Thursday, October 25, 2012

Check up 31 weeks - dua tempat sekali

Assalamualaikum,

Esok hari Raya Haji. Terkenang kat bos aku yang tengah ada kat Mekah skarang dengan anak dan bini dia. Terbayang betapa seronoknya dapat ke sana dan menunaikan haji. InsyaAllah, satu hari nanti giliran kami plak... Cuma tak tau la bila... Yang aku tau malam ni kami sefamily berangkat ke Langkawi. Orang beraya, kami ni pi melancong pulak, apa kess... Haha.

Hari ni aku pergi check up kat dua tempat. First aku ke KKIA Taman Pantai Indah, lepas tu ke Pantai Medical Centre (PMC) pulak. Kandungan aku dah cecah 31 minggu ++.Aku sampai KKIA lagi 10 minit pukul 8. Padahal aku bajet nak sampai pukul 7.40 macam tu. Aku tengok tak ramai orang pun. Nurse pun tak ramai macam selalu. Sekali ada akak ni kata, nurse ramai cuti, esok raya. Haah la, kenapa la aku tak terpikir benda ni. Patut la datang lambat sket pun aku dapat giliran no. 2, selalu tu kalau datang time2 ni dah giliran no. 8 macam tu dah... Hai, nasib baik tak keluar awal sangat tadi.

Macam biasa sebelum check up, cek dulu bp, hb, berat dan air kencing. Air kencing aku dah bawak siap2 dari rumah. Nurse tu memang ada bagi bekas utk isi air kencing tu. Result air kencing setakat ni memang ok je. Cek bp, pun sentiasa ok. Hari ni bacaan bp aku 117/68, kira normal. Berat aku 65.8 kg. Naik 0.8kg dalam masa 2 minggu. Kira okey sebab tak lebih dari 1kg. Result yang sebelum ni naik 1.4kg dalam masa 2 minggu, hahaa... Apa la yang aku makan tu... Result hb ni yang paling aku suka. Selalu tu bacaan mesti bawah 11. Sekali je dapat bacaan 11.5. Lepas tu turun. 10.8, 10.5, 10.9.... Tapi hari ni result dia 11.6, tak sangka aku. Sebelum sampai KK tu memang aku doa mintak bacaan hb aku ok, n semua result ok. Alhamdulillah, terkejut dengan result hb aku sendiri. Aku pun tak tau macammana boleh jadi ok, padahal aku still kurang makan sayur. Cuma semalam ada la aku makan kerang waktu pagi n buah mangga waktu malam. Susu pulak aku minum 2 kali malam tu. Satu susu tepung Anmum, satu lagi susu kotak Anlene perisa vanilla yang sedap tuhh... Tapi aku tak tau la kalau2 ini membantu hb aku naik. Apapun, syukur.... N then nurse cek baby, baby ok, Alhamdulillah. Heart beat ok, kedudukan baby ok, kedudukan uri pun ok, air ketuban pun ok. Harap kekal macam ni sampai tiba masanya.....

Pastu patutnya aku kena jumpa doktor untuk cek bsp aku. Tapi nurse tu pergi refer dulu ke doktor. Maybe sebab result bsp aku ok, so aku tak payah jumpa pun doktor. Cuma aku mintak surat pengesahan doktor yg aku ni preggy sebab nak naik flight Ahad ni dari Langkawi. Hope tak de la kena tahan ke apa, kalu tak, mati den... By the time pukul 9, everything pun dah setel. Heh heh, aku bajet kul 10 baru setel sebab kena jumpa nurse ngan doktor. Alih2 awal pulak settle... So, aku gi la beli nasi goreng dulu dengan sotong goreng kunyit n breakfast kat rumah.

