Saturday, July 31, 2010

Bercuti kek pulau.. the best!


Selalu-selalunye pergi pantai belah barat macam Pangkor, PD... eh, tak la selalu tapi tak pernah lagi pergi pantai belah timur. Orang kata kek sana air laut dia sangat menawan, sangat jernih, sangat biru, sangat mendamaikan, sangat best, sangat bersih, tak berapa masin (tapi tak la manis)... Ni kot orang pantai timur baca ni kot bangga nieh, hee... So, got this opportunity to go to Pulau Perhentian, wah...best2. Saya pun nak ikut!!! 
23.7.2010, pukul 9.15mlm, Zu amik aku kek umah. Haduyai, nasib baek dia sesat kejapp je, kalau tak mau senak kerisauan takut tak sempat naik bas ngan opismate yang lain, huhu.. Lepas tu berkumpul kat PWTC, dah sampai pukul 10, weh2 mana semua orang ni, yang ada tak lebih pun dari bilangan jari dua belah tangan aku... Sah! Sah janji Melayu, huhu... Tepat 11 malam baru la semua dah ada dan bertolak dengan dua bas yang disediakan oleh Travel Rakyat (Sedia dan bayar weh). Lawak2, mamat sorang ni sempat lagi komplen2 kat drebar yang dari pukul 9 malam terpacak kat situ yang bas dia looks ..'ini ke basnye? Yang tahun lepas lagi ok kan Ija kan?' haha, and the talk goes on... sampaikan akhirnye... 'ok, sape yang nak naik bas cantik boleh naik yang kat belakang sana' by the driver. Siap fetch sampai kitorang naik bas, hu... Kelako je...
Kemudian bas pun bergerak ikut jalan... ahh, tak tau la pasal jalan2 nie, bukan aku yang bawak, malas nak amik tau, haha.. Yang pasti drebar bas buat niaya kek aku. Dia gi pasang citer hantu. Weh, tau nggak dalam bas ni ada dak kecik (campur dak besar yang penakut), tak payah ar kot nak pasang cerita hantu, ni yang gua nyampah ni, ni yang gua nak sumpah seranah nie, huhu, dasar... Apatah tajuk dia like Skrip 707 kot, sesekali terpandang la jugak kat skrin, but, wat the... tak seram, tahpape... Screen effect yang tak mengkagumkan. Ahh.. kau tak suka cerita seram memang segalanya la kau tak suka, hu... tapi siyes, cam lawak2 je nengok. Bukan tengok, jeling2 manja je kat screen tu. Kalau dah ternampak yang tak sepatutnya, cepat2 amik sweater, tutup muka, dan bergayut, haha... Maleh den nak layan... Pastu dia wat lagi, kul 3 pagi terjaga n singgah pergi toilet jap, sah, dia pi pasang cerita seram yang lain pulak, haish tak sesuai betul, dah la lalu kat kawasan hutan... dia pasang Momok, ni pun update ngan kak Izi kat opis tajuk dia, sebab tak pernah ikut perkembangan movie cite hantu, hehe...Eh2, ni nak cite hantu ke nak cite pulau, haha, ok then, pukul 7 pagi sampai kat jeti Besut dah...
 Kat sini ler singgah, tapi tah la kat mana, tengah2 malam tak perasan lak
 Ni masa pukul 6 lebih, masih dalam perjalanan ke Besut. Pemandangan mendamaikan.
 muka saya pada pukul 6 lebih (makin bulat ye kau)
 Apelagi sementara tunggu ke jeti, sibuk dok membelek cenderahati2 yang dok jual kat situ padahal pulau tak pergi lagi nieh. Waiting and waiting, lepas tu naik speed boat untuk ke Pulau Perhentian. 
 masa atas speed boat on the way ke pulau. cantik.
kehuruharaan masa on the way (taknak tujuk gambar sendiri yg huru hara jugak ^^)
cantik an air dia... (ke aku sorang je yg heran..)
tengok ah tahap kejernihan dia. Gila terpesona..
cun kalah swimming pool
ni ar deck untuk ke Arwana
 mempoyoskan diri kejap di pagi hari
 pemandangan dari Arwana
We'll be staying at Arwana beach Resort & Spa. Woh, lama jugak no naik speed boat pun, lebih pada setengah jam jugak. Pastu terumbang ambing sebab meredah ombak laut. Satu bot ley naik 10 orang penumpang sahaja. At first, laut cam biasa je. Pastu lama-kelamaan makin biru and makin jernih... Woahh, kagumnye, first time tengok air laut yang biru jernih macam nie, i like, i like... Pastu sampai2 kat sana terus breakfast ala buffet, yummy and delicious... Pastu just lepak kat lobby and tepi pantai sebelum check in ke bilik memasing. 
 memang peace la kat sini...
 Our footpsteps in the sand
sila patuhi ini
ngahaha, masa kat bilik, depan cermin, atas kerusi
