Ehem2, ada beberapa tips dan idea romantis untuk dikongsi (Haip, sesuai untuk pasangan sah shj, selain itu tanggung sendiri):
- Kalau si dia ada tugasan di luar daerah, bagitau kat dia bahawa awak sangat risaukan keselamatannya. Oleh itu awak telah sediakan pengawal peribadi khas... iaitu... seekor teddy bear khas untuk jaga dia sepanjang ketiadaan awak.^^
- Beli bintang2 glow-in-the-dark, lepas tu lekatkan dekat siling tempat tidur awak dengan mesej ' I love U'. Bila lampu dah padam, mesej awak akan muncul!^^
- Kirimkan jambangan bunga terus ke pejabat si dia. Tentu dia akan happy di samping komen dan perhatian oleh rakan sepejabat.^^
- Ketika hujung minggu, bawaklah pasangan jalan-jalan tepi pantai sambil tengok sunset. Lepas tu sambung dinner sekali.^^
- Rancang masa percutian awak, tapi rahsiakan destinasi percutian sebagai kejutan untuk si dia. Biar si dia tertanya-tanya sampailah ke destinasi tersebut.^^
- Beli sepasang ikan emas yang mewakili awak dan si dia. Lepas tu tempatkan dalam aquarium bentuk bulat dan letak dalam bilik tidur.^^
- Tempah potret lukisan awak dan pasangan sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan.^^
- Berikan kejutan pada pasangan awak dengan 'breakfast in bed'. Pastikan spesyel.^^
- Kejutan istimewa pada hari lahir. Hadiahkan beberapa tangkai mawar merah mengikut umur si dia. Lebih romantik kalau bagi sedikit demi sedikit melalui bantuan orang lain dan kuntuman yang terakhir adalah melaui awak.^^
- 'Rawatan istimewa buat dirimu yang istimewa' Pasti si dia suka kalau dapat baucer hadiah perawatan wajah di salon kecantikan yang diletakkan di dalam sampul dengan mesej tersebut.^^
Romantik tak? Sejak bila aku pandai beromantik-romantik ni.Okey, sebenarnya tip-tip ni bukan dari aku, tapi aku dapatkan di sebuah website. Website apa? Website-->
MASKAHWIN
Heh, nak pendekkan cerita punya pasal dah jadi macam kelam kabut pulak explaination tu kan. Banyak lagi tips and idea bernas kat sana. Ada 101 tips romantis semuanya. Memang romantis habis. Lepas habis baca terus rasa romantik. Hihik. Tapi kat sini kena tapislah. (aku kan bujangan lagi--,) Banyak lagi idea yang menarik, sangat lah sesuai bagi pasangan yang dah kahwin. Moga bahagia kawan-kawan.