Sunday, May 31, 2009

Uya kahwin...

hari ni kawan skul menengah aku kawin daa... em, sedih berbaur gembira. sedih sbb sorang lagi kawan aku dah melangkah ke alam baru yg sedikit sebanyak menjarakkan lagi kitorang (walaupun memang dah tak pernah jupa 7 tahun, hehe), gembira sebab dia dah bertemu jodoh yang mana diizinkan Allah untuk hidup bersama. semoga mereka berbahagia hendaknya. perjalanan haritu, aku dan satila bertolak dari setiawangsa ke sana menaiki lrt. pukul 12 macam tu aku ke rumah kakak satila, dia sorang je sbb family kakaknye balik ke kampung. drop adiah hari jadi untuk dia yang ke 25 pada 23 april aritue... noting much - a soft little pink cushion. pukul 12.30 mcm tu naik lrt ke gombak dan lepas tu naik teksi ke rumah pengantin. sampai dalam pukul 1.00 emm, macam tak nampak orang yang dikenalli pong... huhu, orang pun macam tak ramai. masuk je, apetah lagi, tak kenal sesapa, huhu. pastu, pergi lah amik makanan and makan dekat dalam dewan tue. boleh tahan. lepas tu baru perasan fariha, ada jugak rahmah dan an, salwa, izzam, dan beberapa orang lelaki lagi kat luar. aku dah lama tak jumpa dorang2 nieh. maklumlah, ni first kenduri yang aku pergi, hehe. pastu, pas makan2 pergi lepak ngan dorang2. haha, dah lama tak jumpa ni memacam la nak sembang kan. pastu pengantin pun sampai. as usual, jiyyah lah pengapitnye. lepas agak lama lepak2 ngan rahmah dan an, barulah nampak ramai yang lain2. wardina, asiah, ruhinah, shikin ismail, ainen, idayu, huda sanif, emm ramai lagilah... habis kecoh kat tengah2 dewan tu, huhu. maklumlah, dah lama tak jumpa. sayangnya, aku plak dah nak balik sebab nak ikut an dan rahmah balik sekali. tapi kitorang ikot dorang pergi kenduri dulu kat satu tempat nie, anak ex-boss an kahwin. so, makan lagi sekali lah nampaknye... lepas tu dalam pukul 6 macam tu dah sampai setiawangsa balik, singgah jusco kejap beli barang sikit n then macam biasa lepak2 kat kwsan taman tue... best gak sambil layan Big Apple, yum, yum! hadiah dari aku dan satila aku dan tila masa makan, yum, yum! nie an dan rahmah

Saturday, May 30, 2009

sehari sebagai auditor

Hari ni aku dan zu pergi buat audit di satu company baru. aku in charge with the grant n zu pulak in charge dengan audit report. company ni amik rumah untuk dijadikan company. memang best... mula la nak berangan ----> kalau la aku ada rumah mcm nie... nak buat tue... nak buat nie... hahaha. it's a bungalow i think. buat masa skang leh berangan je la dulu... so far audit berjalan lancar. awal2 dah dihidang nasi lemak, tapi disbbkan dah makan nasi lemak kat ofis tadi, so kitorang makan waktu tgh hari je... dalam pukul 5 dah balik ofis balik. lagipun tak banyak sgt document yg nak di cek coz audit pun dua bulan je. by the way hari nie hr last bg dak2 ptikal. erna sempat jumpa pagi td je coz bila masuk balik dia dah balik, ada hal kononnye. ayu n fira ada. n dorang ni berkemungkinan besar akan sambung untuk buat kontrak pulak lepas nie. yelah, tgh peak hour nie, keje bnyk, man power sikit. aku ni pun dah start pack nak wat keja ngan beberapa client yang sumanya URGENT. Semalam petang pulak ada buat jamuan sikit sempena dorang2 nie dah nak habis ptikal. mula2 cakap start ngemas2 kul 4.30 petang and pukul 5.30 mcm tu akan ada majlis bacaan Yassin n lepas tu makan2. tapi akhirnyeee... pukul 7 baru start berkumpul untuk makan2, tak ada pun spring cleaning n bacaan yassin... kesian kat sorang tue punyalah tak makan tgh hari sbb nak tunggu makan time nie, akhirnye pukul 7.30 baru dapat makan, hehe, dah macam puasa la pulak kan... n then ada kek SECRET RECIPI yum, yum, sempena birthday en.eddy, ehsan and khairul bulan tiga nie... CHOCOLATE FUDGE, memang sedap... lepas tu ada lagi spaghetti dan jugak bihun goreng. wah, memang sedap la perut aku kan... sampai sendat dibuatnya. lepas tu Fira bagi kek (dari SR jugak) CLASSIC CHEESE, waahh, memang sedapp okeyy. lepas nie, boleh lah try lagi. thanks Fira for the cake, memang best. korang memang best.

