Friday, December 31, 2010

2010 - the journey ended here

Wat? Is this for real? 2010 dah di penghujung? Yolah, kelip-kelip tengok date kat henset, dah 31 December woi. Siap dapat cuti free lagi, tengks pada pasukan bola sepak Malaysia yang bekerja keras. Usaha keras mereka amat berbaloi-baloi. Satu rakyat Malaysia tumpang tuah bilamana dapat cuti sempena kejayaan mereka mengalahkan pasukan Indonesia. Woh, the best bila kita boleh beat mereka. Sebab kita boleh. Sebab Malaysia Boleh! (Ok dah-dah) Cuti free pulak jatuh hari Jumaat, boleh sambung sambut New Year terus. Hah. Ini membawa makna aku hanya officially masuk kerja sehari je dalam minggu ini. Isnin-Rabu = cuti sakan, tolak Annual Leave larrr. Khamis masuk kerja baca doa banyak2 sebelum ngadap bos yang bermuka gerun dan memaki hamun rakan sepejabat. Jumaat cuti free. Tak ke sehari je tu pergi kerja. Best gilak! Tapi tak best gilak bila terpaksa merajinkan diri pergi jugak ke pejabat iteww dan setelkan apa yang patut disetelkan. Masuk next week dah nak kena ngadap closing bulan 12, so its better kalau aku dapat setelkan apa yang pending terlebih dahulu. Best kerja macam ni. Tak ada gangguan orang call mintak tolong cek itu cek ini, bos pun tak call tanya macammana itu macammana ini. Kerja berjalan lancar. Errk, tiba-tiba rasa macam lari tajuk.

Okay, berbalik kepada tujuan asal. Anyway ada ke tujuan asal? Okaylah tujuan asal nak wrap-up everything dalam satu entry larr. Stated in previous entry. Cek balik cek balik. Eh, takda sapa kot yang nak pergi cek. Hahh. Okay, so nak start kat mana haa? Start dekat... dekat... Jap-jap, awal2 tahun dulu agak2 apa menda eh aku wat kalau tak pergi kerja? Pergi merayap. Kalau tak merayap? Pergi kerja. Kalau tak pergi kerja dan tak merayap? Buat menda berfaedah yang lain. Berfaedah hapa nye? Entah la baiii. Jom cekout gambar je lah senang cerita. Bawah ni adalah cerita-cerita tahun 2010 yang aku tak pernah update di sini. Jap nak godek2 folder pictures daku.

Okay dah jumpa. Ingat lagi dengan pertunjukan belon udara panas yang berlangsung kat putrajaya aritu? (Guna aritu sebab tak ingat bulan berapa)
 Tengok belon udara yang mendarat dengan steadynya... Tah2 sebab dah habis gas..
Kami pun ada ketika kejadian tunjuk-menunjuk ini tau..

Tiket untuk merasa naik atas belon itu dan berlepas ke udara sambil belon diikat supaya tak terbang tinggi sangat adalah sebanyak RM15. Memang tak banyak sangat, tapi orang yang nak naik iteww banyakkk sangat lah. Haduyai. Jadi boleh ambil2 gambar dan berposing berlatarbelakangkan belon sahajalah yang mampu. Tak mampu nak rebut-rebut beli tiket dan alih-alih tahu tiket sudah habis dijual.
Seolah-olah tiang itu bercabang tiga. Nak ambil gambar dengan belon punya pasal.
Ini gambar mari mengambil gambar bersama bubbles. Bubbles! Bubbles!
 
Selain dari pertunjukan belon takkan sah kalau tak ada aktiviti menjana income yang lain kan. Jadi ada banyak booth2 yang dibuka untuk kunjungan ramai. Antara yang still boleh ingat macam booth animals, booth motorbike, produk kesihatan, cenderamata and other stuffs. Tapi nak habaq mai Putrajaya memang panaih nu. Tak tahan aih. Panas tebakau dah rasanya.
Nampak tak helikopter kat belakang iteww.. Ya. kami baru je lepas naik heli dan bersiar-siar di udara dengan gahnya. Okay, just kidding. RM150 per pax okay kalau nak naik. Baik aku simpan duit dalam ASB diam2.
Okey dah dah jom balik. Orang ramai giloks nie. Having a fabulous day there walaupun matahari terpacak atas kepala. Banyak aktiviti-aktiviti menarik lain masa kat sini such as berpusing-pusing dalam bola lutsinar besar tu taktau apa nama dia, basikal yang kena kayuh tapi sebenarnya rendah je macam kereta go-kart tak tau apa nama dia jugak. Masuk dalam belon yang bergolek atas air dan macam2 lagi kot. Then, pergi soru dan balik. Dah tamat.

