Saturday, June 13, 2009

Bayte bertunang

finally, we manage to go to Bayte's house, her engagement day. at 1 I already set to go. Azza took me with her car at my home, and then we took Ieza at PJ, near PJ Hilton coz she's working there. it's a long time jugak didn't see them. the last time i saw them perhaps during alin's engagement day last year. and now, its Bayte's engagement day. we arrive at 3.30pm, at Klang. she's beautiful in white. after the engagement we eat the dishes, a lot of kuih muih --- roti jala, pudding, lontong, kuih cara, cake, and a lot more, and so scrumptious! yum, yum! take this opportunity to wish you good luck in your relationship, Bayte. may happiness will be around us forever. then at 530pm, we're ready to go back. got a gift from them. sweet! a lovely box full of sweets and a cute cupcake. Thanks, Bayte...

yang baju hitam tue pak usu Bayte, bukan tunangnye...
hantaran dari pihak perempuan, bunga idup tue...hantaran dari pihak lelaki, nice...

Faizal & Bayte

Saturday, June 6, 2009

girls all day out

Hari ni peluang untuk kami kumpul balik 4 orang setelah beberapa bulan tak jumpa. last kitorang jumpa pun masa bulan puasa tahun lepas, 2008. tu pun tak cukup korum, rozie takde. so, harini kitorang berjumpa balik iaitu dayah, marina, rozie and aku. kitorang jadi kamceng masa part 6 degree kat UiTM Shah Alam. berjumpa ni pun sebab nak pergi kenduri azhar, kawan masa diploma kat perak and jugak degree kat shah alam. so, hari ini kitorang outing la berempat. masa kumpul semua sekali masa tu dah dalam pukul 4 lebih dekat kelana jaya, naik kereta marina. then, kitorang pun menghala ke sogo, aktiviti wajib bila berkumpul, apalagi, karaoke la kat red box ria tu. dalam tempoh tiga jam tuh, macam2 la lagu yg dipilih. walaupun aku sedar suara aku ni tak sesedap mana (sedar diri okey), tapi aku hantam jugak beberapa lagu, jat dadada, aku lebih tahu, take a bow, bleeding love, love story and etc. memang pitching out!! tapi takpe, enjoy... pastu makan la sikit2 kerepek2 yg dihidang kat luar and air honeydew dia sedap... lepas aje 3 jam menyumbangkan bakat masing2 kitorang pun heading to kampung baru pulak, jalan2 cari makan. so, ikot ajelah dorang ni masuk Restoran Chop and Steak. kalu tak silap restoran nie memang pernah masuk rancangan tu. tempat dia memang cantik. ada beberapa kapal yang diubahsuai dijadikan tempat masak dan counter cashier. landskap dia pun cantik. ada jugak ikan keli yang besar sangat. aku order grilled chicken - ikut rozie and marina, dayah pulak order mix steak (ye kot nama dia). air aku ambik barli ais je. memang sekejap je hidangan dah sampai. emm, boleh tahan la... not bad. tapi mayonnais dia tak best sangat. lepas makan-makan and chatting2 kitorang pun heading ke times square pulak untuk nengok movie. aku and rozie pilih citer hanah montanna (huhu, cam budak2 lak) while marin and dayah pulak nengok citer syurga cinta. kebetulan pulak aku and rozie dah nengok citer tue... start hannah montanna dalam pukul 9.30 and habis nak dekat pukul 11.30 kot. emm, okey la, cuma part lagu memang best. lepas tu, tunggu dayah and marina pulak sebab movie tu start lambat sikit dalam 10.15. lepas anta dayah and rozie ke kelana jaya, marin hantar aku pulak ke rumah. memang dah ngantuk2 dah masa dalam keta. antara dengar dengan tak je apa yang marin cakap. aku emm, emm kan aje. bila dah nak dekat sampai kwsan rumah baru aku segar balik, hehe. sampai rumah dalam pukul 1.15 kot, heee. nasib baik macam cerah and ada ramai jugak orang kat luar. so, tak takut sangat. so, that's it lah for the whole day. gila jenjalan, tapi memang enjoy kuar ngan korang. bukan selalu kan... hope ada masa lagi kita kuar macam ni lagi k...

Thursday, June 4, 2009

Talk the talk

Tah kenapa lately rasa malas sangat nak wat keje2 kat opis tu. aku rasa aku kena refresh balik la & do something... nanti effect plak prestasi aku. tadi sesaja teman amy, member ofis jalan2 kat klcc, emm, saja je nak ikut dia jalan2, amik angin, tenangkan fikiran, luaskan pemandangan dan sebagainye... singgah vincci, kinokuniya, n cold storage je. pastu lepak kat kfc, lama gak sampai meja sebelah dah bertukar ganti orang tiga kali dah, huhu. sembang punya sembang tak sedar pulak dah pukul 9. macam yang disembangkan, mostly pasal kerja la kan... best pulak lepak2 camni n sembang2 n luahkan perasaan, haha. yang bestnye its her treat, kui2. keje ngepau orang je aku nie. tak berniat pun, dah orang nak belanja kan... pasni ni aku pulak lah yang kene belanja dorang2 nie. ayu dah belanja cornetto walls, fira dah belanja secret recipi, zu dah belanja jambu, kak zila dah belanja mcm2, amy dah belanja kfc, aku...? emm, takpe2, malam ni akan aku fikirkan...