Pukul 9.15 aku drive ke PMC pulak. Kali ni aku datang awal. Tak nak jadi macam first time aritu, aku datang tepat2 kul 10, dapat giliran no. 6, pukul 12 tgh hari baru dapat jumpa doktor, dah la tak breakfast lagi time tu... Rasa nak menangis ja.... So, pukul 9.40 macam tu aku dah sampai, register n tunggu giliran, no. 3. Pukul 10.30 dah dapat jumpa Dr. Idora. Haih, lega tak payah tunggu lama macam hari tu.... Doktor just cek bp n scan aku ja. First dia buat 2D pastu buat 4D jugak. Baby aku mula2 tanak tunjuk dia punya muka, Tutup dengan tangan. Haish, baby ni malu dengan mama yee... Hee... Nampak pipi dia yang tembam tu dengan dahi je. Tak lama pastu doktor try lagi sekali. Ok, kali ni dia tunjuk sebelah je muka dia, hee... Dah nampak dah anak mama, si comel ku sayang.... Ikut muka sape lah ni ye...  Mama ke papa? Wait n see lah.... next 2 weeks kita scan lagi sekali kat Perak, jangan lindung2 muka lagi key... Ni nanti nak pesan siap2 kat baby sebelum pergi scan jangan lindung muka. Sebelum ni terlupa nak pesan, heh... Nasib baik dia tak lindung anu dia, hee... So dr confirmkan lagi sekali yang dia girl. Memang boleh nampak clear. Yes, lepas ni boleh beli baju baby girl tanpa halangan oleh pak dia, hehe. Aku pun dah bagitau kat Dr. yang aku nak deliver kat Perak, cuma in case kalau aku tak sempat sampai Perak n baby dah nak keluar, baru aku deliver kat sini je.... Dr pun ok je... Lepas ni, tak yah la aku datang check up sini dah... Malas nak cari drive n cari parking. Kalau gi KKIA, just jalan kaki je dari rumah. Senang bangatt.... Pukul 11.00 everything pun settle... Since awal lagi, aku balik rumah dulu je... Dalam pukul 1 nanti baru gerak ke opis. Yep, amik half day je. Maklumla cuti dah tinggal sikit. Kalau banyak lagi, dah lama aku amik full day. Dah la esok raya kann... Tapi terpaksa spare cuti yang ada tu utk check-up2 yang akan datang...

Ok, thats it. Next check up is in another 2 weeks. Satu kat KL n satu kat Perak...

Semoga anak yang aku kandung ini sihat dan dilindungi Allah selalu, aminn....



Tuesday, October 23, 2012

First time beli barangan baby

Assalamualaikum,

Refer [entry] ni, tu la first time aku dapat pergi beli barangan anak kesayanganku yang bakal lahir nie... Teruja sungguh... Walaupun dengan perut dah boyot, memang nak jalan lama tu tak larat sangat dah.... Jalan pun dah macam penguin, senget kiri kanan. Peh, tambah lak pakai kasut tak selesa, beli time2 tu, ingatkan selesa tetapi tidakk.... Ni semua menurutkan kehendak laki aku jugak yang tak suka aku pakai sandal Scholl tu, sebab dia kata macam kasut orang tua. Fine!!! Padahal aku suka gila pakai sebab sangat selesa. Tapi memang dah burokk sangat kasut tu, jadi beli la lain sebelum start gi jenjalan beli barang baby, tapi terpakasa menahan tak keselesaan pulakk.... Memang cepat pancit... Takpe la, demi shopping untuk mu anak, kusanggup redahi, keterujaan aku mengatasi segalanya, cehhh!!!


Inilah dia hasil shopping dua hari dengan incik soami..... Dia la yang susun-susunkan semua barang ni, heh.... Aku jadi tukang derektor ja.... Sebenarnya takde banyak mana pun ni.... Masih banyak yang kena beli.. Tapi cukup la yang ni dulu.. Next 2 weeks sambung lagi....


