Thursday, January 27, 2011

Aku ada ganglion

 18Jan2011
Past few days, maybe 2 weeks kot, aku noticed ada something swelling kat pergelangan tangan aku. Which is kalau lebih tepat dibahagian atas penghubung pergelangan tangan dengan tangan. Ada gelembung kecil sebesar... emm... sebesar... lebih kurang besar biji guli jugak. Aku panik, apa lak ini? Kenapa ada? Sejak bila? Apa punca? Apa nama benda ni? Apa? Apa? Apa? Aku ok ke tak? Those kind of questions. Linger in my mind. Badan start rasa tak sedap. Bukan tak sedap macam nak demam, tapi tak sedap rasa lenguh-lenguh, separuh kebas, and then rasa denyut denyut di beberapa parts of my body.. Oh mai.. What is this? freaked out! 
tangan aku jadi sebijik lebih kurang camni

I’m… I’m… Adeh, I hope it’s not something bad. After a few delays nak pergi jumpa doktor kat kelinik Salma, aku dapat jugak pergi semalam, alang2 dah dapat pelepasan awal. Jadi singgah ke kelinik Salma dulu. Hoh, Alhamdulillah orang tak ramai. In fact, sebenarnya seorang  sahaja sebelum turn aku. Great! Aku masuk and jumpe doktor. And say hello to doktor. And… ok tak payah detail sangat. Aku tunjuk tangan aku. And she was like. ‘Oh… actually this nothing we can do. You should go to the hospital regarding this.’ ‘What is this?’ ‘This is called ganglion. It is formed when bla bla blah…’ aku pun tak grab apa yang cuba dia nak sampaikan walaupun dah lukis dua kali supaya aku paham. Apa itu ganglion? Aku kurang paham. Tapi its something to do with muscles, joint, whatsoever yang related. Takpe ah, nanti google. 

Jadi terus tanya doktor itu ini. Yang penting adalah soalan ini. ‘Merbahaya tak ganglion apetah ni?’ Doktor dengan yakin cakap. ’No, its not. Its just that...’ sambung bla bla bla… sekali lagi aku tak grab tentang penerangan dia. Tapi bila dia cakap tak merbahaya tu dah cukup bermakna bagi aku. It’s a relief. Tapi doc nasihatkan kalau dia membesar atau tak surut-surut atau aku nak buang, I should go to hospital and they will script, eh betul ke tak aku eja script macam ni, tapi doktor cakap script bunyi macam yang aku eja ni. Oh salah, rasanya yang lebih tepat adalah scrape. Ahaha. Shy--. What? They’ll scrape it? Nak kikis bunyi macam menggerunkan sahaja. And the effect of having this is itulah, rasa numb, weak… Erghhh, even when I’m typing I feel the numb on both my hand. Is it? Because of this? Takmolah pergi hospital. Aku sangat tak suka pergi hospital. Walaupun padahal masa doktor cakap should go to hospital and take surgery, mata aku macam dah bersinar-sinar. Tak tau kenapa. Rasa bongok pulak. Patut rasa terperanjat dan kecewa. Sebab kena pergi hospital. Apetah. 

Then, macam biasa, walaupun doktor kata, they can do nothing bout it, as expected, doktor akan tetap bagi ubat. Ubat untuk reduce the effect of it. Yang rasa kebas lenguh-lenguh semua tu. Tapi pagi semalam dan pagi ni sudah skip makan. Wuhuhu. Aku sudah pun google-google di internet pasal ganglion. 5 site dah cukup untuk aku paham apa itu ganglion. Summari adalah seperti ini. 
gelembung tersebut jika dilihat secara halus

tangan aku kalau di x-ray mesti nampak macam ni kot...

  • ganglion adalah gelembung yang biasa berlaku di antara tangan dan pergelangan tangan
  • terbentuk tanpa sebab yang diketahui
  • terbentuk daripada tisu yang menghubungkan otot dengan tulang
  • di dalamnya tebal, berbentuk jel, melekit, dan jernih
  • mungkin akan bertukar saiz atau boleh surut dengan sendiri
  • bukan kanser dan tidak akan merebak (Alhamdulillah)
  • mungkin menimbulkan sakit atau mungkin tidak 
  • lebih biasa berlaku pada wanita berumur 20 - 40 tahun 
  • paling biasa (70%) tumbuh kat belakang tangan (macam aku lah tu)
  • dua kaedah rawatan - tradisional atau minor surgery
  • tradisional - guna jarum atau aspirin atau buku ^^
  • surgery - jumpa doktor ^^
Jadi apa harus aku buat? Hu.. Buat masa sekarang nak wait and see sahaja dulu, Sekian terima kasih.

Yay, aku dah takdak ganglion!
Update lepas pembedahan... [LINK]

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...