Thursday, January 27, 2011

Aku ada ganglion

 18Jan2011
Past few days, maybe 2 weeks kot, aku noticed ada something swelling kat pergelangan tangan aku. Which is kalau lebih tepat dibahagian atas penghubung pergelangan tangan dengan tangan. Ada gelembung kecil sebesar... emm... sebesar... lebih kurang besar biji guli jugak. Aku panik, apa lak ini? Kenapa ada? Sejak bila? Apa punca? Apa nama benda ni? Apa? Apa? Apa? Aku ok ke tak? Those kind of questions. Linger in my mind. Badan start rasa tak sedap. Bukan tak sedap macam nak demam, tapi tak sedap rasa lenguh-lenguh, separuh kebas, and then rasa denyut denyut di beberapa parts of my body.. Oh mai.. What is this? freaked out! 
tangan aku jadi sebijik lebih kurang camni

I’m… I’m… Adeh, I hope it’s not something bad. After a few delays nak pergi jumpa doktor kat kelinik Salma, aku dapat jugak pergi semalam, alang2 dah dapat pelepasan awal. Jadi singgah ke kelinik Salma dulu. Hoh, Alhamdulillah orang tak ramai. In fact, sebenarnya seorang  sahaja sebelum turn aku. Great! Aku masuk and jumpe doktor. And say hello to doktor. And… ok tak payah detail sangat. Aku tunjuk tangan aku. And she was like. ‘Oh… actually this nothing we can do. You should go to the hospital regarding this.’ ‘What is this?’ ‘This is called ganglion. It is formed when bla bla blah…’ aku pun tak grab apa yang cuba dia nak sampaikan walaupun dah lukis dua kali supaya aku paham. Apa itu ganglion? Aku kurang paham. Tapi its something to do with muscles, joint, whatsoever yang related. Takpe ah, nanti google. 

Jadi terus tanya doktor itu ini. Yang penting adalah soalan ini. ‘Merbahaya tak ganglion apetah ni?’ Doktor dengan yakin cakap. ’No, its not. Its just that...’ sambung bla bla bla… sekali lagi aku tak grab tentang penerangan dia. Tapi bila dia cakap tak merbahaya tu dah cukup bermakna bagi aku. It’s a relief. Tapi doc nasihatkan kalau dia membesar atau tak surut-surut atau aku nak buang, I should go to hospital and they will script, eh betul ke tak aku eja script macam ni, tapi doktor cakap script bunyi macam yang aku eja ni. Oh salah, rasanya yang lebih tepat adalah scrape. Ahaha. Shy--. What? They’ll scrape it? Nak kikis bunyi macam menggerunkan sahaja. And the effect of having this is itulah, rasa numb, weak… Erghhh, even when I’m typing I feel the numb on both my hand. Is it? Because of this? Takmolah pergi hospital. Aku sangat tak suka pergi hospital. Walaupun padahal masa doktor cakap should go to hospital and take surgery, mata aku macam dah bersinar-sinar. Tak tau kenapa. Rasa bongok pulak. Patut rasa terperanjat dan kecewa. Sebab kena pergi hospital. Apetah. 

Then, macam biasa, walaupun doktor kata, they can do nothing bout it, as expected, doktor akan tetap bagi ubat. Ubat untuk reduce the effect of it. Yang rasa kebas lenguh-lenguh semua tu. Tapi pagi semalam dan pagi ni sudah skip makan. Wuhuhu. Aku sudah pun google-google di internet pasal ganglion. 5 site dah cukup untuk aku paham apa itu ganglion. Summari adalah seperti ini. 
gelembung tersebut jika dilihat secara halus

tangan aku kalau di x-ray mesti nampak macam ni kot...

  • ganglion adalah gelembung yang biasa berlaku di antara tangan dan pergelangan tangan
  • terbentuk tanpa sebab yang diketahui
  • terbentuk daripada tisu yang menghubungkan otot dengan tulang
  • di dalamnya tebal, berbentuk jel, melekit, dan jernih
  • mungkin akan bertukar saiz atau boleh surut dengan sendiri
  • bukan kanser dan tidak akan merebak (Alhamdulillah)
  • mungkin menimbulkan sakit atau mungkin tidak 
  • lebih biasa berlaku pada wanita berumur 20 - 40 tahun 
  • paling biasa (70%) tumbuh kat belakang tangan (macam aku lah tu)
  • dua kaedah rawatan - tradisional atau minor surgery
  • tradisional - guna jarum atau aspirin atau buku ^^
  • surgery - jumpa doktor ^^
Jadi apa harus aku buat? Hu.. Buat masa sekarang nak wait and see sahaja dulu, Sekian terima kasih.