Ni la first ever baby's stuff yang dibeli. Aku nak sangat kan pegi GM Klang yg jauh gila tuhh.... Tapi baru beli banyak ni dah tak larat nak jalan. Last2, ajak suami balik je la..... Lagipun kat situ, most of kedai jual item lebih kurang sama, especially rompers. Takkan la nak beli rompers sampai 50 helai. Ni pun dah terbeli yang newborn punya 11 helai. Dua dah bagi pada kawan husband untuk anak dia, so tinggal 9, ok dah tu... Baby kan cepat besar. Dalam kotak pink tu baby socks ada 7 pasang, RM18. Aku rasa tu harga the best kat situ kot. Sebab sebelum tu ada singgah kedai lain, dia letak RM25, ada lagi satu kedai RM28, so kedai yg aku beli ni nak buat clearance stock, dapat la murah, terus grab. 2 bungkusan rompers dengan tights tu beli kat kedai yang sama. Konon2, kalau beli 3 barang dapat half price. Half price la sangatt kann.. Padahal dah markup harga asal pastu baru letak harga half price. Tapi kami beli jugak, hehh.... At least murah la 3-4 hengget dari kedai lain... 4 helai rompers warna-warni tu dapat sekali dengan 6 helai sapu tangan, RM34. 7 helai rompers lagi comel2, tema pink2, RM36. Thighs tu ada 4, comey2 gak, RM29. Headband tu comel, aku harus beli, haha.... Jadi la satu dulu, RM10. Towel dua tu yang saiz kecik punya, beli kat kedai yang jual towel , selimut, comforter dan segala... Dua tu tak sampai RM10 pong.... Total2 banyak ni je pun --- RM136...

Next stop, dekat Sogo
Kat sini beli banyak sikt lar.... Lagipun pagi2 dah tercongok depan Sogo, so leh relax2 sikit pilih, badan pun masih fresh.

Masa pusing2 area baby tu, aunty dekat bahagian Pureen cakap kat kami laki bini kalo amik barang Pureen lebih dari RM50 dia nak bagi set toiletries travel pack punya. Aku tak amik port sangat. Tapi laki aku la yang gigih cukupkan RM50 tu. Barang Pureen yang dipilih adalah napkin, baby wipes, mittens n booties, dan bonnet. Mati2 aku nak napkin yg ada kepala mickey jenama Disney tu, tapi tegar dihalang oleh suami, cakap nipis la, hape la.... Fine! Sampai sekarang aku still kepingin nak beli tau.... Dah cukup RM50 tu dapat la travel pack tu, kecik je. Cukup la untuk permulaan. Lagipun aku baca, baby baru lahir tak payah dipakaikan syampoo ke bedak ke apa, nanti senang dapat masalah kulit, sebab badan dia dah ada selaput untuk melindungi kulit baby yang masih sensitif tue.... Dan jugak aunty tu bagi 5 pack diapers size S. Yang ni aku ingat nak spare bawak gi spital. Senang sebab dia pack satu diapers satu2. Tak la tercemar. Ada ke husband aku pergi letak diapers yang 36 keping tu dalam beg nak bawak gi sepital. Jenuh laa.... Macam nak duk seminggu pulak. Taknakk!! 

Pastu lalu kat satu part tu ada aunty sorang ni pulak promote breast pump, aku ingat saja je nak layan dia punya sembang, sekali terlekat la pulakkk. Yang dia promote tu Manual sensitve breast pump jenama NUK dari German. So far aku tak pernah baca lagi review pasal produk ni. Selalu tu orang pakai Medela, Avent atau Spectra 3 je. Hadoi, terpengaruh la pulak, padahal manual je pun. Sedangkan aku nak beli yang electric punya. Si suami pulak cakap kalau rasa nak ambik je la.... Dah la dia letak harga asal kat situ RM388, lepas diskaun dapat RM269, pastu dikatanya lagi stok terhad banyak tu je, lagi lalang la aku jadinya. Last2, pergi amik jugak, huhuh. Balik umah, cek kat intnet, rupanya memang harga standard dia RM269 pong, cehh!! Nasib baik la dapat gak free storage bottle 4, breast pad, ngan pacifier. Kalau tak lagi haru... Dah la tak banyak orang review pasal breast pump ni. Nak tau ok ke tak, kena tunggu la bila aku dah guna nanti....

Pastu ada la beli barut kecik je jenama disney buat spare, dengan mittens n booties 3, 4 pasang lagi kat situ. Baju tak beli pun kat sini. Masa aku elok je nak belek2 baju, aunty yang promote kat aku breast pump tu tarik aku n btau kata 18 Oktober nanti ada Pureen sales, harga murah2 sampai RM5 je selai. Ok fine, terus aku tak jadi belek pape. Terus kitorang laki bini gerak gi tempat lain, heh... Total2 banyak ni ---RM388.