Kemudian ke folder picture yang lain pulak. Ahh ye, dah jumpa. Time to go for a vacay.. Lokasi pilihan adalah Port Dickson. Penginapan selama 3 hari 2 malam. Memang best habis gila habis best.
Ketika gambar di ambil adalah semasa dalam perjalanan ke PD, jadi singgah sekejap di Warung Cendol Leman Dawi yang femes itu untuk sejukkan tekak. Warung dia spesyel sebab cendol tu dibuat sendiri. Tak main pergi beli kat kedai bagai. Pastu siap boleh refill ikut suka hati dan air adalah free ye. Siap boleh tapau lagi kalau nak. Contoh adalah seperti gambar di atas. Leman Dawi jugak amat pentingkan kebersihan dan suka berceloteh tentang sejarah Malaysia. Pernah masuk Majalah 3 okay. Cepat pergi try cendol dia. Boleh test memori fasal fakta sejarah jugak.
Ada macam gaya takut2 je kena libas dengan ekor kuda. Huhu. Nak ambil gambar punya pasal tiba2 je jadi berani. Masa ni dekat area teluk apa ye, apa ye yang feymes itu. Haah kat situ la. Ada pasar malam kat kawasan berdekatan, jadi ambil masa round2 and snap2 and window2 shopping.
Jadinya bila malam menjelang kena makan. Bila pergi bercuti di pantai haruslah makan ikan bakar. Yuhuu. Yummy2! My favorita! Mcm2 ada.Ini hanya salah satu.
Keesokan pagi2 pukul 7 dah gerakkan semua orang. Jadi boleh mandi laut tanpa perlu berjemur. Best-best. Sebelum matahari naik kitorang yng naik dulu..

(Oh... give up sudah menunggu terlalu lama masa untuk upload gambar bersaiz besar. Jadi amiklah gambar yang telah dicompactsizekan. Huhu...)
Antara perkara-perkara yang dilaksanakan di pagi hari.
Selepas mandi manda di laut dan makan-makan, masa untuk berjalan-jalan di tepi pantai sambil buat aktiviti mari tunjuk bakat kat atas pasir putih yang cantik. Tak lupa juga jadi kanak-kanak sekejap dengan bermain tiup bubbles!
Oh ya, jangan lupa makan eskrem tepi pantai. Nikmat nie. Espesyelli jika eskrem sedap. Lepas tu snap-snap gambar, posing-posing depan pokok belakang pokok apa semua pun boleh.
Mari-mari! Mari kita menuju ke destinasi lain untuk snap-snap. Cantik tau port ni. Port yang orang-ramai-betul memancing kat tepi pantai dia. Sekali lagi tak ingat nama tempat ni. Tapi tempat yang snap-snap gambar ni baru je lepas pengantin cina snap-snap gambar. Jadi kitorang dah halau mereka. Eceh.
U guys made my day! Great weekend with ya!
Nice and cozy apartment to stay on vacation. Luvly!
 
Ok, setelah membuat lain-lain menda yang patut dibuat kini tiba masa untuk pulang. Pulang dengan hepi kerana telah ke percutian yang menarik bersama kawan-kawan. Thanks all.

Dan seterusnya kami mahu bersama lagi. Jadi kami bersiap-siap pada suatu hari menuju ke Pantai Jeram di Kuala Selangor.
Kenapa pergi Pantai Jeram? Tujuan utama sebenarnya untuk makan-makan besar seafood segar yang ada di sana. Fuh, yummy okay! Tapi sementara menunngu malam kita haruslah menunggu matahari terbenam dulu, baru muncul malam. Jadi kami membuang masa snap-snap lagi di tepi pantai indah. Sangat mendamaikan.
Sekitar pukul 4 petang. Sangat hawt bila matahari still tinggi. Tapi segalanya jadi menarik bila ada aktiviti seperti di atas. Snip snap snip snap! Our favorita! Agak mendapat perhatian kerana hanya kami sahaja yang sanggup melepak di tepi pantai ketika cuaca terik. Heh.
Sanggup mendaki bagai untuk mencipta gambar menarik tertarik kau memang dabomb.
Okay, sudah sudah. Mari kita duduk berehat pulak sambil membayangkan lauk-pauk yang telah dipilih tengah dimasak. Sekarang masa untuk sunset.
Showtime!
Setelah penat mari duduk pula. Indah kan matahari yang sudah hampir terbenam itu. Gambar sedikit kelam kerana membelakangkan matahari. 
Kami gembira sebab akhirnya matahari sudah mau terbenam. Dan kami gembira dapat menyaksikan keindahan ini. Sangat indah. Apalagi bila ada gambar bersama. Heh. Heh.
Ini sebenarnya masa yang ditunggu-tunggu. Muka pun gembira bila makanan terhidang depan mata. Syukurr! Masa untuk mam-mam nyum-nyum. The best lah! Paling penting my all time favorita iaitu ketam mesti dan wajib ada. Yeeha!