Yay, aku dah takdak ganglion!
Update lepas pembedahan... [LINK]

Tuesday, January 25, 2011

The red carpet

Movie land last few days mengingatkan aku dengan red carpet sebelum ini.

Pegang ros putih and bajet ayu
 
being usherette, jadi ada crosage di dada
sambil menanti ketibaan, sambil snap gambar lah

yang berbaju merah itu pemenang best dress, cantik dah macam pengantin
tema red carpet: red, black, gold
the usherettes
wey, mana ni tak sampai lagi. *dialog tipu*
 spot me no. 1
 
spot me no.2
spot me no. 3 (ok memang takkan jumpa)

ok, tunggu movie land pulak.

Saturday, January 15, 2011

Marah Itu Hodoh!

What is with this temper? 
Woh! Sekarang laju betul nak rasa marah-marah. Dah dapat penyakit bos ke apa ni? Ingat lagi ayat bos ke aku 'Saya ni memang cepat marah!' Hu, ye la bos. Bos tau tak, marah itu sifat hodoh. Dah la tu nanti cepat tua bos! Tapi tak la aku cakap macam tu depan bos. Alnakmampuskau! Sekarang dah tempias ke aku lak. Adeh! Aku ingat lagi Dr. Fadzillah Kamsah pesan kat aku (dan penonton lain) 'kalau marah, cuba tengok muka dekat depan cermin, lawa tak muka?' Ceh, ceh, sah lah tak lawa. Dah macam harimau kot. Jadi tak eloklah marah-marah ni. 
Kenapa marah hodoh? 
Hodohlah muka dah macam harimau. Sebab orang kata kalau senyum tu manis, kalau marah tu mestilah hodoh kan. Macam kes aku. Bila aku rasa tak best, aku akan cari comfort food. Masa lepas lunch ajak kawan-kawan singgah Cold Storage kejap pastu cari makanan berperisakan cokelat. Yang mesti beli, inilah:
siap full cream milk!
dan jugak ini:
mungkin jugak ini:

dan jugak lain-lain yang sama jenis dengannya... the more cokelat the better...
the list goes on and on...

rasa nak makan dan makan
tapi... kalau makan banyak-banyak... dan tak sihat lak tuh...
mungkin akan menyebabkan ini:
.
.
.
.
.

oh! oh! oh!
dan ini....
.
.
.
.
.


ah! ah! ah! (jerawat lah konon tu)
OH! tak ke ?????
takmo, takmo, takmo......
Oleh itu, jangan marah-marah..
banyakkan sabar...
it's not worth it to get mad especially due to others... Coz... do they care? NO!
Chill!

Kan Dr. Fadzillah Kamsah dah pesan kalau rasa marah pergi amik air sembahyang. Air yang dingin lagi bagus! Sebab, marah tu kan sifat dia api, cara padamkan dia dengan air lah! Insya'Allah.

Kalau setail omputih berkata2 'life is too short to get mad' which is true what! Tak guna kau marah-marah dalam hati, ada orang lain kesah? Kalau kau marah di luar pun, mengundang ketaksenangan sahaja. Which is... Which is... not healthy aah!

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa seorang lelaki berkata: "Ya Rasulullah, suruhlah aku mengerjakan suatu amal dan aku lakukan sedikit."
Baginda bersabda: "Jangan marah."
Kemudian orang itu berkata lagi.
Maka Nabi SAW bersabda: "Jangan marah."
Dari Ibnu Mas'ud, Nabi SAW bersabda: "Apakah orang yang kuat itu menurut kalian?"

Kami menjawab: "Orang yang tidak dapat dijatuhkan oleh orang lain diwaktu bergelut."
Nabi SAW menjawab: "Bukan begitu, tetapi orang yang dapat mengusai dirinya diwaktu marah."
Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seseorang marah, melainkan ia mendekati jahanam."