Sampai bilik terus cop katil. Muahaha, dapat katil queen size sowang2. Zu share dengan Qilah di sebelah. Quite a nice room. Ada balcony mengadap utan.. Pas tukar baju and relax2 kejap, gi lunch. Buffet jugak. Amik seat kat tepi swimming pool. Lepas tu terus jalan2 kat tepi pantai sampai hujung dan apalagi, tak ingat matahari tengah terpacak atas kepala kitorang masuk mandi air laut, fuhh, best gila woh air dia.. Bersih jernih. Kalau gambar mandi manda memang tadak ar, sebab tengah gila jakun mandi air laut. Tapi cetek. Haha, tengah2 hari rembang ni sah2 air tengah surut, jalan ke tengah laut rasanya dah  beribu batu dah, air still paras pinggang. nasib baik dah sapu sunblock, boleh la cover sikit kulitku dari terbakar terus. Lepas dah jemu pergi sambung terjun ke swimming pool pulak. Bajet cam pandai berenang je, haha. Nak selam kepala pun tamau... Lepas tu masuk bilik and buat apa yang patut. Yang penting relaxkan badan kejap. Pukul 5 game dah start kat bawah. Haha, kelakar2 seh game dia. Aku masuk game bawak bola dalam bakul atas kepala. Group gua menang seh. Nasib baik hidung gua tak kembang, haha... Game paling sengit of course la tarik tali. mantap2 belaka opismate aku nie... Sampai tak bergerak tali tue, huhu... Lepas tu balik bilik balik dan buat apa yang patut. Malam turun pergi makan. Banyak bbq, best gilak, i mean, sedap gilak. Tapi still tak ley lepaskan fries dia yang emang sangat sodapp tue. Lepas perut pun dah sarat, pergi ke dewan karaoke plak. Masing2 tunjuk bakat yang ada. Aku pun tunjuk bakat tadah telinga, haha... By the way, we're all having fun. Lepas tu ada penyampaian hadiah untuk game petang tadi dan jugak best dress competition. Congrats to Ija, she deserved it. And lelaki lak, congrats to Ustaz Yusri. Dahtu, balik bilik ar, titun... zzzzzzzzzzzz.... OOps, sory Zu n Qilah, fon aku wat bising malam tu sampai dorang terjaga, haha... 
 ber buffet an sakan
muka ke-kenyang-an kitaworang
hok tengah2 tu adalah salah sorang yang mengikut tema Hawaian Beach Party malam tu
erkk, Hawaii kah tu?
 Karok time, talent show time...
Pasangan ideal, the best ah, pecah perut seh tengok demo2 ni nyanyi 'ya kudus ya mulus'
Morning Sunday sunshine, its time for snorkelling. Pas sarap, bufet jugak, masanye untuk pergi tengok ikan di dasar laut yang kebiru-biruan tu. Semua sekali tujuh bot of ours. First time turun dalam laut tak jejak dasar weih, siyes kecut perut nie, tapi memula je, bila confidence level dah sampai ke puncak, aku dengan relaxnya menguak2 tengok ikan kat dasar laut. Wahhh, sangat kagum seh. Nampak sendiri ikan2 tengah bergerak, berenang kat dalam laut macam yang kita selalu tengok kat discovery channel or animal planet tu. Banyak tul ikan. Yang warna warni, yang panjang, yang kurus, yang besar gedabak, yang hitam, woh, sungguh puas ati, walaupun still ati2 sebab kat tengah2 laut kan... Yang berenang renang kat permukaan pun ada. Ada gak la yang murah ati sua roti kek aku, dapat la bagi ikan-ikan ni makan. Pastu kitorang gerak kat kawasan lain untuk tengok penyu. Aku antara yang bertuah sebab dapat tengok penyu. Ada yang lain tak sempat tengok pun sebab penyu tu dah lari ke tengah laut. pastu sambung snorkelling kat tempat lain pulak. pastu pergi satu tempat yang lain untuk mandi air sejuk. Air ni bukan air laut, dia air dari tengah pulau tue, memang nyaman giler air dia, suci murni dan jauh dari pencemaran. Bak kata kak Liza 'Kat KL jangan harap ar nak jumpa air macam nie'. Best gila ni kalau bawak sabun ke syampoo ke mandi kat situ. Lepas baring2 dalam air dan rasa dah puas hati, balik semula ke Arwana. Pelagi, bersihkan diri and its time to check out already. At 1pm bertolak ke jeti Besut kembali dan menunggu bas untuk bertolak pulang. Sementara tu, pelagi, jom2 kita beli cenderahati untuk kengkawan ke, buah hati, sedara-mara ke. Habis terus wit aku beli souvenir kat sini, wu.... Dalam pukul 3 macam tu bas pun dah sampai and its time untuk bertolak pulang semula ke KL. Dalam perjalanan tu, singgah kat satu gerai beli kopok lekor. Woh, ada dua bas benti kat gerai dia, sah dapat pulun ribu2 nie. Mesti tokei kedai senyum sokmo je hari ni. Aku pun beli jugak kopok lekor and kopok goreng. Sedap2. Dalam bas dia buat lagi, dia pasang lagi cerita hantu, ni aku naik hantu neih, haish. Tensi2. ha, kali ni terima la penangan jeritan power opismate aku. Satu bas bergema, haha... Cerita Santau, nasib baik best gak cerita ni. Hehe, tak sangka aku layanz jek. Layan sekerat2, pastu sibuk tanya orang apa jadi. Pastu tengok cerita 3 idiots (Hindustan), best ar citer ni, nak cari ah CD dia nanti. Pastu citer Karate Kid, yang ni dah tengok, so okey la layan kali kedua. Pastu titun ar, pelagi. Sampai PWTC kul 1 pagi dan sampai rumah pukul 1.30 pagi. Tu ah dia cerita aku jadi orang pulau dan cerita aku tengok kat dalam bas, wahaha... Mende tah.. Tapi the fact is snorkelling kat Pulau Perhentian memang best best best. T bila2 ada rezeki nak pergi lagi, pastu add up pergi Pulau Redang lak ke, Pulau Kapas lak ke.. Mesti best.
Oh, nak balik dah upanye...
 Bye all, till we meet again
kasi snap ar satu pic dalam boat (masa tengah tak huruhara lagi)
peace yo!
 Here we go, back to Kl. See ya!