Godek-godek lagi dan jumpa folder putrajaya. Lagi bersama kawan terchenta.  Sebenarnya tujuan utama adalah untuk berbasikal di Putrajaya tetapi malang tak berbau bila cuaca tak mengizinkan kami berbuat begitu. Sesungguhnya kami akan berlagak seperti pelancong dan melawat tempat menarik di Putrajaya. Cek cek.
Bersuka ria melompat dan mengambil gambar. Hehe. Apa hon-hon! Sibuk tol lah diaworang nie.
Kali ini masih di tepi pantai. Tapi tapi... Ini adalah pantai kerikil lah. Buatan manusia. Tapi not bad ya!
Mahu ke tempat warisan apatah namanya itu tapi tutup. Kemudian ke tempat melihat apa ye pemandangan lah. Di yatch club. Wah bukan main.
Kami masih begini. Bereksperimen dengan gaya itu ni. A great moment have to say that.
Woh. Udah penat ni menguplod gambar. Jadi ini sahaja gambar di Putrajaya walaupun masih banyak di dalam folder. Sudah sudah!

Banyak sebenarnya perkara indah berlaku dan perkara-perkara ini walaupun mudah ataupun simpel tetapi meninggalkan kenangan manis buat aku. Tak banyak yang pahit ke maung ke kecuali bila ia melibatkan bos. Wahaha! Tapi seriously bila down memory lane from the beginning of the year till the end of it, it's definitely a year to remember. A lot of things happen. And I'm glad they did happen. To bring the moments into my life, my soul, my heart. I'm truthfully grateful for everything. It gives me a great moment. No, great moments actually. Thank you to family, frenz, colleagues, mates, and to all whom I care and love. Tapi kalau nak tanya ada ke tak azam 2010 yang tercapai (typical), aku pun tak ingat senarai tu. Haha. Tapi definitely ada yang tercapai, itu aku pasti. That's it 2010. Sedih ni meninggalkan kamu. Sama seperti sedih meninggalkan umur di tahun kamu. Ahaha, apakah? Yang pasti what's past is past. Its now time to step further to a brand new year which I wish could be better. 2011. How I wish! Bye 2010 and the sweet memories.
Gambar terakhir before 2010 end. Penutup tirai 2010. Nite!




 

Thursday, December 30, 2010

Cerita Tron best ke tak?

 Okay, dah dah. Tak payah nak fikir Tron ni best ke tak ke. Pergi siap-siap sekarang dan ajak sapa-sapa yang dikenali pergi beratur beli tiket for two or three or four ikut suka. Kalau nak masyuk lagi booking satu panggung terus kot, haha. Cerita ini memang sangat best. Or kalau dalam bahasa remaja, citer ni best gilerr wehhh, gilerr ahhh siottt! Nampak macam makcik-makcik nak tiru cakap orang muda ke apa, harap-harap takla.. Tapi kalau setakat nak bagi bintang-bintang ni kalau lima ke sepuluh ke aku bagi full terus.

Sebenarnya ini adalah filem sequel, filem pertama diterbitkan dalam era 80-an. Sory, aku tak tengok. Aku kecik g. Tapi aku admire macammana seseorang boleh terfikir tentang kewujudan sesuatu seperti itu di dalam dunia digital apakejadah tah. Memang terer mamat yang buat cerita nie. Tapi yang pasti kalau orang itu dari pakar bidang-bidang komputer, IT mesti sangat grab dengan cerita ni. Sebab kalau budak 5 tahun masuk for sure lah kau akan jadi mamat atau minah blurr. Sebab tulah dia dilabelkan PG13. Tapi ada jugaklah satu family ni usung anak-anak dia yang dalam lingkungan dua hingga enam tahun itu tengok cerita ni. Duduk sebelah aku lak tu. Alih-alih asyik keluar masuk hall. Konsentrasi dah kacau bilau, haiyaa!

