Its been awhile tak klik button new post and mengarang post berjela-jela. Hmm, nak buat camne, mood rajin aku tak tentu masa. Jadi harus patuh pada kerajinan sendiri. Kalau ikutkan tiap-tiap hari pun nak update. Tapi aku lagi suka mr.google. I mean, type key word and click butang search. That is benda yang paling rajin aku buat. Mencari info dan melilau-lilau kat dunia maya ni. Huhu.... Dan disebabkan mood rajin itu masih lagi tak timbul, entry kali ini pun tiada gambar. Sebab bila nak letak gambar kena upload, bila nak upload kena rajin tunggu buffer time dia. Pastu nak pikir caption apa. Pastu nak kena belek-belek gambar mana yang sesuai. Pastu mungkin gambar kena masuk photo editor dulu bagi wallah sikit. Huih, nak kena rajin tu kalau nak buat yang tu. Hehe. Aku memang kagum ah ngan sesetengah blogger yang entry dia tahun 2011 je dah mencecah ratus-ratus. Gila kentang rajin budak nih. Ngadap PC duaplohpat jam ke? Aku ni satu hari satu entry pun berbulu nak buat. Haha.
Anyway, sekarang pukul 8.10p.m, usai solat maghrib tadi ngadap latop. Sekarang berseorangan diri di rumah. My housemate seorang balik kampung, ayah masuk hospital. Hopefully cepat sembuh. And my another housemate pulak keluar dengan boyfie. Best ah dia dapat cabutan bertuah voucher RM1,000 dari Double A. Humang ai, gila best tuh. Rasa nak berangan jap, tapi tengah malas, takmau berangan. Apapun tahniah Zu, u deserved it. Sebab selalu masak sedap2 kat rumah ni. Jadi dapat ganjaran RM1K. =D. Bolehlah beli barang hantaran.
Jadi tinggal aku sorang, jadi... boring, jadi.... taktau. Rasa nak kawin so boleh paksa husband jangan keluar rumah teman isteri tersayang. Bahah! Gatai. Rindu tapi ego. Ego tapi rindu. Ah tak kira nak menang jugak. Jadi padan muka rasa macam marah-marah and geram tapi takleh nak wat pape. Eh, apekah aku merepek lak ni. Biarlah, maybe this is the right thing, no I dont think so, but lets leave it to time first. Hope it'll fix this. Konflik yang sengaja dicipta.
Hmm,, bercerita pasal rajin. Aku teringat lak pada baju kurung yang dah siap sebulan lepas tu. Disebabkan nak cantikkan sikit ia, almaklum pemberian dia, aku pun pergi la beli manik-manik segala bagai untuk jahit pada lengan tangan. Dah la takda talent nak jahit manik tapi still ada hati nak buat sendiri. Jadinya, selepas sebulan baru sebelah lengan je yang macam dah siap. Macam ye, sebab outcome tak berapa nak memuaskan hati. Pastu rasa macam nak cabut balik je hasil kerja sebulan tu, sebab rasa macam nampak sangat hasil kerja tangan seorang amateur. Malu ah kalau orang tenung nampak pelik je jahitan tu. Huhu. Rajin kan. Sebulan untuk sebelah lengan. Huahua. Tu pun ada hati nak jahit lagi sepasang baju kurung. Isk3.
By the way, I'll be going to Padang Indonesia this Friday. Mula-mula memang cuak masa kes tsunami kat Jepun haritu rasa macam taknak pergi dah. Rasa nak cancel je. Gila la kalau ada apa-apa berlaku nanti. Tapi tah camne boleh terkuatkan semangat untuk pergi jugak. Hope everythings gonna be just alrite. Please pray for me. Perasaan sekarang adalah risau dan cuak, selebihnya baru teruja. Sebab sebenarya tak ada tujuan pun ke sana. Saja join kengkawan. A two days two nights trip. Or to be exact, shopping trip, haha.
Tiba-tiba rasa nak belajar taichi lah.
Okeh, dah la tu melalut. Oleh kerana entry ini tidak bergambar jadi aku nak letak video of this catchy song again from Bruno Mars. Suka lagu ni. I think I just love his music. Marry you.
Don't say no no no no no! Just say yeah yeah yeah yeah yeah! And we'll go go go go go!
I think I wanna marry you...
Setelah dicongak congak entry meraban macam ni pun nak kena amik masa sampai 40 minit. Humanghai!
Setelah dicongak congak entry meraban macam ni pun nak kena amik masa sampai 40 minit. Humanghai!