Monday, August 31, 2009

Salam Kemerdekaan...

Ramadhan yang menjelma buat aku tak berapa perasan dengan kedatangan Hari Kemerdekaan tanah air terchentaku nie... biar macam mana sambutannye pun, biarlah diri kita rasa bersyukur dengan kemerdekaan yang kita dah capai selama 52 tahun nie... kalu nak dikira, memang sangat baru negara kita merdeka. baru tahap atuk2 yang baru dapat cucu... terima kasih sangat-sangat pada pejuang2 kemerdekaan yang tak berputus harap untuk memerdekakan tanah air. by the way, sekarang tengah dalam proses menghabiskan buku bertajuk 'di mana bumi dipijak' . buku nie menginsafkan aku tentang perjuangan pahit getir orang dolu2 memperjuangkan tanah air, bergolak gadai, bertarung nyawa... kerana tanah air terchenta. Bermula dari perjuangan Datuk Bahaman hingga la ke Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajj, macam2 pernderitaan dah ditempuh nenek moyang kita.. dan kita hari nie leh hidup senang lenang tanpa ada rasa takut kat nun bangsa British, Belanda, Jepun, US, dah siap leh wat kawan dah... betapa pengorbanan orang dolu2 menginsafkan aku... semoga Malaysia terus aman dan makmur... Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-52 buat Malaysia.

Monday, August 24, 2009

Jangan tidur lagi...

4 PERKARA SEBELUM TIDUR
( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Sunday, August 23, 2009

Peluang... ada kah lagi?

kenapa aku selalu rasa nyesal or rasa macam betul ke apa tindakan yang aku amik tu? what if kalu aku amik tindakan sebaliknye? what will happen? is it better or worse? can i get a second chance? Duh, kenapa la aku slalu ada prasaan cenggini... wat butterfly lingering in my tummy jek, for quite some time lak tue... tak suka!!! sometimes rasa mcm kalau la leh patah balik masa, kalau la leh tukar decision, kalau la aku pikir betul2 dulu sblum wat decision... kalau la... arggh, syaitan sungguh! kalau adalah perkataan digemari syaitan, huhu. tapi semua tu memang takkan terjadi, dak kecik pun tau... as long dorang tak percaya cite 'back to the future'... tapi tulah, kuatkah aku untuk meng'fix'kan menda yang berlalu. kuatkah? beranikah? tolong aku...tanak ada butterfly nie... wat runsing kepala je... uhh, luahan tak semena-mena dari aku... Ya Allah, tolonglah hambamu ini untuk membuat keputusan yang terbaik. seorang sahabat ada nasihat supaya baca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 201 kali setiap hari selepas subuh. semoga kita dpt wat keputusan yg betul... akan kucoba, akan kucoba. aku tanak wat silap lagi...

Jom Berjaya Dunia Akhirat

Sikit masa lalu, masa naik teksi, pakcik driver nie bg aku dis artikel. and i think he doesn't mind dat i like to share it here...

Peluang Mudah dan Ruang Luas Untuk Menikmati
KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