Sunday, May 24, 2009

cukur kepala


hari ni anak buah aku, iaitu anak kepada abang ke2 aku akan cukur kepala. buat kenduri sikit kat rumah sempena cukur kepala dia. emm, tapi malang nye aku tak dapat balik kampung, waaa...
tapi tu la, mak cakap confirm pun last minute. so, takpelah, nak wat cmana. anyway, Muhammad Ahza Daniel, semoga awak jadi seorang muslim yang baik bila besar nanti dan semoga awak akan menjadi orang yang berguna untuk agama, masyarakat dan negara. ahza yang comellll....

Sunday, May 17, 2009

Selamat hari guru

kepada cikgu-cikgu yang aku kasihi, selamat hari guru diucapkan kepada anda semua. sesungguhnya tak terbalas jasa yang dicurahkan kepada kami anak-anak muridmu. dari sekolah rendah sampai sekolah menengah semuanya istimewa and unique in their own way. masa zaman sekolah rendah boleh still ingat kat cikgu normah, cikgu zaleha, mr. Gun, cikgu Loh, cikgu Zul (cikgu nie sweet sbb dia ajar my fav subject - music) --- ingat lagi time ramai2 nyanyi lagu bernafas dalam lumpur kat bwh pokok sambil cikgu main gitar---, cikgu Murni, cikgu Jamil, cikgu Karim, cikgu Tan (yg comeii), dan ramai lagilah... ada yang best je nak masuk kelas dia dan tak kurang jugak ada yang garang gilaks buat wa kecut perut nak masuk kelas. apapun, pendekatan cikgu berbeza2. sebagai anak murid, terima ajelah seadanya. time skul menengah pun sama jugak macam tu. yang aku ingat ustazah hidayah noor (ajar pendidikan islam), Ustazah Norlia (cum warden ---kak da), cikgu sheikh (albert einstein), cikgu kamaruddin wok (ajar add math - bnyk suka duka), cikgu zakaria (ajar BM - asyik salin note, hee), ustaz Anwar (best), dan sesungguhnya ramai lagi yang telah mengajar aku apa itu erti hidup dan mendalami ilmu Allah dari sudut Islam. banyak sangat kenangan di sekolah menengah, yelah, zaman tengah membesar. mula terbuka kepada dunia yang lebih luas berbanding ketika di bangku sekolah rendah. apapun, mereka2 ni lah yang sedikit sebanyak mencorak kehidupan aku sekarang. ya, terima kasih cikgu-cikgu. jasa anda semua amat besar padaku. ketahuilah, anda sangat istimewa.... kerana menjadi pendidik itu adalah satu tanggungjawab dan amanah yang sangat besar. dan anda telah melakukannya sebaik mungkin, terima kasih....

Monday, May 11, 2009

ofis baru

penat gile... hari nie pergi ofis memang semata-mata nak kemas barang2 jek. wah dah macam gudang je tengok kotak2 yg berlungguk kat tgh ofis, dah la ofis nie kecik je. emm, smpi terpaksa guna bhgian tangga utk emergency leave as store utk simpan document2 yg berlambak tak hingat. klako jek. pastu stat kemas2, angkat kotak, susun document, arrange meja, pasang komputer etc. yang paling penting bila tukar ofis baru ni lah peluang utk tukar meja yg lebih besar, wahaha. dapat jugak akhirnye... pastu dapat tmpt yg dekat ngan dinding n agak jarak ngan org lain. kira ada privacy utk diri sendiri la. pastu kat belakang ada rak. ni yang best nieh, mcm2 dapat even ofis lagi kecik. tapi memang agak penat sebab buat semua2 tue. dah la aircond tadak, memang panas tahap gaban. sib bek ada angin gak dr luar. tapi banyak lagi yang tak kemas sebenarnya. sambung esok la nampaknya. petang tu sempat lagi makan2 murtabak mamak n sesi taaruf untuk 3 orang student praktikal yang baru masuk. mereka ialah -----> nana, yan dan halim. dan ada jugak staf baru iaitu ihsan yang sebelum nie buat part time but skarang dah full time la... hehe, baru masuk dah kena tolong2 kemas opis plak. apa la agaknya diorang tulis kat log book, hehehe. btw,bila dah pindah ke tempat baru nie,hope dapat keje dgn lagi best dan selesa. chai yo'.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...