Pastu kitorang ke Reject Shop dekat Pertama Complex, sebelah je ngan Sogo, aku tengok kat tenet kata ada baby apparel fair kat situ. Tapi bila pergi tak de hapa yang menarik sangat pun untuk baby, untuk kids maybe ok la kott.... Tapi grab jugak 3 helai tshirt yang kiut miut.

Ni semua apak dia yang pilih. Aku suka tshirt yang ada tulis new in town tu, comels. Total2 kat sini --- RM27.
Ni apak dia la yang duk match kan tshirt2 tu dengan thigh yang beli kat GM Klang tu. Seswaiiii.....


Lepas tu ke butik One Baby World pulak, dekat Cheras. Bila tengok kat tenet n dekat majalah rasa macam2 nak beli kat sini. Tapi bila dah sampai blur pulak nak beli apa... Last2 hanya beli cotton bud (apak dia dah sapu dah sebab cotton bud tu jenis besar), maternity pad (untuk mak dia ni) dengan receiving blanket. Haha... Penat je ke Cheras konon2 nak shopping sgt la kat sini, tapi blur pulak, aku ingat lenkali beli online la senang. Tak yah datang sini dah... 

Receiving blanket yang comel, apak dia memang pandai pilih, hehhh... RM10 je. Total2 kat sini ---- RM24.

Pastu dah alang2 kat Cheras, pergi pulak ke Jusco Maluri. Nak cukupkan apa2 lagi yang penting.
Hooded balnket tu aku suka, kain dia sedap dan sejuk. Pegang pun best. Sekali laki aku nampak cotton bud size kecik, amik jugak yg tu, sebab tadi dah terbeli yg besar. Pastu beli laundry detergent tu jenama Tollyjoy, sebab ada lekat Parents Best Choice kat bekas dia tue... Wangi pun wangi... Tapi next nak try beli Pureen punya jenis serbuk pulak, orang kata wangii... Pastu sapu Baby Kiko nye berus botol, murah RM6.90, tapi ni aku rasa kena beli lain je, sebab berus untuk basuh puting tu macam tak meyakinkan je boleh bersih.... Tengok la nanti, aku beli senyap2 tanpa pengetahuan pak dia ke... haha. Baju sepasang tu beli yang newborn punya, wat spare pergi hospital. Apak dia punya pilihan memang menepati citarasa aku jugak... Hee... Kalau tak apak dia nak belek lagi baju2, bila aku tengok dia belek jenama Pureen, terus aku ingatkan dia pasal Pureen sale yg aunty tu cakap. Terus tak belek lagi dahhh..... Total2 kat sini ----RM84.

Masa belek2 harga diapers kat Jusco tu, aku cakap kat laki aku kat Speedmart area umah aku lagi murah. Murah la, murah seringgit je pun. So balik tu sebelum sampai rumah, kitorang singgah Speedmart dulu beli Drypers Soft ngan Pet Pet kat bawah ni.
So far, harga dua diapers ni agak reasonable, and banyak orang review bagus2 dua jenama ni.... Yang jenama Mamy Poko la, Huggies la memang la bagus, tapi harga bagusss punya..... So biau le baby aku diajar dengan diapers yang biasa2 ni, supaya kulit dia tu tak terbiasa dengan diapers mahal. Kawan laki aku cakap kat dia, jangan biasakan baby dengan diapers mahal, nanti kulit dia takley terima diapers yang murah2 ni... Sebab ruam la hape la.... Hmmm.... Yg ni aku tak tau la kan, tapi setakan nak pakai buang je, tak yah la start ngan yg mahal2 terus. Try n error dulu. Total2 dua ni dalam RM44.


20 Oktober, aku gigih ajak adik aku pergi Sogo nak pergi Pureen sale tewwww....... Bila sampai aku tengok ramai gak la mak2, tapi tak la crowded. Tapi takdela sale mana punn... N bukan Pureen je ada, Pigeon, Anakku, Baby Kiko, World of Cartoon, macam2 lagi ada. Tapi takla murah sangatttt seperti yang dijangkakan. Murah 3-4 hengget macam tu je aku rasa. Tapi aku grab gak la kan...