(kredit:ore-kampung.blogspot.com)

dan jangan lupa, sifat marah itu datangnya dari syaitan!

renung-renungkan, dan selamat beramal! eh, tiba2. Sory, pinjam ayat ustaz!

Thursday, January 13, 2011

Facebook bakal dihapuskan mulai Mac ini


Mark Zuckerberg iaitu pengasas facebook dah pun umumkan yang facebook akan dihapuskan mulai Mac ini. Bermula 15 Mac 2011 nanti pengguna-pengguna facebook tak boleh lah lagi nak masuk akaun facebook, termasuk aku lah tu (walaupun tak selalu sangat berada di sana). Ada la jugak dinasihatkan pada sape2 yang simpan gambar lah, video lah, notes lah hapelah kat dalam facebook tu, sila amik balik sebab kalau tak memang tak dapat tengok dah bila facebook ni dah bungkus. Maybe si Mark ni dah stress plus tension sangat lah kononnye tu menguruskan facebook.

Kat mana aku dapat maklumat ni? Oh, kat link bawah ni lah, leh tengok sendiiri kot...

Facebook memang ada user yang sangat ramai and diterima baik oleh syarikat-syarikat besar maupun kecil, dan jugak individu berpengaruh yang ingin connect dengan masyarakat. Memang satu rangkaian sosial yang mantap weh bilamana encik R di ofis dengan bangga cerita 'Saya dah jumpa balik semua kawan-kawan saya masa sekolah dulu'. Senyum puas derr..

Hmmm, persoalannya nak percaya ke tak? Tak nak percaya ke nak percaya? Hoax ke truth? Rumour ke? Propa ke? Dan sewaktu dengannya ke? Tp aku confirm ramai yang kuciwa ngan berita ni... Then marah-marah kat si Mark tuh apesal kau tutup facebook lak ha? Habis lah life aku camni, siot ah kau Mark, kalau taknak run bisnes ni sangat bagi kat aku la kalau beran... Dan membebel-bebel lah lagi para pentaksokongcadanganfacebookditutup iteww.

Betul atau tidak benda ini? Hmm, dalam otak aku ligat dok pikiaq (ligat lah konon) aku ter come up dengan beberapa persolan, heh... Aku ada sebab kenapa aku mungkin kurang percaya ngan statement tu.

Yang pertamanya,
kalau betullah sangat dia nak shut down facebook ni sampai bila-bila, apesal lah pulak dia rajin gila upgrade facebook baru-baru ni, betul? Even aku pun tak sempat nak upgrade features baru ni lagi. Contohnya kalau la aku tau aku bakal pindah ke rumah baru minggu depan, wat apa aku susah payah nak wat renovation kat rumah yang bakal aku kosongkan tu? Hmm..
Yang kedua,
ingat lagi tahun lepas, awal tahun jugak, ada rumours, macam ni la jugak, kononnya start bulan Jun 2010 semua pengguna facebook akan dicaj setiap bulan sebagai fee. Tak ingat dah berapa yang bakal dikenakan tapi cerita dia specific gila, nampak macam betul je. Semua orang pun mulalah kerut-kerut muka gundah gulana sebab kena keluarkan duit  poket setakat nak masuk facebook. Tapi... semua orang still relax je login logout sesuka ati, sampai sekarang, tak keluar sesen pun. Jadi berkemungkinan ini adalah rumour 2011 pulak. Ada betul?

Yang ketiganya,
kalau betul dia stress sangat nak handle facebook tu and other confusion things, apesal la tak jual je kat company besar macam google ke... Ye la, sure google suka kalau dia dapat facebook sebab sekarang ni rating facebook lagi tinggi dari google. Walla, berbillion kot nilai facebook ni kalau jual. Baru la masyukk gila-gila pastu dia nak wat apa ikut suka ati dia dah sebab facebook dah jual, dah tak stress, duit pun dah tak de masalah, pakcik dah kayo rayo seantero dunia, leh petik jari sesuka ati semua pun mari. Sebagai contoh, aku bina rumah atas tanah orang, but then bila nak pindah aku robohkan rumah bangalow aku tu instead of jualkan. Rasa macam bengap pun hado.

