hari ni kawan skul menengah aku kawin daa... em, sedih berbaur gembira. sedih sbb sorang lagi kawan aku dah melangkah ke alam baru yg sedikit sebanyak menjarakkan lagi kitorang (walaupun memang dah tak pernah jupa 7 tahun, hehe), gembira sebab dia dah bertemu jodoh yang mana diizinkan Allah untuk hidup bersama. semoga mereka berbahagia hendaknya. perjalanan haritu, aku dan satila bertolak dari setiawangsa ke sana menaiki lrt. pukul 12 macam tu aku ke rumah kakak satila, dia sorang je sbb family kakaknye balik ke kampung. drop adiah hari jadi untuk dia yang ke 25 pada 23 april aritue... noting much - a soft little pink cushion. pukul 12.30 mcm tu naik lrt ke gombak dan lepas tu naik teksi ke rumah pengantin. sampai dalam pukul 1.00 emm, macam tak nampak orang yang dikenalli pong... huhu, orang pun macam tak ramai. masuk je, apetah lagi, tak kenal sesapa, huhu. pastu, pergi lah amik makanan and makan dekat dalam dewan tue. boleh tahan. lepas tu baru perasan fariha, ada jugak rahmah dan an, salwa, izzam, dan beberapa orang lelaki lagi kat luar. aku dah lama tak jumpa dorang2 nieh. maklumlah, ni first kenduri yang aku pergi, hehe. pastu, pas makan2 pergi lepak ngan dorang2. haha, dah lama tak jumpa ni memacam la nak sembang kan. pastu pengantin pun sampai. as usual, jiyyah lah pengapitnye. lepas agak lama lepak2 ngan rahmah dan an, barulah nampak ramai yang lain2. wardina, asiah, ruhinah, shikin ismail, ainen, idayu, huda sanif, emm ramai lagilah... habis kecoh kat tengah2 dewan tu, huhu. maklumlah, dah lama tak jumpa. sayangnya, aku plak dah nak balik sebab nak ikut an dan rahmah balik sekali. tapi kitorang ikot dorang pergi kenduri dulu kat satu tempat nie, anak ex-boss an kahwin. so, makan lagi sekali lah nampaknye... lepas tu dalam pukul 6 macam tu dah sampai setiawangsa balik, singgah jusco kejap beli barang sikit n then macam biasa lepak2 kat kwsan taman tue... best gak sambil layan Big Apple, yum, yum! hadiah dari aku dan satila aku dan tila masa makan, yum, yum! nie an dan rahmah
Sunday, May 31, 2009
Saturday, May 30, 2009
sehari sebagai auditor
Hari ni aku dan zu pergi buat audit di satu company baru. aku in charge with the grant n zu pulak in charge dengan audit report. company ni amik rumah untuk dijadikan company. memang best... mula la nak berangan ----> kalau la aku ada rumah mcm nie... nak buat tue... nak buat nie... hahaha. it's a bungalow i think. buat masa skang leh berangan je la dulu... so far audit berjalan lancar. awal2 dah dihidang nasi lemak, tapi disbbkan dah makan nasi lemak kat ofis tadi, so kitorang makan waktu tgh hari je... dalam pukul 5 dah balik ofis balik. lagipun tak banyak sgt document yg nak di cek coz audit pun dua bulan je. by the way hari nie hr last bg dak2 ptikal. erna sempat jumpa pagi td je coz bila masuk balik dia dah balik, ada hal kononnye. ayu n fira ada. n dorang ni berkemungkinan besar akan sambung untuk buat kontrak pulak lepas nie. yelah, tgh peak hour nie, keje bnyk, man power sikit. aku ni pun dah start pack nak wat keja ngan beberapa client yang sumanya URGENT. Semalam petang pulak ada buat jamuan sikit sempena dorang2 nie dah nak habis ptikal. mula2 cakap start ngemas2 kul 4.30 petang and pukul 5.30 mcm tu akan ada majlis bacaan Yassin n lepas tu makan2. tapi akhirnyeee... pukul 7 baru start berkumpul untuk makan2, tak ada pun spring cleaning n bacaan yassin... kesian kat sorang tue punyalah tak makan tgh hari sbb nak tunggu makan time nie, akhirnye pukul 7.30 baru dapat makan, hehe, dah macam puasa la pulak kan... n then ada kek SECRET RECIPI yum, yum, sempena birthday en.eddy, ehsan and khairul bulan tiga nie... CHOCOLATE FUDGE, memang sedap... lepas tu ada lagi spaghetti dan jugak bihun goreng. wah, memang sedap la perut aku kan... sampai sendat dibuatnya. lepas tu Fira bagi kek (dari SR jugak) CLASSIC CHEESE, waahh, memang sedapp okeyy. lepas nie, boleh lah try lagi. thanks Fira for the cake, memang best. korang memang best.