I'm moving on

akhirnye... keputusan yang susah sangat aku buat dah pun dibuat. akhirnye aku pilih untuk pindah ke pantai dalam n duduk bersama kakak satu ofis dengan aku n ada lagi sorang jugak ofismate. so kira kitorang bertiga adalah housemate n ofismate, heheh. emm, takpelah daripadaaku dok sorang2 kat sini n jauh pulak tu kan. ni lah masanya untuk aku move on. tapi mesti aku akan rindu the time masa aku stay kat sini. dah setahun lebih aku stay kat sini macam2 aku dah buat. so, aku ingat aku nak buat list apa yang aku nak buat sebelum masa untuk aku pindah tiba. hee are the lists:
- beli char ko tiau kat kedai atas bukit tue (mesti tbayang2 la pasni)
- masak ayam
- masak nasi waktu weekdays
- beli big apple kat jusco belakang rumah
- pergi pasar malam hari sabtu kat belakang rumah
- shopping2 n jalan2 kat jusco
- kemas rumah (tet...)

Tuesday, June 2, 2009

Syurga Cinta


Syurga cinta. Aku pun tak sangka aku akan nonton citer ni kat wayang, hehe. Yela, slalu tu aku layan komedi or action je kalo kat wayang. Alih2 citer cinta pulak. Ni pun sebab member2 opis ajak. Pernah dengar tajuk citer ni pun idak, inikan nak pergi tengok. Masa dorang2 ajak aku… syurga cinta? Tak pernah dengar pun. Tapi boleh la, layan je la… esoknye pun (hari ni) kitorang pergi nonton kat mid valley ber-enam;Fira, ayu, nana, Yan, elmi, dan aku lepas habis office hour. Citenye? Emm, not bad at all I must say. Mula2 yelah, ada pemikiran skeptical jugak la sbb filem ni terbitan Metrowealth and you know that u can’t expect more when it comes from this publisher, hoho. Bak kata orang, indah khabar dari rupa. Gazette bagai best giler, tapi bila pi nonton, hampas dan hancuss.
Tapi lucky me, Syurga Cinta idak gitu. It’s a fresh story for me, and lain dari citer melayu yang biasa kita nengok. Tapi dengar citer, movie ni ada iras2 movie indon bertajuk ‘kiamat sudah dekat’. Tah, aku pun tak sure sebab tak pernah nengok citer tue. Anyway, kredit jugak untuk pelakon-pelakon utamanya iaitu Awal Ashaari (Irham), Heliza AF5 (cikgu Shuhada), dan jugak adik Hadziq (Iqmal) dari Tom-tom Bak. Huhu, kelako gak budak nie. Dia banyak menghidupkan suasana dalam cerita nie.
Alkisahnya dalam citer ni, si Irham nieh dah kebaratan dari segi hidup sebab dah terlampau lah lamanye dia stay kat oversea. Bukan setakat dia je, makbapaknye pun rupa itu jugak. Cuma si Ikmal, anak angkat yg berumur 8 tahun nie baik sikit, yelah budak kecik lagi. So, si Irham ni pun ada kawan yg perangai lebih kurang je ngan dia cumanya diorang nie stay kat. Oleh sebab suka sangat betting. Kawan dia pun bet supaya tackle sorang pompuan pakai tudung dan bercinta selama sebuln dan lepas tu clash depan diorang dan otomatik hadiahnye adalah 5 ribu. Suma orng boleh agak la apa akan jadi. Kebetulan pulak pompuan yg di bet tu adalah cikgu kepada Ikmal, yakni adik Irham tadi, tak perpasal jek dorang jadi kamceng. Last sekali biasalah, gaduh2 sikit, salah faham, and then si lelaki dapat memujuk si perempuan. Then diorang together balik…Kredit diberikan pada Hadziq, sebab watak dia banyak menghidupkan suasana. Heliza pun okey, walaupun pertama kali berlakon. Kira citer nie adalah komedi plus keagamaan plus percintaan yang digabungkan sekali. Banyak gak pengajaran yang boleh diambil dari citer nie especially yang berkaitan dengan cinta. Paling tak boleh lupa adalah kata2 ‘jodoh ada 3 jenis’ – jodoh dari jin, jodoh dari syaitan, dan jodoh dari Allah…iaitu Syurga cinta. adelah jugak huraiannya yang lain. Emm, banyak sangat pengajarannye yang boleh kita amik. Cuma bab dalam disco tu, hmmm. Istighfar je lah bila nengok. Dasat sesangat. Macam nie ke kehidupan kat. Even it’s just lakonan tapi takut bila tengok keadaan macam tue. Terlalu liar dan bebas bagi aku untuk kita sebagai umat Islam. Hope diorang sendiri yang akan insaf bila nengok movie nie, huhu.So far since komedinye menjadi n jalan citer tak boring, skripnye pun penuh makna – 3.5 star!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...