Okey, sekarang sebab-musabab kenapa statement facebook bakal ditutup tu mungkin ada betulnya. Betullah tu kot sebab kan....

Yang pertamanya,
'okey sekarang aku dah byak uang, sudah kaya-raya. Umor pun muda lagi... better aku stop facebook yang menyusahkan hidup aku ni and enjoy life again,, yeah!!!! Tapi jangan harap aku nak jual kat orang lain, aku akan sakit hati kalau tiba-tiba diorang leh jana income lebih dari aku, mana boleh maa'. Mungkin kot dia pikir begini...

Yang keduanya,
'Haish orang tu complain, orang ni complain, dah aku buat tu guna je la, banyak cekadak lak. Asyik nak handle facebook ni je 24 jam, mati kutu la aku. Harap je ada staff, tapi tak ley harap lak. Nak tutup ah camni'. Mungkin jugak kot dia pikir macam ni.

Yang ketiganya,
'Isk, rasa bersalah lak, sebab facebook aku tu, habih satu dunia kacau bilau. Hok ni bergaduh la, hok nu fitnah sana-sini la, hok yang nu dok ngutuk-ngutuk lah. Ada lak yang bercerai-berai. Pasal fb aku la tu. Tak leh jadi ni, kena tutup ni'. Mungkin la kot dia rasa camni.

Jadi, nak percaya ke tak nak percaya ke 'Lu Pikirlah Sendiri' Bangbil, pinjam ayat mu ye..

Sampai hari ni, tak sempat lagi lah nak tengok filem ' Social Network' which is based on the true story about facebook and the founder. Yang penting ada Justin, huaa, nak kena tengok ni. Dengar cerita film of the year kot... Harus la tengok.. Apa-apa layan trailer dia dulu...


Tuesday, January 11, 2011

Dream of him singing this.

Indah sungguh lagu ini:

Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying

She's so beautiful
And I tell her every day

Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don't see what I see

But every time she asks me do I look okay
I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Her nails, her nails
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy

She's so beautiful

And I tell her every day

Oh you know, you know, you know
Id never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same

So don't even bother asking
If you look okay
You know I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

The way you are
The way you are
Girl you're amazing
Just the way you are

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are
:
:
:
Wishing of him singing this for me, ahaha, gediks mode.
will ya? -_^

Monday, January 10, 2011

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke 25

Hari ni, semua pun dah tau kot sape yang menang... Cane betoi ke tekaan masing2? Haha.... Tapi aku paling suka bila Hafiz menang sebab suara dia memang sedap macam gula.... Okey, jom cek para pemenang wang tunai lumayan iteww:

Persembahan terbaik
.
.
.
.
.
 Lagu Hanyut dinyanyikan oleh Faizal Tahir.. Err... Dia duk dalam kandang pastu nyanyi2 pastu aku pergi jalan sana-sini, pastu tengok2 dah nak ending lagu ni. So tak tau sangat ah apa yang best dengan persembahan dia..


Vokal terbaik
.
.
.
.
.
Tak seprais dah sebab dah cakap-cakap kat atas tadi, hoho, Hafiz membawakan lagu Noktah Cinta. Best siakk... Memang terkedu jap tengok dia bawak lagu nie, sedap!


Tempat ketiga
.
.
.
.
.
Lagu Noktah Cinta lagi. WOah, Hafiz kau kaya lah lepas ni dua kali dah menang. Wahaha! Anyway, memang best lagu ni... Very touchy2 feeling2, tambah dengan suara mantap Hafiz, berbaloi.


Tempat kedua
.
.
.
.
.
Lagu Drama King. Dah cakap dah Black mesti naik pentas nye lah amik hadiah. Memang power derr...

Okey..
Tempat pertama
.
.
.
.
.
Faizal Ttt.... 