Sunday, May 24, 2009
cukur kepala
hari ni anak buah aku, iaitu anak kepada abang ke2 aku akan cukur kepala. buat kenduri sikit kat rumah sempena cukur kepala dia. emm, tapi malang nye aku tak dapat balik kampung, waaa...
tapi tu la, mak cakap confirm pun last minute. so, takpelah, nak wat cmana. anyway, Muhammad Ahza Daniel, semoga awak jadi seorang muslim yang baik bila besar nanti dan semoga awak akan menjadi orang yang berguna untuk agama, masyarakat dan negara. ahza yang comellll....
tapi tu la, mak cakap confirm pun last minute. so, takpelah, nak wat cmana. anyway, Muhammad Ahza Daniel, semoga awak jadi seorang muslim yang baik bila besar nanti dan semoga awak akan menjadi orang yang berguna untuk agama, masyarakat dan negara. ahza yang comellll....
Sunday, May 17, 2009
Selamat hari guru
kepada cikgu-cikgu yang aku kasihi, selamat hari guru diucapkan kepada anda semua. sesungguhnya tak terbalas jasa yang dicurahkan kepada kami anak-anak muridmu. dari sekolah rendah sampai sekolah menengah semuanya istimewa and unique in their own way. masa zaman sekolah rendah boleh still ingat kat cikgu normah, cikgu zaleha, mr. Gun, cikgu Loh, cikgu Zul (cikgu nie sweet sbb dia ajar my fav subject - music) --- ingat lagi time ramai2 nyanyi lagu bernafas dalam lumpur kat bwh pokok sambil cikgu main gitar---, cikgu Murni, cikgu Jamil, cikgu Karim, cikgu Tan (yg comeii), dan ramai lagilah... ada yang best je nak masuk kelas dia dan tak kurang jugak ada yang garang gilaks buat wa kecut perut nak masuk kelas. apapun, pendekatan cikgu berbeza2. sebagai anak murid, terima ajelah seadanya. time skul menengah pun sama jugak macam tu. yang aku ingat ustazah hidayah noor (ajar pendidikan islam), Ustazah Norlia (cum warden ---kak da), cikgu sheikh (albert einstein), cikgu kamaruddin wok (ajar add math - bnyk suka duka), cikgu zakaria (ajar BM - asyik salin note, hee), ustaz Anwar (best), dan sesungguhnya ramai lagi yang telah mengajar aku apa itu erti hidup dan mendalami ilmu Allah dari sudut Islam. banyak sangat kenangan di sekolah menengah, yelah, zaman tengah membesar. mula terbuka kepada dunia yang lebih luas berbanding ketika di bangku sekolah rendah. apapun, mereka2 ni lah yang sedikit sebanyak mencorak kehidupan aku sekarang. ya, terima kasih cikgu-cikgu. jasa anda semua amat besar padaku. ketahuilah, anda sangat istimewa.... kerana menjadi pendidik itu adalah satu tanggungjawab dan amanah yang sangat besar. dan anda telah melakukannya sebaik mungkin, terima kasih....
Monday, May 11, 2009
ofis baru
penat gile... hari nie pergi ofis memang semata-mata nak kemas barang2 jek. wah dah macam gudang je tengok kotak2 yg berlungguk kat tgh ofis, dah la ofis nie kecik je. emm, smpi terpaksa guna bhgian tangga utk emergency leave as store utk simpan document2 yg berlambak tak hingat. klako jek. pastu stat kemas2, angkat kotak, susun document, arrange meja, pasang komputer etc. yang paling penting bila tukar ofis baru ni lah peluang utk tukar meja yg lebih besar, wahaha. dapat jugak akhirnye... pastu dapat tmpt yg dekat ngan dinding n agak jarak ngan org lain. kira ada privacy utk diri sendiri la. pastu kat belakang ada rak. ni yang best nieh, mcm2 dapat even ofis lagi kecik. tapi memang agak penat sebab buat semua2 tue. dah la aircond tadak, memang panas tahap gaban. sib bek ada angin gak dr luar. tapi banyak lagi yang tak kemas sebenarnya. sambung esok la nampaknya. petang tu sempat lagi makan2 murtabak mamak n sesi taaruf untuk 3 orang student praktikal yang baru masuk. mereka ialah -----> nana, yan dan halim. dan ada jugak staf baru iaitu ihsan yang sebelum nie buat part time but skarang dah full time la... hehe, baru masuk dah kena tolong2 kemas opis plak. apa la agaknya diorang tulis kat log book, hehehe. btw,bila dah pindah ke tempat baru nie,hope dapat keje dgn lagi best dan selesa. chai yo'.
