hafiz membawakan lagu Noktah Cinta. Best siakk... Memang terkedu jap tengok dia bawak lagu nie, sedap!


Tempat ketiga
.
.
.
.
.
Lagu Noktah Cinta lagi. WOah, Hafiz kau kaya lah lepas ni dua kali dah menang. Wahaha! Anyway, memang best lagu ni... Very touchy2 feeling2, tambah dengan suara mantap Hafiz, berbaloi.


Tempat kedua
.
.
.
.
.
Lagu Drama King. Dah cakap dah Black mesti naik pentas nye lah amik hadiah. Memang power derr...

Okey..
Tempat pertama
.
.
.
.
.
Faizal Ttt.... 

Eh, bukan bukan
.
.
.
.
.
 ANA RAFALI lah weiii... Suka dia menang. Sebab dia kan cool2, and sweet2, and ayu2, and humble jek. Cam sesuai je kalau lelaki nak bawak dia gi jumpa mak mesti si emak berkenan kat si Ana Raffali ni kan sebab dia kan ayu2. Bila dah menang tu mula la nak tokok tambah kan, heh... Okey, memang suka pun dengan perwatakan dia ni, ayu.. Yang paling penting RM35K dia sapu sorang2 sebab dia sorang2 je buat lagu ni. Tak ke best tue... Kalau aku yang dapat 35K tu aku nak wat... emmm.... dah2 sila berhenti berangan sekarang.
 Congrats Ana! (Panggil Ana dah cam kawan2 lak, haha)

Ada tak yang mengena? Emmm.... Kalau Faizal Tahir tu, Black tu, dah leh agak dah, tapi yang tak teragak macam Hafiz and Ana Rafali la of course. Nevermind, they deserve it. The best song win, bak kata Cheryl. Tahniah pada semua pemenang yaww!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...