Eh, bukan bukan
.
.
.
.
.
 ANA RAFALI lah weiii... Suka dia menang. Sebab dia kan cool2, and sweet2, and ayu2, and humble jek. Cam sesuai je kalau lelaki nak bawak dia gi jumpa mak mesti si emak berkenan kat si Ana Raffali ni kan sebab dia kan ayu2. Bila dah menang tu mula la nak tokok tambah kan, heh... Okey, memang suka pun dengan perwatakan dia ni, ayu.. Yang paling penting RM35K dia sapu sorang2 sebab dia sorang2 je buat lagu ni. Tak ke best tue... Kalau aku yang dapat 35K tu aku nak wat... emmm.... dah2 sila berhenti berangan sekarang.
 Congrats Ana! (Panggil Ana dah cam kawan2 lak, haha)

Ada tak yang mengena? Emmm.... Kalau Faizal Tahir tu, Black tu, dah leh agak dah, tapi yang tak teragak macam Hafiz and Ana Rafali la of course. Nevermind, they deserve it. The best song win, bak kata Cheryl. Tahniah pada semua pemenang yaww!

Sunday, January 9, 2011

Juara Lagu 2011, siapa menang?

Oh, Oh! Kejap je lagi Anugerah Juara Lagu yang ke 25 akan bermula. Cek popcorn! tak ada... Cek air coke! Tak ada.. Hmm... Cek french fries! Tak ada... Hoh, macam ni makan roti ajelah sambil tengok Anugerah Juara Lagu....

Sekarang semua orang, tak lah semua orang kot, tapi sesiapa yang minat dengan muzik for sure tidak sabau nak tengok Anugerah Juara Lagu yang bakal berlangsung malam ini...  Tak lebih dari dua jam dari saat aku mentulis ini. Nama-nama macam, Faizal Tahir, Yuna, Ana Rafali, Black, Hafiz, Stacy and a few more lists sure sure akan menggempakkan lagi anugerah ni. Wah. Tak sabar kan. Ye, tak sabar nak tau sapa menang. So, entry ni saja-saja nak flashback balik anugerah juara lagu dulu-dulu. Dan yang ni rasanya the most memorable moment yang kalau pasal anugerah juara lagu dulu-dulu je orang akan ingat ini.


1. Ramlah Ram dengan bentuk hati di bahagian depan bajunya.
Lagu: Kau kunci cintaku di dalam hatimu

2. Aishah dengan beg besar sebagai prop
Lagu: Janji manismu
 

3. Dan yang ini persembahan mantap dari Search
Lagu: Isabella
 
So evergreen kan...
Banyak lagi sebenarnya tapi 3 ni cukuplah.... 
.
.
.
Oleh kerana Aizat tak ada, aku taktau nak support sapelah....

Senarai Finalis AJL25:
  1. Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
  2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
  3. Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
  4. Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
  5. Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
  6. Cinta Sempurna – Yuna
  7. Pelita – Loque/Loque/A.P.I
  8. Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
  9. Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
  10. Mencari Konklusi – Noh/Noh/Hujan
  11. Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
  12. Ekstravaganza – Sam/Bunkface
  13. Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
  14. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
source: budiey.com
Baiklah, aku putuskan untuk support Black dengan Sofea Jane. Hope dia stand out malam ini.
Chow!

Saturday, January 1, 2011

There you come 2011. Any prediction?

1 January 2011. Betul. Rasa pelik jap tengok date kat henset sekali lagi 01-Jan-11. Selalunya date tu macam maksudnya kena set date baru. Tapi kali ni tak. Betul dah tarikh tu. Owh... Dah masuk tahun baru dah. 
Tengok daily, monthly dengan yearly punya statistik tu kan sama tu... Jarang2 dapat melihat ini jadi siap capture lagi. Heh.

Ucapan? Resolusi? Azam? Tak nak buat boleh? Hahah. Ada ke orang heran. Tapi yang pasti aku nak mulakan dengan sesuatu yang positif. Yaaa... 

Aku ni bagus la.
Aku ni rajin la semenjak dua menjak ni.
Aku ni rupanya banyak kebolehan la.
Aku ni pandai memasak rupanya.