Sunday, May 10, 2009
Selamat Hari Ibu
as we all know, hari nie adalah hari ibu sedunia. hari seorang insan yang sangat-sangat istimewa di hati setiap orang. Selamat hari ibu, mak. banyak sangat yang mak dah buat untuk kak sedari kak lahir ke dunia ini. terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang mak pada kak. sungguh tak terbalas segala jasa mak pada kak. dan terima kasih kerana melahirkan kak ke dunia ini. kak bersyukur menjadi anak kepada mak yang sangat istimewa pada kak. mak adalah seorang yang penyabar, sentiasa tersenyum, mengambil berat, rajin, peramah, baik hati. kak sentiasa mengagumi mak dan ingin menjadi seseorang seperti mak walaupun banyak kelemahan yang kak ada. mak adalah seorang yang cantik di luar dan di dalam. bila ingat dekat mak, kadang-kadang rasa rindu dan tak sabar nak balik rumah. kadang-kadang rasa terharu bila teringat segala pengorbanan mak. mak akan sentiasa di hati kak. mak, u are the apple of my eyes. u are my the love of my life. u are everrything for me. thank you for your unconditional love. i hope i can be the best daughter to you as you are the best mother in the world for me. I love you.
Saturday, May 9, 2009
We're moving...
nampaknye ofis akan berpindah ke tempat baru. ke tempat yang emmmm, well, smaller. seem quite a long time jugak dgr yg d building where we're now was sold to someone else. so, memang ada ura2 yg kitorang terpaksa pindah ke tempat lain. but start since last month baru nampak yg the old owner dah pindah ke tempat lain cuma kitorang yg stay kat situ lg. katanya kitorang boleh stay kat situ sampai hujung tahun nieh. cuma kena pindah dari tingkat 2 ke tingkat 5. ooo, oklah kalau mcm tu. on 30th april tu, memang semua mcm prepared utk pindah ke 5th floor dah. alih2, kitorang kena pindah sbb rupanya new owner kata the building should be left vacant. owh, maksudnyee kitorang terpaksa berpindah n this news we get monday last week yg mana hari rabu dah kena kosongkan tmpt tue. bayangkan lah... ptg tu jgk buat urgent meeting n kat mana kitorang nak pindah? huhu, amatlah tak berapa berkenan dgn cadangan tue, sebab jln syed putra bkn senang nak pi sana kalu takde transport sendiri. pening jugak lah kepala pikir. siap ada cadangan supaya hire orang utk anta pergi balik kerja, ah sudah... asalkan bukan nek bas skul sudah, huhu. then, esoknya, pagi2 dah ada bnyk giler kotak utk packing barang2. emm, bkn sikit ye, tau2 lah accounting firm, memang sgt2 bnyk document. but then, dgr berita plak soh stop packing coz we'll moving out on thursday, not on wednesday. oh so whatever. yang penting my barang2 dah di packed. but lepas tue, dapat berita yg new owner bagi kitorang stay kat 5th floor, yes! what a relief. lagipun that floor memang cantik. rasa dah tak sabar nak pindah nieh and start affresh, hehe. n then, esoknye dan esoknye, still takde perubahan. still stay kat opis n sambung kerja cam biasa. bos pulak tak masuk ofis. alih2 hari jumaat tu dengar berita yg kitorang akan berpindah ke other building yg cheaper than the 5th floor. aku memang ada pergi tgk ofis tu masa ura2 kata kena pindah ke jln syed putra. so that, at least kalu ofis nie okay tak payah lah pindah ke sana. tapi tempatnye kecik je compared to our current office. emm, taktau la cmana nanti nak muatkan semua orang. bilik pun ada satu je tapi sangat luas. meeting room pun taktau lah cmana plaks. nak jumpa client plaks kat mana? hmm, no answer. wait n see je lah. memang ramai tak setuju sebenonye, tapi nak wat cano, bos dah buat keputusan. muktamad!! nak cut cost katanya... RM2,200 vs RM4,000. lu pikir lah sendiri. apa yg okey nye, this building lagi dkat ngan kdi mkn, bank n even UOA yg bakal siap tu pun depan opis trantangtang jek. cuma tulah, keselesaan masa bekerja.... hope everythings okey la... petang jumaat tu, memang dah packing gila2. dari document2 ke pingan mangkuk ke stok makanan. hari nie ada dalam 4 orang yang akan ke ofis utk monitor cleaning process. while the rest termasuk aku akan ke sana utk monitor process upload n unload barang plaks. huhu, hari ahad pi keje, cayalah. percayalah, terpaksa sebenarnya. terpaksa merelakan diri, wahaha. masa petang tu meeting dlm pukul 8 pun selamba dek je lari dr meeting bila ada chance, hahaha. tak patot, tak patot. tapi arrr, wa dah penat la, ngan panas lagi, terus lari n kua arr. huhu, amik je kesempatan yg ada. dlm 3,4 org gak lah yg cabut. okeh, hopefully tempat baru nie will bring something affresh, even tempat nye keciik je. aku pun taktau sampai bila kat sini lagi..... i mean with this company... sampai bila? ntahla, yg aku tau aku dah 13 bulan dah kat sini, dah melepasi tempoh matang gitu, huhu. these are some of the pix taken at our current office...would be memory of a lifetime...