Mana taknya dalam cerita ni makhluk berbentuk manusia dipanggil program dan user. Ada lagi cekera yang terdapat pada setiap program dan user. Cakera ni menyimpan memori-memori pemilik cakera tersebut yang boleh direview semula. Tapi semua tu dekat alam digital. Itulah alam Tron. Dimana aku nak cerita pun tak tau nak cerita macammana. Setakat nak cakap 'best gila cerita ni' boleh la. Cerita dia lebih kurang macam seorang anak (bukan yang duka nestapa) yang telah dewasa (baya aku sekarang, ceh) mencari bapak dia yang hilang 20 tahun sudah. Alih-alih dia dah termasuk ke dalam sebuah dunia digital yang dikawal oleh makhluk ciptaan ayahnya yang mana ayah dia jugak terperangkap dalam dunia tu.

Part paling paling menarik masa game cakera dan game race bike hidup atau mati. Memang gempak. Oh ya, ayah dia ni pencipta game2 yang menjadi kegilaan masa ayah dia hilang. Rupanya ayah dia dah terperangkap kat dunia ciptaan dia sendiri. Macam masuk dan hidup kat dalam cip-cip dan wire-wire kecik yang dekat dalam komputer tu kot. Hah. Ataupun dalam bahasa movie ni adalah The Grid. Paling menarik jugak sebab ada tempat ala-ala pub. Hahah. Weh. Aku tak pernah terpikir dalam komputer aku nie program-program yang aku download tengah melepak minum sambil dengar lagu rancak and joget2. Okey, just kidding.
 
Lompat macam nak terbang je terus keluar sebijik bike yang cool sebegini
Salah satu pemandangan yang wujud dekat alam Tron. Ada tak macam Penang bridge.
 
Suasana masa battle game. Semua di situ adalah program, bukan manusia ya.
 
 Quorra a.k.a pembantu Kevin Flynn iaitu ayah kepada Sam Flynn
Gaya. Mutu. Keunggulan.
 
Jom lawan baling-baling cakera. Sapa kalah dia mati!
 
Ni dia pembaling cakera hebat. Gaya. Mutu. Keunggulan jugak.
 
Bernama Gem. Si albino. Eh tak tak. Pangkat Siren. Jalan macam robot. Apakehal.
 
Pengangkutan hebat milik Quorra. Teringat kat GO-kart.
Si jahat berbaju oren. Finally defeated.

Okey, enough reviewed. Worth to watch. In fact, worth every pennies. Its a movie to watch before 2010 end. Waktu tontonan: 27.12.10, 9.45p.m, GSC MV. See ya!

Wednesday, December 22, 2010

Aku yang rajin

Sebenarnye banyak benda aku nak coret kat sini. Banyak idea jugak nak aku turunkan kat sini. Nak kata aku tak online, everyday pun aku online. Memang tahap kerajinan aku untuk mengupdate di sini bukan tahap dewa. Tak macam blog-blog yang aku selalu follow tu, selang sehari mesti post entry baru. Baru ah seronok nak stay kan. Hehe. Aku ni ada turun naik. Tentiba semangat nak berblog, tentiba plak rasa time is so precious n no time to blog. Haha. Tengok lah berapa banyak je entry aku tahun ni. Tapi aku tetap tak mengabaikan blog daku ini, tetap di hati. Cuma sekarang kena fokus pada yang lain dolu. Ada beberapa site yang perlu aku amik berat sekarang. Ceh ceh. Macam nak jaga pesakit lah pulak. Apapun, memandangkan Desember pun dah sampai dan 2010 pun dah ke kemuncaknya, aku akan wrap-up everything nanti dalam satu atau dua post je. Senang cerita. Wahaha. Pemalas punya budak. Takpe la, ni untuk aku sendiri, bukan untuk sesapa pun. By the way, semenjak semalam aku rajin pulak ikut drama Korea no Marry Me, Mary. Hero dia sama dengan hero dalam cerita He's Beautiful and heroin dia pulak sama dengan heroin masa kecik cerita Autumn in My heart. Dua-dua pun comels. Aku pun comels.  Layan pix:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...