Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu



as we all know, hari nie adalah hari ibu sedunia. hari seorang insan yang sangat-sangat istimewa di hati setiap orang. Selamat hari ibu, mak. banyak sangat yang mak dah buat untuk kak sedari kak lahir ke dunia ini. terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang mak pada kak. sungguh tak terbalas segala jasa mak pada kak. dan terima kasih kerana melahirkan kak ke dunia ini. kak bersyukur menjadi anak kepada mak yang sangat istimewa pada kak. mak adalah seorang yang penyabar, sentiasa tersenyum, mengambil berat, rajin, peramah, baik hati. kak sentiasa mengagumi mak dan ingin menjadi seseorang seperti mak walaupun banyak kelemahan yang kak ada. mak adalah seorang yang cantik di luar dan di dalam. bila ingat dekat mak, kadang-kadang rasa rindu dan tak sabar nak balik rumah. kadang-kadang rasa terharu bila teringat segala pengorbanan mak. mak akan sentiasa di hati kak. mak, u are the apple of my eyes. u are my the love of my life. u are everrything for me. thank you for your unconditional love. i hope i can be the best daughter to you as you are the best mother in the world for me. I love you.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...