Ada 4 pasang baju, sehelai baju, mittens n booties 2 pasang, blanket satu, dengan set grooming. Tak banyak mana pun kann... Tengok la bila mak dia pergi beli baju baby, kalau boleh semua nak ada pink2, sebab aritu doc kata baby girl. Aritu tu masa kandungan aku baru cecah 4 bulan, tapi doc tu (Dr. Idora PMC) macam confident je btau, aku pun macam confident la jugak nak beli barangan yang girlie2 ni. Baju biru hampir saat2 akhir pun aku dok pikir cantik ke tak, tapi adik aku kata cantik, so aku amik je la... Yang baju hitam putih tu pun sama, hampir saat akhir aku macam tak berapa nak berkenan tapi dah adik aku kata cantik, aku amik jugak. Sebenarnya, walaupun ada sales, tapi bagi aku pilihan yang cantik2 macam tak banyak je... Terhad. Alih2 orang belek baju yang sama jugakkk.... Yang 3 pink tu memang aku tak pikir banyak kali, memang aku sukaa.....  Tapi bila balik rumah aku suka semuanya, hehe. Total semua ni RM115.


Sebenarnya laki aku tak suka kalau beli barang semua kearah girlie2 sangat, dia takut yang kuar nanti boy. Macam kawan dia, bila scan cakap boy, sekali yang kuar girl. Haha... So, this Thursday nak jumpa lagi Dr. Idora, harap boleh confirmkan gender my lil baby nieh... biar apak dia puas hati, heheee... Aku tak kisah pun laki ke pompuan... Asalkan anak aku sihat dan sempurna.... Dah cukup bersyukurr....

Oh ye, ni rezeki baby yang pertama. Balik dari shopping tu, housemate hulur set hamper ni.... Wahh, awalnya dah dapat. Syukurrr.... Terima kasih pada housemate yang bakal kahwin bulan 11 nie....



P/s: Can't wait for another shopping time for baby....!

Monday, October 8, 2012

Order set bersalin NR (Nona Roguy) di nr4u.com.my

Assalamualaikum,

Petang tadi parcel set bersalin dah sampai, yeehu! Aku order set rangkaian herbanika bersalin NR. Ramai yang cakap set bersalin ni memang bagus. Opismet cakap, housemate cakap, blogger2 cakap, stokis2 kat booth pun cakap2, penjual online pun cakap, undian pun cakap, heheh... Dan cakap2 mereka berjaya mempengaruhi aku.

Akhirnya aku setuju la nak try yang nieh, sebab ramai dah puji cakap ok. Tambah kan aku first time, kena la follow cakap orang. Aku pun ada baca kat beberapa (eh banyak la) laman sesawang yang cerita pasal produk ni. Pastu weekend bila tah, end of September haritu aku masuk website nr4u, baca2 pasal produk nie... Tapi takde la niat nak beli lagipun, just survey je..... Pastu tengok harga member dia beza betul dengan harga non-member. Padahal bukan susah pun nak jadi member. Aku pun daftar online, sesaja je... Tak rugi papepun. Rugi credit fon RM.050 sen je masa reply message dari website neh... Contoh macam set bersalin ni kalau non-member RM360.00, padahal kalau pegi daftar jadi online member, terus dapat harga RM300 je. Beza banyak tu......

Pas daftar, dapat mesej kat fon, pastu reply balik ikut arahan dia, dah pun jadi member, yeay... Pastu dah stop. Pi terjah website2 lain lak.... Tak lama pastu, dalam 2 minggu lepas, 28 September aku cek emel yahoo aku, dapat email dari nr4u, email tu tarikh 26 September, dia buat sale selama 3 hari je untuk online member, iaitu dari 28 - 30 September. Nasib baik la aku cek emel, kalau tak, terlepas peluang keemasan ni. Aku dok congak2, tak ah, aku guna calculator kat fon, kalau 15% untuk member harga tinggai RM255 je... Puiii, tau tak harga duk jual kat luar tu RM365.00. Jimat seratus kot kalau beli, sapa nak bagi..... Esoknya cuti, terus aku order kat website dia. Masa order tu pun, duk try2 lagi betul ke harga dia banyak tu, sekali saja2 wat isi form, memang aku dapat harga RM255, plus dengan shipping cost jadila RM265. Untung ni, untung.....Esoknya, kua ngan husband terus bank-in RM270 kat Maybank. Haha, rugi RM5, sebab deposit machine Maybank tak terima RM5 hengget... Tak pe laa... Tetap murah lagikkkk....

