Sunday, November 18, 2012

Bakal dapat MC 2 minggu, siapa nak bagi? Doktor la..

Assalamualaikum.

Minggu lepas aku balik umah mertua. Setelah kali terakhir balik masa raya puasa itu ari.... Nak wat cano, cuti dah tak banyak.. Ni pun tinggal 2 hari jek.... Selalu tahun2 sebelum ni, siap ada lebih 5 hari lagi boleh bawak tahun depan...

Tahun ni, yang hado je la....

Sampai Jumaat malamnye, so Sabtu tu tu aku n husband ke Taiping untuk berjumpa doktor... nak bagitau bakal deliver kat situ...

Sampai kat tempat register aku blurr... nak pilih gynae mana, lelaki Melayu atau perempuan India? Yang ni aku still konpius sampai sekarang. Sebab kalau ikut naluri keperempuanan aku yang pemalu ni, of course la aku nak pilih perempuan, tapi kalau ikut keagamaan n keafdhalan tu kalau boleh aku nak la orang Islam yang sambut anak aku nanti... Biar dia selawat2 n takbir sikit masa aku nak deliver tu kan.... Arggh, aku confuse... Last2, aku menyerah diri ke Doc lelaki melayu. Dia dah agak berumur jugak... And kakak ipar pun pernah pergi cek dengan dia. Kakak ipar cakap, biasanya sape2 yg pergi deliver kat situ memang pilih doc tu.... Feedback pun okey. Aku pasrah....  --,

Pas register, tak lama tunggu dah boleh jumpa doc. Aku cerita la aku kerja KL but berhasrat nak deliver kat situ. (Ini sebenarnya hasrat husband aku, I follow...). Pastu doc ambik la details pasal aku n tanya macam2. Pastu dia cakap kalau nak deliver kat Perak kena balik at least 2 minggu awal. Dia kata peratusan orang bersalin 2 minggu awal dari tarikh jangka adalah tinggi... Hokeh, macamana ni... Cuti pun macam ada tak de je kan... Pastu aku btau doc aku ingat nak balik seminggu awal. Tu pun nak tolak maternity leave aku... Bermakna aku kena masuk kerja awal la nanti lepas deliver... Bayangkan la kalau aku kena tolak 2 minggu cuti maternily leave aku yg 60 hari tu sebelum deliver, alamatnya, elok2 lepas habis pantang aku dah kena masuk kerja, haduyai...

Memang aku ada pilihan samaada nak tolak maternity leave ataupun amik unpaid leave je... Tapi... Aku rasa sayang pulak kalau nak amik unpaid leave, huehehee...

Pastu tentiba doc cakap dia boleh bagi MC untuk 2 minggu tu... Huyeh.... Perkara yg ditunggu2... Lega... Tak yah masuk kerja awal n tak yah kena tolak gaji. Dapat extra cuti 2 minggu.... Sapa nak bagi ni? hee, lega... Nasib baik aku baru MC 2 hari je tahun ni. Tu pun sebab pergi check up... So lepas la aku nak amik MC lagi 10 hari tu.... Settle satu perkara....

Oh ye, dapat goodie bag sebelum balik.... I suka...

Intipati di dalam goodie bag tersebut....
Diapers tu boleh la aku sumbat dalam beg baby nak bawak pergi hospital nanti....

Lepas tu ke Tesco, laki aku duk pilih baju dia, aku sibuk nak tengok barang baby... haha, memang nak kena marah lagi la ni.... Nasib baik dia layan gak... Since dia kata tak payah beli dah, tunggu lepas deliver nanti baru suruh dia beli, aku tunjuk la semua benda yang aku nak suruh dia beli lepas baby keluar nanti. Dasar.... Siap cakap lepas je aku deliver, aku nak suh dia terus datang sini beli, hee... Tapi berjaya jugak la rembat sepasang baju tidur yang lubang2 tue....

Pastu balik rumah aku kejap, makan nasi tomato kakak ipar masak, n makan deroyan... Petang sikit baru balik ke rumah mertua semula. 

Hujan lebat tak hengat masa balik tu...
Pukul 9.00 mlm baru sampai rumah....

Ok, itu sahaja.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...