kepada cikgu-cikgu yang aku kasihi, selamat hari guru diucapkan kepada anda semua. sesungguhnya tak terbalas jasa yang dicurahkan kepada kami anak-anak muridmu. dari sekolah rendah sampai sekolah menengah semuanya istimewa and unique in their own way. masa zaman sekolah rendah boleh still ingat kat cikgu normah, cikgu zaleha, mr. Gun, cikgu Loh, cikgu Zul (cikgu nie sweet sbb dia ajar my fav subject - music) --- ingat lagi time ramai2 nyanyi lagu bernafas dalam lumpur kat bwh pokok sambil cikgu main gitar---, cikgu Murni, cikgu Jamil, cikgu Karim, cikgu Tan (yg comeii), dan ramai lagilah... ada yang best je nak masuk kelas dia dan tak kurang jugak ada yang garang gilaks buat wa kecut perut nak masuk kelas. apapun, pendekatan cikgu berbeza2. sebagai anak murid, terima ajelah seadanya. time skul menengah pun sama jugak macam tu. yang aku ingat ustazah hidayah noor (ajar pendidikan islam), Ustazah Norlia (cum warden ---kak da), cikgu sheikh (albert einstein), cikgu kamaruddin wok (ajar add math - bnyk suka duka), cikgu zakaria (ajar BM - asyik salin note, hee), ustaz Anwar (best), dan sesungguhnya ramai lagi yang telah mengajar aku apa itu erti hidup dan mendalami ilmu Allah dari sudut Islam. banyak sangat kenangan di sekolah menengah, yelah, zaman tengah membesar. mula terbuka kepada dunia yang lebih luas berbanding ketika di bangku sekolah rendah. apapun, mereka2 ni lah yang sedikit sebanyak mencorak kehidupan aku sekarang. ya, terima kasih cikgu-cikgu. jasa anda semua amat besar padaku. ketahuilah, anda sangat istimewa.... kerana menjadi pendidik itu adalah satu tanggungjawab dan amanah yang sangat besar. dan anda telah melakukannya sebaik mungkin, terima kasih....
No comments:
Post a Comment