Ahad tu, aku emel details, tapi emel bounce balik. Malamnye aku try lagi sekali, yes, dapat reply cakap order aku dah diproses. Jumaat lepas dapat emel lagi bagitau yang order aku dah dipos. Pastu aku wat hal macam biasa la, sampai la petang tadi parcel aku pun sampai. Puas hati.... Hehe... Masa amik parcel aku, aku tengok ada lagi satu parcel set NR ni.... Saja tanya receptionist tu sape punya, n dia cakap akak sekian2 punya. Masuk opis tu, dah nak balik dah, aku tunjuk kat opismet aku, yang aku dah dapat set aku. Ropa-ropanya, parcel lagi satu tu dia yang order dari akak sekian2 tu.... Hmm, haha... rupanya kawan belakng tempat duduk punya daa... Tapi dia order RM320. Maybe just harga member biasa.... Masa aku dapat email haritu dia MC, kalau tak maybe bole order sama2.


 Ini dia rupa parcel yang tiba tadi...
1 Malaysia ma...

 Isi di dalamnya adalah benda yang di order itu ari. Nama penuh dia kat kotak putih hijau tue...

 Kat tepi kotak tu ada tulis apa yang ada kat dalamnya ....


Ada enam benda semuanya:

1. Tablet Phyto Natal - yang ni item paling feymes dan paling dikehendaki (pelawas)
2. Akar herbanika - herba minuman
3. Herbanika lulur - lulur badan lahh....
4. Herbanika barut - sapu kat perut dan pinggang sebelum pakai bengkung
5. Minyak herbanika - minyak hangat... ramai jugak puji yang ni
6. Uncang cuci - untuk cuci kat kawasan luka tu...

Kat kotak tu dia siap tampal sekali ngan booklet panduan nak pakai set nie. Takpa2, nanti dah nak dekat time dia aku khatam la booklet ni. Wat masa skang duk diam2 dulu kat situ ekk...


Tengok harga kat tepi kotak ni. RM365 untuk West Malaysian. Jimat ah dalam RM100. 
Lagi satu set aku dapat tu bukan stok lama, date manufacturing dia September 2012 and expired tahun 2015 nanti.... Baru last month manufactured.... Ye la, kena cek jugak, sebab takut dia jual murah sebab nak habiskan stok, rupanya dapat stok baru, legaa....


Tu kat kotak belah kanan tu, aku order kat situ la...
Memang pengedar produk NR ni pun....

Semoga aku guna la semua produk yang hado dalam set ni tanpa prejudis. Macam opismet2 aku yang berpengalaman, dorang advise tak payah beli satu set pun takpe, just beli yang penting2 macam tablet Phyto Natal tu. Yang lain2 tu dikhuatiri tak guna.... Tapi aku baca penggunaan set ni kat website dia, cukup untuk tempoh berpantang. So, just give it a try laa... Mana tau aku rajin sunggoh nak guna semuanya..... Moga2 gitu laa.... Kalau tak sia2 je beli... Anyway, tablet tu dia tak affect pada baby, dari apa yang aku baca la, so that's the important point to be considered jugak, taknak la nak cantiknye pasal, effect kat baby, jadi panas ke hapa.... Hopefully aku akan gunakan set ni secara rajin nanti. Insya'Allah... 

Next hunting: bengkung.

Sunday, October 7, 2012

Weekend with husband

Assalamualaikum.