Saturday, May 2, 2009
ke kota keriangan!
alang2 dah dapat tiket murah, apa lagi, pegi jelaa...kisahnye, kawanku kakaknya dapat empat tiket package outdoor theme park percuma sbb melanggan berita harian. but then dia nak jual pd kwnku nie dgn harga rm15. so, kitorang pun merancang nak ke sana. yang pergi adalah aku, kwnku, adik kwnku dan anak buah kwnku yg baru darjah satu. pukul 10.00 kitorang bertolak dari stesyen gombak naik bas. emm, sekejap je lepas setengah jam dah sampe kat tempat cable tu. wah, ni first time aku naik cable, sbb masa pergi sblum nie kitorang naik keta sampai atas je. okey, beratur sangat panjang, bila dapat naik dapat yg bhgian mengadap kebawah, aduhh, gawat2. tetiba rasa takut, huhu. gayat seh. tapi bila dah lama2 rasa okey sikit. agak lama jugak rasanya dlm cable tu. mula2 memang dapat nmpak gunung ganang n terasa betapa tingginya nak pi ke genting. tapi lepas tu dah tak berapa nampak sebab dah diliputi awan, so nampak putih je lah keliling. sampai je sana cari port untuk makan. pilih utk makan kat taman luar pada theme park. memang best lepak kat situ, tmpatnye cantik n boleh tengok ke bawah gunung. teringat masa pergi dulu ada sorang ni cakap kalau cuaca cerah memang boleh nampak kl waktu malam. tapi tau2 lah kat tempat tinggi, kabus pun tebal. sekejap cerah, sekejap putih jek keliling. kitorang makan kat pondok yg ada kat situ. aku makan nasi lemak yg ditapau kat stesyen gombak tadi n jugak ada bawak sandwic buatan sendiri. kocoh2 gak wat pepagi sblm bertolak. kesian kat adik kwnku nie, tak bape sihat n demam. even muntah2 masa dlm bas tadi. but, genting nye pasal dia sanggup gi jgk... lepas makan kitorang masuk theme park dlm pukul 1, n then aku n kwnku nak try Super Toboggan, fuh lama gak beratur maybe dalam setengah jam lebih. tapi dapat try tu best gak ar. rasa nak terpelanting je, menggelungsur kat terowong berbelit2 tu. gila ah, nak bangun pun dah terketar2 kaki, wat malu jek, huhu. pastu, disebabkan ada anak buah kwnku yg kecik lg, so kitorang ingat nak try something yg family related. so pegi la beratur nak naik monorail. ingatkan tak lama sbb monorail kan boleh naik ramai2 sekali. rupanya jauh sungguh meleset jangkaan aku. bygkan monorailnye hanya ada satu. so, everytime kena tunggu monorail tu habis pusing baru next group boleh naik. beratur punya beratur rupanya lepas sejam baru dapat naik. memang rasa hangin gak ar... ye la, bukan pape pun setakat nak naik tu n pusing2 tgk keadaan keliling je, tapi kena la tunggu punya lama. nak patah balik memang tak bleh sbb memg ramai gila bratur kat blakang, jgn harap la nak patah balik. tapi dapat la tengok3 keadan keliling theme park tu. n then coz dah tak ckp masa, kitorang gi kua utk naik kabel. huhu, sekejap gila rasanye, tak sempat nek mcm2 pun. orang sgt lah ramai giler. ni mesti gara2 cuti labour day n cuti skool. aduhai, tersalah timing la plak kan. pastu adik kwnku nak main game jap kat luar tu, then kitorang terus balik ke tmpt bas. kwn aku ada beli gambar yg di snap masa dlm kabel, rm30 tu.... takpelah utk kenangan. pastu before tunggu bas berlepas smpat gak melawat kedai2 yg kat situ. uhh, harga mknan berkali ganda la kat sini. tapi aku takde beli pape, memang keep tight la budget kan, huhu. n then bila dah dlm bas apa lagi, tetido la jwbnye. tak hingat duk pakai contact lense tu, hee.. so tu jelah alkisahnye trip aku ke genting kali ni. yup, salah timing tulah puncanya trip kali ni tak brapa berbaloi. ramai sesangat orang. kalu nak ikut trip aku sblm ni, mcm2 game kitorang dpt try. takpelah, lepas ni pi ngn officem8 plak mybe dlm hujg bln 6. can't wait to go again^^
Subscribe to:
Posts (Atom)