  1. Beriman iaitu yakin penuh dengan keesaan Allah. Juga semua ayat Al-Quran serta hadis Rasulullah s.a.w. yg sahih (termasuk hadis berdarjat hasan). Mengamalkan Al-Quran dan hadis sahih meningkatkan iman.
  2. Ikhlas melakukan ibadat 100% kerana mencari keredhaan Allah s.w.t.. Tanpa ikhlas sia-sialah hidup ini.
  3. Mendapat petunjuk dari Allah S.W.T.. terutamanya melalui Al-Quran dan hadis sahih. Memahami dan mengajar Al-Quran menjadikan kita terbilang. Iman dan ilmu meninggikan darjat di dunia dan akhirat.
  4. Mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.. Berdoa kepadaNya tanpa sebarang perantaraan adalah ibadat terpenting. Pengabdian kepada Allah S.W.T. adalah nikmat sebenar di dunia yang fana ini. Rugikah pengabdian suci?
  5. Banyak berzikir mengingati dan memuji Allah S.W.T.. Dia suka dipuji dan selayaknya Pencipta petala langit dan bumi ini diingati dan dipuji selalu. Segala pujian dan kemuliaan adalah milikNya, Tuhan semesta alam.
  6. Bersyukur di atas nikmat Allah. Berbaik sangkalah kepada Allah dalam setiap hal justeru Allah itu Maha Baik.
  7. Bertakwa kepada Allah. Orang yang takut hanya kepada Allah dan tidak takut kepada selainNya mengecapi kesempurnaan nikmat. Tiada takwa tiada kemuliaan. Ia asbab penyelesaian masalah dan melimpahnya rezeki.
  8. Mnedirikan solat dan segala ibadat yang lain terutamanya syahadat, puasa, zakat, dan haji di Baitullah.
  9. Mendengar perkara-perkara baik teristimewanya yang sesuai dengan fitrah lalu diamalkan seelok mungkin.
  10. Mentaati dan mengamalkan undang-undang Allah S.W.T.. Islam itu mudah, sangat sesuai bagi jin dan manusia.
  11. Menggunakan akal secara bijak, justru Al-Quran selari dengan hadis sahih dan secocok dengan akal yang waras dan sangat sesuai dengan fitrah yang suci. al-Quran <> Hadis Sahih <> Akal Waras <> Fitrah.
  12. Mengutamakan dan mengamalkan sesuatu mengikut tertib yang Allah S.W.T. tetapkan, Dia Maha Mengetahui.
  13. Bertebaran di bumi. Keutamaan khalifah Allah S.W.T. di bumi adalah mentauhidkanNya dan menjauhi syirik.
  14. Merebut kurnia Allah S.W.T.. Manfaat yang dipermudahkanNya patut digarap untuk perjuangan tauhid.
  15. Menjauhi amalan syaitan: musuh nyata yang bertekad untuk menyesatkan jin dan manusia dengan apa cara sekalipun. Syaitan kalah kepada mereka yang beriman serta bertawakal kepa allah S.W.T..
  16. Bersungguh-sungguh memberatkan timbangan pahala seperti Rasulullah s.a.w., keluarga, sahabat, dan solihin.
  17. Jihad sedaya upaya menyebarkan agama At-Tauhid (Islam) danmeniggikan kalimah Allah S.W.T..
  18. Tidak kikir pada jalan Allah S.W.T.. Rezeki bertambah berkat, jiwa suci dari syirik dan dosa diampuniNya.
  19. Mengajak kepada kebaikan, menyuruh yang makruf, dan mencegah dari kemungkaran semampu mungkin.
  20. Jemaah Allah: Golongan yang sentiasa berpihak kepada Allah S.W.T. dan senantiasa memuliakanNya.
  21. Sabar dan mencantikkan kesabaran dalam mengatasi dugaan yang Allah S.W.T. telah janjikan. Allah S.W.T. itu cantik, suka kepada kebaikan. Rasulullah s.a.w. memiliki akhlak yang sangat agung.
  22. Tabah menghadapi musuh hingga akhir hayat. syahid adalah kematian yang diidamkan semua muslim.
  23. Taubat daripada segala dosa. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang suci dari segala kesalahan, kelemahan dan kecelakaan.
  24. Bersiap-sedia terhadap sebarang serangan musuh dengan perancangan dan kekuatan yang strategik.
  25. Menghormati, menolong dan mengikuti ulamak yang mengamalkan Al-Quran dan sunnah yang sahih. Pewaris anbiya tidak meminta upah di atas seruan tauhid dan mereka amat bertakwa kepada Allah S.W.T..
  26. Berbelanja untuk kebaikan diri sendiri. Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah S.W.T..
  27. Tidak makan riba dan harta haram seperti rasuah, sundal dll. Orang zalim hanya bertambah sesat dan rugi.
  28. Mencari jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.. Allah paling benci syirik (Dia dipersekutukan).
  29. Selalu menyucikan jiwa. Hati yang bersih, mudah memahami dan mengamalkan Quran dan Hadis sahih, sangka baik kepada Allah, segera menyebarkan Islam dan senang bersedekah demi mendamba kasih Ilahi.
  30. Menunaikan hak kaum kerabat terutamanya ibubapa, fakir miskin dan para musafir kerana Allah S.W.T..
  31. Menahan pandangan, memelihara kemaluan dan menutup aurat. Elakkan sebarang bentuk fitnah.
  32. Berkasih sayang keran Allah S.W.T. seperti orang Ansar di Madinah dan orang Muhajirin dari Mekah dll.

Salam Ramdhan

Ramadhan muncul kembali tahun 2009. semoga aku dapat mengambil keberkatan di bulan yang mulia ini dan semoga hajat aku tercapai... amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...