Ini kisah minggu lepas. Kesian laki aku, demam. Hari Jumaat malam tu masa amik dia kat Jalan Duta dia dah ngomel2 cakap sakit kepala... Bila sampai rumah, dah terus demam. Alahai, baru nak berdating2 dah demam pulak. Memang aku tidur tak lena la malam tu, bukan sebab duduk tepi katil ngadap muka dia dengan harapan demam dia cepat sembuh. Tapi sebab dia ni kalau tak sihat macam2 betul mengigaunya... huhu. Kesian pun ada. Tapi dia tidur lena. Aku yang tak lena, haha...

Esok paginya, still mode demam. Soh dia telan ubat, pakai selimut n comforter sekali bagi peluh kuar, kipas tutup, dia ayik complain sejuk, pastu aku letak towel basah kat kepala dia supaya kuar haba2 panas dalam badan. Nak tak nak, kitorang kena keluar jugak, aku nak hunting barang baby. Bila lagi kalau bukan sekarang. Huaa... Ini isteri tak bagi can walaupun si suami demam ye... huhu. By the time 10 lebih pagi tu kitorang gerak pergi klinik kat Bangsar. Husband kena cucuk bontot, hee... Aku ingat nak scan situ, sebab nak wat appointment kat Pantai Medical Centre, dah full pulok.... Tapi dia suruh datang petang sebab doktor in charge petang tu lagi experrrtt... Oklah, fine tengok mood kami lah dan tengok time jugak kalau sempat.  Kalau tak sempat nak wat cano... Husband bagitau doc suruh dia balik rumah tidur. Haha, mana boleh, kita nak shopping la.... Sorry tau....

Since dia tak sehat aku offer diri untuk drive, ajak husband gi GM Klang, tengok barang baby kat sana. Orang kata kat sana banyak barang baby. Mati2 aku ingat GM Klang ni dekat dengan Jusco Bukit Raja. Ropa-ropanya dekat dengan Jusco Bukit Tinggi nu ha... Alahai, patutla ada yang kata jauh. Tapi disebabkan hati memang plan nak gi situ, aku tekad jugak ajak husband pergi... Kalau dulu bangunan dia macam dewan besar2, ada enam. Sekarang dewan tu dah kosong. Semua kedai dah berpindah ke bangunan sebelah, bangunan yang bertingkat-tingkat macam mall biasa, tak lagi dekat dewan besar2 tue. Memang baru sangat pindah ke bangunan baru tu sebab bila masuk still ada kedai baru nak set-up, tengah renovate segala. Tapi tempat jualan, most of kedai dah beroperasi macam biasa. GM Klang tu jual barang borong. Kalau nak niaga memang elok sangat beli borong kat sini. Macam2 produk ada. Pakaian2 baby yang selalu orang jual online tu, kat sini belambak gila. Tapi tu la, kena beli dalam kuantiti banyak baru dapat murah, kalau sikit2 je, memang standard je harga dia, silap2 lagi mahal. Bagi pendapat aku, kalau nak beli barang baby especially newborn, takyah la gigih nak datang sini. Cari je dekat Jusco ke, Tesco ke, apa2 la yang berdekatan dengan tempat kediaman. Newborn tak payah beli banyak2, baby kan cepat besar, tapi kat sini kena beli banyak2 pulok..... Tapi.... habis jugak seratus lebih kat sini, kalau tak beli kang sia2 lak datang. Tapi memang best pun datang sini, sebab banyak barang. Cuma kondisi aku sebagai seorang mak buyong yang dah tak larat nak jalan laju2 dan kaki asyik rasa sakit je, penat jugak la nak tawaf satu bangunan tu... Tengok la, lepas baby lahir ke, bole la nak datang sini, jamu2 mata, semua benda ada....

Lepas tu, disebabkan masih ada masa, kitorang heading ke klinik kat Bangsar tu balik, untuk scan, bila lagi papa dia nak tengok kan... Nasib baik sempat sampai sebelum kul 5. Tapi scan biasa je la.... and Alhamdulliah anak mama n papa ni sihat.... Ingat lagi 2 weeks, yg before raya haji tu nak gi scan kat PMC. Harap boleh wat appointment. Malam tu husband tak sihat lagi. Doc dah pesan kat dia to stay away from his pregnant wife, hehe.... Takut berjangkit... Tengok dia lena sangat tido... Conquer satu katil... Takpela, aku bentang comforter je, baring kat bawah, selesa jugak heh... Kul 6 pagi baru dia nak tersedar, heh heh, lena sungguh.... Trus bagi dia makan n pastu makan ubat.... Sebab ada mission lagi nih, heheh..

