Pagi Sabtu yang dingin. Mungkin sebab suis kipas yang berada ditahap tiga kot (baru ditukar dari tahap empat). Dingin jadinya satu bilik nie. Oh... Sampai tertidur jadik dia ketika tengah asyik nak menghabiskan 'Di Mana Bumi Dipijak' tadi. Lepas tersedar dalam keadaan yang masih statik seperti sebelum tidur, aku sambung baca sampai habis. Yeah!! Berjaya baca. Next book fair pleash.Kejap, baru terperasan sesuatu. It's not morning anymore sayang, dah tengah hari pun, haha... Sekarang tengah berkeadaan diri diselimuti mafla untuk meng'warm'kan badan. Best. Perasaan terjaga dari lelap (sempat mimpi lagi) dan menghabiskan buku yang dibaca dalam keadaan bilik yang dingin. Perasaan tenang. Mimpi aku tadi membuatkan aku nak google 'macammana nak nampak kaya'. Apakah? Okey, yang tu buat nanti-natilah. Sekadar mimpi rambang yang pelik. Ramai pun biasanya macamni kan. Mimpi benda-benda yang tak pernah terlintas di hati dan fikiran. Mimpi yang singgah sekejap sebelum kita kembali ke alam realiti. Okey, sebenarnya apa tujuan entry nih dibuat? Nampak macam still takda tujuan lagi. Merewang-rewang sahaja. Ye, tu la tujuannya. Merewang sahaja. Lama dah tak buat macam ni. Haha, update pun jarang memang la dah lama tak buat.
Okey, apa motifnye aku meletakkan gambar sedemikian kat sini. Haha. Nothing. Just, its currently my favourite series. Ketika gambar diambik, aku tengah melayan cerita ni buat kali kedua. I found something through this story. Hope others did too. Nothing related to the series title 'Gossip Girl' okey. Far from that.
Apakah ini? Apakah ini? Ye, lama gila tak pakai inai pokok. Lama dia tahap kali terakhir pakai maybe masa sekolah rendah dulu. Susah dah nak cari inai pokok ni. Eh, tak sure tak sure. Tapi ni thanx to Zu sebab bawak balik untuk aku. Nak pakaikan kat kedua-dua ibu jari kaki yang cedera akibat futsal aritu. Dua-dua kuku ibu jariku sudah buruk larr... Sudah itam disebabkan pengumpulan darah beku. Risau. Raya nanti mempunyai kuku kaki yang buruk. Malu laa. Nasib baik wujudnya stoking kat dunia ni. Tapi. The result is quite menghampakan jugak la... Lepas pakai tunjuk kat ofismet. Dia tanya 'Kenapa jadi macam tu?' Aku saja test tanya balik, 'Burukkan?'. Dengan pantas 'Haah. Eh, terus ha'ah.' Huhu, strategi tak berjaya. Petua diterima tak berhasil.
Yes! Delivery telah sampai awal bulan haritu. Tak payah lagi merunsingkan diri dengan garisan putih itu. Boleh menonton seperti biasa seperti sebelum garisan putih wujud. Suka suka. Tapi yang tak suka bila kualiti gambar tahap hodoh. Signal kurang bagus. Nampaknye, ada lagi satu misi la belum selesai. Akan selesai secepat mungkin selepas ini. Tak sabar tak sabar.
Gambar diambik dari buku seorang budak sekolah. Aku memang cepat jatuh suka dengan lukisan. Apatah lagi lukisan budak sekolah. Lukisan innocent yang dicuba sehabis baik dan sehabis comel. hehe. Lukisan ni ringkas tapi tetap comel. Ada 2 lagi lukisan gajah dan muka girl. Comel. Tapi yang ni terpilih sebab ada caption 'If I beat the world, it will be mine'.
Gambar semasa di Royale Chulan Hotel untuk majlis berbuka puasa anjuran company. Santek. Tapi... makanan tak berapa memuaskan laa... Diri ini hanya makan pasembor, dua jenis lauk yakni ayam dan daging dan jugak ABC. Diet ye... Haha, tak da makanan yang boleh meransang aku untuk melahap la kat sini. Better aku serve anak-anak yatim ini sebaik mungkin. Ye, aku terpilih untuk jadi usherette bagi delegation from Perak dan perlu menjaga kebajikan beberapa orang anak yatim sepanjang majlis berlangsung. Semoga mereka enjoy je sepanjang kat sini.
Sekadar gambar tambahan
Anyway, suka sangat dengan door gift tu. Cantik. Sapu ketiga-tiga door gift. Teehee...
(okey, tahap kelajuan kipas diturunkan kepada dua)
28.8.2010 - Ramainya orang bershopping kat Mid Valley. Sesuai la dengan tarikh tu. Gaji baru masuk kann... Tah tah bonus pun berkepuk. Sonoknya mereka mereka yang dapat bershopping....... Okey, tujuan asal ke sini adalah untuk bukak puasa. End up berbuka di Secret Recipi, my treat. Then belikan beg untuk emak. Dah, jom balik.
Esoknya sambung merewang di The Mall dan Times Square. Nampak tak tu, nampak tak. It caught my attention la. The albino. Ada show apa tah kat sini. But seriously ramai orang. Balik lah macam ini.
Interframe. Haha.
Maybe hari ni memang sejuk.
No comments:
Post a Comment