Friday, September 3, 2010

My yummy tart

Tinggal lagi 6 hari je kot nak puasa. Lepas tu dah raya. Perasaan apekah yang patut ada? Tah. Blur. Ok, tak nak pikir dalam-dalam, sekarang cuma nak cerita pasal kerajinan aku pergi belajar je. Terima kasih Zu sebab ikutkan kata hati housemate ekau yang sorang nie untuk pergi kelas. Kelas sekali bayar je, sekali kelas. Iaitu kelas membuat blueberry cheese tart, fruit tart dan egg tart. emm... Apakah motif aku nak belajar semua ni? Nak jadi pakar dalam bidang pastry supaya satu hari nanti leh jadi chef selebriti ke? eh, perlukah selebriti disitu.. ataupun mahu tunjuk skil pada bakal mak mertua bahawa dia pandai bertukang di dapur. Ataupun berangan mahu jadi bisneswoman berjaya dengan menjual tart. Sekali lagi, blur. takpelah-takpelah. Motif tak penting di sini. Yang penting outcome yang aku dapat bila turut serta dalam kelas ni. Of course la outcome dia tart2 itu, huhu.. Di bawah tu lah hasil tangan aku yang...... comel2. Puji je lah comel. Takpe je.
kiri - blueberry cheese tart, tengah - fruit tart, kanan - egg tart.
(corak adalah berciri suka hati)

Terima kasih pada mamabisya sudi ajar kami anak-anak dara yang rajin belajar nie. Zu sungguh baik hati. Walaupun diri sendiri tak makan tart, tetap pergi belajar buat tart. Ni salah aku ke? Tak ada paksaan kan Zu? Hehe...
Hasil yang telah berjaya dibawak balik ke rumah
ohh, suka gila ketiga-tiga ini.
Sedang menyimpan angan-angan (bukan ke patutnya duit?) untuk beli oven dan buat lagi

Menarik jugak kan pergi kelas memasak? Instead of jawab pergi shopping bila orang tanya kau buat apa weekend aritu, kau boleh jawab aku pergi kelas memasak. Ok, nampak macam perempuan yang tak tau masak la pulak. Takpelah. Tak nak pikir yang ini. Cuma mau pikir nak buat lagi tart2 di atas dan makan sepuas hati.
Sempat menjamu seseorang. Haha. Padan muka. Kena paksa rasa tiga2 jenis tart ini. Dipuji sedap pun terpaksa ke? tak kott.... Takpe la, yang ni pun boleh dianggap tak penting jugak. (kenapa mood sangat mendatar ni --,)
Kepada mamabisya, nanti-nanti kami datang lagi ye. Kot-kot la nak belajar wat cheese cake lak ke, cupcake lak ke. Sudi-sudi kan la turunkan ilmu. Ni saya curi satu pix dari sini ye. (minta izin tanpa bagitau --,)

ada tak macam seorang wanita yang pandai serba serbi even memasak?
Posing sebaik mungkin untuk membuktikan tart itu dibuat sendiri oleh aku.

Okeh, dah la tu. Sebelum tu, peristiwa ni berlaku sebelum Ramadhan lagi. 7 Ogos 2010. Bukan bulan puasa. Cuma aku je yang rajin nak update di bulan puasa. Yeee.. betul tu. Aku memang rajin bab update2 ni.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...