Next day nya kua awal, kul 9 dah keluar, gi breakfast dulu. Pastu heading to Pertama Complex. Ha, awal sangat kan, kompleks tu pun tak bukak lagi. Nak pergi Sogo pun tak bukak lagi, tercangak la jap kat depan tu, tengok kereta lalu lalang dan hirup udara KL. Tak tau la segar ke tak, haha.... Masuk je terus pi sopping barang baby..... Banyak jugak beli kat sini. Tapi lagi puas hati beli dari semalam. Semalam, dah la penat, nak kena jengah satu2 kedai, sebab kedai baby dia merata2. Ini, semua barang baby kat satu tempat, senang nak pilih and belek. Lagipun tengah fresh kan time tu.

Lepas tu ke Butik OneBabyWorld dekat Cheras. Ala, kalau tengok kat website macam banyak je benda menarik nak beli, tapi bila sampai tak tau pulak nak beli apa. Grab tiga item ja pun then terus ke Jusco Maluri yang dekat2 situ..Lepas lunch pergi ke barang2 baby. Beli la sikit2 , sebab baju tu nak beli banyak2 pun, aunty kat Sogo tu kata nanti next two weeks ada sale Pureen. So tunggu je la time tue..... Husband still tak sihat, asyik comlain sejuk, siap gi beli jaket. Pakai kejap je pun. Pastu dah bukak. Hah, tu rupanya ubat dia nak sihat. Heheee....

Hati dah rasa puas beli barangan, walaupun still tak cukup lagi ni. Tapi cukup la untuk puaskan hati. Penat bertekak dengan husband pasal beli barangan ni....Sampai aku kena cakap, habis nak tunggu sarat baru nak pergi beli ke? Terus esoknya dia macam ada mood nak shopping, hehe... Pastu gi dating2 jap kat Taman Burung, dekat dengan Bukit Aman tu... Tak buat apa pun. Melepak2 je. Diskus apa tah dalam kereta, lepas tu kelua ambik angin kat situ.... Tak masuk pun taman burung tue, mak buyong ni dah penat sangat nak jalan. Kang nak masuk setakat nak duduk kat port tepi exit je baik tak payah. Dah la RM25 sekali masuk. Last2 pergi beli air then pusing2 kat kedai souvenir tu. Yay, husband belikan something for me, ehehe, thank u ye....
 Singgah sebentar dekat sini lepas penat bersopping
 Disebabkan tak masuk pun taman burung tu, just lepak kat sini je.... Beli air n masuk kedai souvenir.
Aku beli Smoothie Yam, humanghai, manis gila, 1/4 je kot aku mampu telan. Pastu masuk tong sampah. Husband kata rasa macam hapak, haha... Dia amik Smoothie Strawberry, licin...


Lepas beli air masuk ini Peacock Gift Shop. Menarik jugak barang-barang dalam dia.
Tak sangka aku, kipas yg selalu mak bapak sangkut kat stroller baby tu, kat sini lagi murah daripada kat mall.
Aku ingatkan tempat camni biasa dia jual harga berkali ganda...

 Ni antara salah satu barang ada dalam tu. Tempat duduk, husband suruh snap... Nak wat contoh kott....

Heheee... From my husband with love. Thank u.... Yay, kunci kereta dah dapat keychain yg lebih semenggah...

Malam tu lepas sampai rumah, belek2 barang baby, excited dua bakal mak bapak nie... Lepas mandi, siap2 untuk hantar husband ke Shah Alam. He'll stay there, ada urusan ngan kawannye.... Patutnya dia balik malam tu, tapi bila aku tanya dia asyik cakap dia tak plan apa2. Last2 baru dia btau dia balik esoknya....  Malam esoknya baru dia balik ke rumah.

Ucapan untuk suami, terima kasih kerana temankan isterimu ini bershopping barang baby walaupun demam.... Nasib baik cepat kebah demam tu, hee....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...