Peluang Mudah dan Ruang Luas Untuk Menikmati
KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT
KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT
- Beriman iaitu yakin penuh dengan keesaan Allah. Juga semua ayat Al-Quran serta hadis Rasulullah s.a.w. yg sahih (termasuk hadis berdarjat hasan). Mengamalkan Al-Quran dan hadis sahih meningkatkan iman.
- Ikhlas melakukan ibadat 100% kerana mencari keredhaan Allah s.w.t.. Tanpa ikhlas sia-sialah hidup ini.
- Mendapat petunjuk dari Allah S.W.T.. terutamanya melalui Al-Quran dan hadis sahih. Memahami dan mengajar Al-Quran menjadikan kita terbilang. Iman dan ilmu meninggikan darjat di dunia dan akhirat.
- Mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.. Berdoa kepadaNya tanpa sebarang perantaraan adalah ibadat terpenting. Pengabdian kepada Allah S.W.T. adalah nikmat sebenar di dunia yang fana ini. Rugikah pengabdian suci?
- Banyak berzikir mengingati dan memuji Allah S.W.T.. Dia suka dipuji dan selayaknya Pencipta petala langit dan bumi ini diingati dan dipuji selalu. Segala pujian dan kemuliaan adalah milikNya, Tuhan semesta alam.
- Bersyukur di atas nikmat Allah. Berbaik sangkalah kepada Allah dalam setiap hal justeru Allah itu Maha Baik.
- Bertakwa kepada Allah. Orang yang takut hanya kepada Allah dan tidak takut kepada selainNya mengecapi kesempurnaan nikmat. Tiada takwa tiada kemuliaan. Ia asbab penyelesaian masalah dan melimpahnya rezeki.
- Mnedirikan solat dan segala ibadat yang lain terutamanya syahadat, puasa, zakat, dan haji di Baitullah.
- Mendengar perkara-perkara baik teristimewanya yang sesuai dengan fitrah lalu diamalkan seelok mungkin.
- Mentaati dan mengamalkan undang-undang Allah S.W.T.. Islam itu mudah, sangat sesuai bagi jin dan manusia.
- Menggunakan akal secara bijak, justru Al-Quran selari dengan hadis sahih dan secocok dengan akal yang waras dan sangat sesuai dengan fitrah yang suci. al-Quran <> Hadis Sahih <> Akal Waras <> Fitrah.
- Mengutamakan dan mengamalkan sesuatu mengikut tertib yang Allah S.W.T. tetapkan, Dia Maha Mengetahui.
- Bertebaran di bumi. Keutamaan khalifah Allah S.W.T. di bumi adalah mentauhidkanNya dan menjauhi syirik.
- Merebut kurnia Allah S.W.T.. Manfaat yang dipermudahkanNya patut digarap untuk perjuangan tauhid.
- Menjauhi amalan syaitan: musuh nyata yang bertekad untuk menyesatkan jin dan manusia dengan apa cara sekalipun. Syaitan kalah kepada mereka yang beriman serta bertawakal kepa allah S.W.T..
- Bersungguh-sungguh memberatkan timbangan pahala seperti Rasulullah s.a.w., keluarga, sahabat, dan solihin.
- Jihad sedaya upaya menyebarkan agama At-Tauhid (Islam) danmeniggikan kalimah Allah S.W.T..
- Tidak kikir pada jalan Allah S.W.T.. Rezeki bertambah berkat, jiwa suci dari syirik dan dosa diampuniNya.
- Mengajak kepada kebaikan, menyuruh yang makruf, dan mencegah dari kemungkaran semampu mungkin.
- Jemaah Allah: Golongan yang sentiasa berpihak kepada Allah S.W.T. dan senantiasa memuliakanNya.
- Sabar dan mencantikkan kesabaran dalam mengatasi dugaan yang Allah S.W.T. telah janjikan. Allah S.W.T. itu cantik, suka kepada kebaikan. Rasulullah s.a.w. memiliki akhlak yang sangat agung.
- Tabah menghadapi musuh hingga akhir hayat. syahid adalah kematian yang diidamkan semua muslim.
- Taubat daripada segala dosa. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang suci dari segala kesalahan, kelemahan dan kecelakaan.
- Bersiap-sedia terhadap sebarang serangan musuh dengan perancangan dan kekuatan yang strategik.
- Menghormati, menolong dan mengikuti ulamak yang mengamalkan Al-Quran dan sunnah yang sahih. Pewaris anbiya tidak meminta upah di atas seruan tauhid dan mereka amat bertakwa kepada Allah S.W.T..
- Berbelanja untuk kebaikan diri sendiri. Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah S.W.T..
- Tidak makan riba dan harta haram seperti rasuah, sundal dll. Orang zalim hanya bertambah sesat dan rugi.
- Mencari jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.. Allah paling benci syirik (Dia dipersekutukan).
- Selalu menyucikan jiwa. Hati yang bersih, mudah memahami dan mengamalkan Quran dan Hadis sahih, sangka baik kepada Allah, segera menyebarkan Islam dan senang bersedekah demi mendamba kasih Ilahi.
- Menunaikan hak kaum kerabat terutamanya ibubapa, fakir miskin dan para musafir kerana Allah S.W.T..
- Menahan pandangan, memelihara kemaluan dan menutup aurat. Elakkan sebarang bentuk fitnah.
- Berkasih sayang keran Allah S.W.T. seperti orang Ansar di Madinah dan orang Muhajirin dari Mekah dll.
No comments:
Post a Comment