** Suma ni raw pic, haha, amik kau

Monday, July 5, 2010

Hari untuk bersukan...

Hari ahad yang emm... penatnye... walaupun hanya jadi penonton, huhu...
Pepagi dah kua rumah dalam kul 7 dengan Fiza n jupa Kak Izi dan Kak Veeza kat PWTC. Then terus gerak ikut Abg Mus ke Stadium Petronas, Bangi. Hari ni sukan dibawah KPDNKK disambung selepas perlawanan futsal dan boling semalam. Uikk, tak ramai orang pun. But then lepas breakfast terus gi tengok game yang ada...
:
:
okey, ni masa training untuk Ping Pong. Result = out terus
Netball. Oh, yang ni bukan team PNS.
Result = No.3
tengok tu. Dalam ramai2 ni boleh plak terperasan someone, UT Madihah mewakili SSM.
Satu skool masa kat MADID dulu..
Dart. owff, pasukan lawan sangat lah terror... 
Resul = IDK :D
Bola Sepak. Masa ni baru nak start game je...
Lepak kat sini sampai habis game
Result = game ni PNS kalah dengan 1-0

Lepas tu, tengah hari dah habis suma. Oohh, nak watpe nie... Perbarisan lambat lagi, malam nie la pulak. Kul 8 malam baru nak start. Tidak...
Tak larat dah nak nunggu nie, huhu
Pastu tumpang Amar hantar sampai Sungai Besi, then kitorang heading to home.
Huhu, tak dapat sertai barisan, ralat gak neh.
Maklumler, Futsal wanita is the champion, huhu..
Tapi lagi ralat kalau nak kena tunggu situ sampai malam.
I NEED A REST...!!
Bila malam tu dapat mesej esok cuti for futsal player. Yeeha!
Best! Best!
Tak yah gi keje hari Isnin, weehuu!!
Will update bout futsal later...
Today just meronggeng kat rumah wat apa yang patut...
Chao...

Sunday, July 4, 2010

...The end of love...

Oh, aku serius memang tak suka dengar lagu sedih2 nie
nanti mood pun terus ke laut je...
pastu mula la termenung dan ter2 bagai
kalau boleh tukar channel, time tu jugak den tukar
tapi..
tapi..
tapi..
...
taktau la nape
lagu nie leh dengar 10 kali in a row pun takpe
suma playlist pun wajib ada lagu nie
very de very membuai jiwa
maybe sebab aku dengar muziknya dan bukan liriknya kowt, haha
sangat suka lagu ni buat sekarang...
haha, lagu ni dah lama dahh..
tapi tah kenapa baru suka
nak kata ada kena mengena dengan diri sendiri takde la pulak...
.
.
.

Khatimah Cinta <3

Friday, July 2, 2010

Moovee: Karate Kid

Last Saturday dapat gak nengok citer ni.. Yay, suka, suka... Terus jatuh suka ngan Dre Parker, eh, Jaden Smith, anak Uncle Will Smith nie. Mcm comey2 je, hehe... Tulah , tengok g citer budak2. Ni kalau budak2 tgk ni mesti suka kot, kot laa... Tapi banyak jugak adegan-adegan yg mungkin agak ganas untuk ditonton budak. Contohnye adegan buli yang takde perasaan... Aduhh, bahaya neh kalau budak-budak terikut. Tapi move kung fu Jackie Chan memang best macam biasa. Dalam movie ni lebih focus pada satu2 move maybe sebab budak2 lagi kowt... Memang kagum je tengok jaden Smith wat aksi kungfu, dah la comey pulak dalam citer ni, haha... Alkisahnya cerita ni, Mr. Han (Jackie Chan) mengajar Dre Parker untuk berkungfu dengan hebatnya supaya dapat kalahkan kaki-kaki buli dia kat satu perlawanan kung fu. Ending dia smua pun leh agak, mesti la menang kan... Jackie Chan yang ajar, haha....Okey la watch this movie, tengok gelagat budak-budak.. Fun n funny. Memang relax.. Wat kita teringat zaman budak2 dulu, huu... Tak rugi tengok. Rugi tak tengok.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...