Apakehalnya ayat-ayat pujian di atas. Itu adalah contoh-contoh ayat positif yang boleh aku selitkan dalam minda aku bermula hari ini iaitu 1 January 2011. Takpelah kalau tak betul pun. 
Fake it until you make it
Pernah dengar itu? Ya. Itu adalah salah satu reverse psikologi jugak tu. Adeh, berjaya jugak eja psikologi. Harap betul dah. Aku rajin jugak (positive word ni) kadang2 bukak google books dan baca sikit2. Dan terjumpa tentang sesuatu seperti di atas. Sebenarnya bila dipikirkan balik sangat betul apa. Fake it seolah-olah kita betul-betul sebegitu sehingga kita make it di mana kita sudah terbiasa dengan benda yang kita fake kan itu. Contoh la macam Angelina Jolie (eh suka ati aku je, ini contoh saja lah) dia malas mandi (tak baik kau) tapi dia fake kan hakikat itu dengan setiap pagi bangun-bangun terus capai towel pergi bathroom mandi. Pastu set dalam otak - 'aku suka la mandi, baru la wangi, ewww sape yang malas mandi tu'. And dia fake kan perkara itu sampai ia betul-betul menjadi nyata. Sebabkan dia dah terbiasa mandi dan set dalam otak sebegitu, tak ke otomatik dia akan menjadi rajin? Tak ke? Tapi first thing first, dia kena jugak la merajinkan diri untuk fake kan perkara tersebut.
 source:Google
Tu contoh merepek meraban aku jerr. Tapi dalam agama Islam sendiri pun wujud psikologi  seperti ini. Aku still ingat cerita ni, tapi aku tak ingat dah orang cerita kat aku ke, aku baca ke apa. Ayat olahan aku adalah seperti berikut. Ni zaman dulu-dulu punya cerita okay. Seorang lelaki yang suka sangat dengan seorang perempuan. Tetapi perempuan ini adalah seorang muslimah yang baik. Selalu je ke masjid untuk menunaikan solat. Manakala si lelaki pulak bukan lah pengamal ajaran Islam yang tegar. Jadi disebabkan untuk mengorat si gadis, si lelaki jugak selalu datang ke masjid menunaikan solat dengan harapan mungkin dapat berjumpa dengan si gadis atau berbual atau ambil hati atau apa aje. Perkara ini berlanjutan dalam tempoh yang lama yang akhirnya membuatkan beliau dekat dengan Islam itu sendiri. Solatnya ke masjid tidak lagi fake dan beliau jugak telah melupakan hasrat utama beliau untuk mengorat si gadis. Fokus beliau beliau telah bertukar ke arah ibadah. See? Cantik kan sebegitu. Ni olahan lebih kuranglah. 
source:Google
Tengok betapa kuasa minda kita mampu mengawal segala macam benda. Err tetiba rasa macam ahli psikologist apa tah ni. Huhu. But itulah dia. Itulah itu. Kalau kita mampu kawal minda kita, kita mampu kawal apa yang kita nak. Sebab tulah pernah dengar minda separa sedar lah, mindpower lah apalah tu kan.
source:Google
Contoh lagi satu dipetik dari majalah kegemaran, Cosmopolitan yang jugak mention benda yang lebih kurang sama. Iaitu berlakon. Hah. Hah. Bukan lah suruh jadi hipokrit ke apa. But u must act to what u want to be. Not lying of who you are derr... Contoh yang dia bagi adalah aku amik contoh Angelina Jolie sekali lagi sebab memang betul Cosmopolitan amik contoh Angelina Jolie pun. Contoh yang diberi bilamana perempuan secantik beliau pun mungkin menghadapi kesukaran untuk nampak confident. Tapi dengan kuasa lakonan yang dia ada tak sape pun tau samada dia nervous atau tak. Just act confidently. There you go. Kerana kau pelakon hebat. Hehe.

Contoh kat diri aku pulak memang ada berlaku. Yup. I never thought what I think will reflect to others too.. Akhirnya orang sekeliling mula berfikir perkara yang sama yang telah difake kan oleh aku. Okey, mungkin sekarang tidak fake lagi. Who knows. But... try it and never give up. Even it takes so long. Just believe it and believe in you. You'll find the way. Okay sekarang bunyi dah macam motivator lak dah. Tak pun macam penulis lirik tengah karang lirik. Ahaha... Kalau rajin-rajin lepas ni (sebab aku kan rajin) leh la pergi google-google buku-buku informative sebegitu. Dapat gak ilmu baru.

Enough said. Mari kita mulakan 2011 dengan segalanya yang positif! Yeah! I'll achieve what I want. I'll work hard to get it. I'll learn much to be where I want to be. I will. I will. Coz I'm positive about it! Tetiba rasa ada good vibe mengalir dalam diri.
Okey, Cheoww!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...